Berdasarkan Program "KITA JUARA" Majlis Sukan Negara Berikan hujah anda mengenai keberkesanan program tersebut ke arah persediaan atlet negara ke Olimpik Tokyo 2020
Program Kita Juara dilancarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada September 2015 bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2018. Program ini membabitkan 3 fasa di mana para atlet akan menjalani latihan di pusat latihan kebangsaan sama ada secara sepenuh masa, berfasa ataupun harian. Selain itu, atlet didedahkan dengan pelbagai program binaan dan pertandingan seperti Latihan Pendedahan Dalam dan Luar Negara serta Pertandingan Dalam dan Luar Negara. Menurut Schick et al. 2010, Lenetsky et al. 2012, Alm et al. 2013, atlet yang mempunyai pengalaman beraksi di luar negara akan lebih mudah untuk mengadaptasi suasana baharu sama ada semasa menjalani latihan mahupun menghadapi pertandingan. Program ini juga tidak mengenepikan atlet pelapis kebangsaan di mana mereka akan menjadi kumpulan sokongan kepada atlet Senior dan Podium sedia ada bagi meneruskan cabaran di temasya sukan di peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini disokong oleh Istvan Balyi, 2015 di dalam artikel Long Term Athlete Development (LTAD), atlet muda yang tidak diasah dan digilap bakat dengan sepenuhnya akan mengalami penurunan prestasi tetapi sekiranya latihan jangka masa panjang diberikan dan diteruskan maka atlet tersebut akan dapat mencapai objektif yang diingini. Hasilnya, fasa terakhir yang melibatkan 874 atlet Malaysia dalam 38 acara di SEA Games 2017 membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi juara dengan kutipan pingat pingat sebanyak 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi telah mencapai persetujuan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengekalkan program itu bagi menghadapi beberapa temasya sukan tahun ini iaitu Sukan Asia, Sukan Komanwel dan juga Sukan SEA 2019 di Filipina. Pengekalan program ini secara tidak langsung akan menjadi persediaan kepada para atlet bagi menghadapi Olimpik Tokyo 2020.
Berdasarkan Program "KITA JUARA" Majlis Sukan Negara Berikan hujah anda mengenai keberkesanan program tersebut ke arah persediaan atlet negara ke Olimpik Tokyo 2020
ReplyDeleteProgram Kita Juara dilancarkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada September 2015 bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2018. Program ini membabitkan 3 fasa di mana para atlet akan menjalani latihan di pusat latihan kebangsaan sama ada secara sepenuh masa, berfasa ataupun harian. Selain itu, atlet didedahkan dengan pelbagai program binaan dan pertandingan seperti Latihan Pendedahan Dalam dan Luar Negara serta Pertandingan Dalam dan Luar Negara. Menurut Schick et al. 2010, Lenetsky et al. 2012, Alm et al. 2013, atlet yang mempunyai pengalaman beraksi di luar negara akan lebih mudah untuk mengadaptasi suasana baharu sama ada semasa menjalani latihan mahupun menghadapi pertandingan. Program ini juga tidak mengenepikan atlet pelapis kebangsaan di mana mereka akan menjadi kumpulan sokongan kepada atlet Senior dan Podium sedia ada bagi meneruskan cabaran di temasya sukan di peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini disokong oleh Istvan Balyi, 2015 di dalam artikel Long Term Athlete Development (LTAD), atlet muda yang tidak diasah dan digilap bakat dengan sepenuhnya akan mengalami penurunan prestasi tetapi sekiranya latihan jangka masa panjang diberikan dan diteruskan maka atlet tersebut akan dapat mencapai objektif yang diingini. Hasilnya, fasa terakhir yang melibatkan 874 atlet Malaysia dalam 38 acara di SEA Games 2017 membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi juara dengan kutipan pingat pingat sebanyak 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi telah mencapai persetujuan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengekalkan program itu bagi menghadapi beberapa temasya sukan tahun ini iaitu Sukan Asia, Sukan Komanwel dan juga Sukan SEA 2019 di Filipina. Pengekalan program ini secara tidak langsung akan menjadi persediaan kepada para atlet bagi menghadapi Olimpik Tokyo 2020.
ReplyDelete