DISCUSSION


35 comments:

  1. 1. Kemukakan langkah-langkah yang perlu diberikan fokus dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengelakkan rasa tersisih dalam kalangan murid berkeperluan khas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm proses pembentukan kurikulum ada 3 perkara penting yg terlibat :
      1. teori-teori berkaitan
      2. falsafah pembentukan kuirkulum
      3. kriteria pembentukan kurikulum

      *sebelum sya hurai, betul ke point yang sya bagi ne utk jwb soalan? hehe

      #fyan

      Delete
    2. salam sejahtera saudari Nieffian Rubin, berdasarkan bahan rujukan yang saya perolehi, ketiga - tiga perkara yang dinyatakan iaitu teori-teori berkaitan, falsafah pembentukan kurikulum dan kriteria pembentukan kurikulum merupakan fokus dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengelakkan rasa tersisih dalam kalangan murid berkeperluan khas.

      Delete
    3. Pendidikan Jasmani Suaian merupakan modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisonal bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Oleh yang demikian, pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian penting bagi mengelakkan rasa tersisih dalam kalangan murid berkeperluan khas. Antara langkah yang perlu diberikan fokus dalam pembentukan kurikulum ini ialah teori-teori yang berkaitan dengan kurikulum, falsafah dan kriteria pembentukan kurikulum.

      Delete
    4. Langkah-langkah perlulah mengambil kira:
      -Perbezaan individu (masalah yg dihadapi murid bekeperluan khas). Langkah ini merupakan langkah utama dalam menentukan kurikulum yg sesuai untuk menjadi panduan berdasarkan masalah yg dihadapi murid berkenaan.
      -Aksesibaliti (ketersampaian)
      -Tenaga pengajar
      -Kemudahan untuk murid bekeperluan khas di sekolah

      Delete
  2. 2.Guru juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri utama murid autisme seperti perlakuan aktiviti yang berulang dan pergerakkan-pergerakkan sterotaip. Pedrincikan bagaimanakah cara mengdianogsis murid autisme

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Autism Screening questionare : adalah senarai soalan yang terdiri daripada 40 skala item yang digunakan pada kanak-kanak berusia melebihi 4 tahun untuk menilai kemampuan mereka. antara soalan yang dikemukanakan adalah daripada aspek interaksi sosial, penggunaan bahasa dan pertuturan, permainan imaginatif dan perlakuan yang tidak normal berbanding murid tipikal.

      cara lain untuk mendiagnosis autism ialah melalui
      Childhood Autism Rating Scale (CARS)
      The Checklis for Autism in Toddlers (CHAT)
      The Screening Test for Autism in Two-Years Old:

      Delete
    2. Childhood Autism rating scale (CARS) :

      CARS mengandungi 15 item untuk menilai t/laku bagi mengenalpasti kanak2 autisme. Jumlah skor CARS yg diperoleh bermula serendah 15 yang mana menunjukkan t/laku kanak2 tersebut berada dalam kategori normal yang terhad. manakala, skor tahap tinggi yang mencapai 60 menunjukkan t/laku kanak-kanak tidak normal. skor CARS dapat mengkategorikan t/laku kanak-kanak atisme pd tahap yang rendah, sederhana dan teruk. semakin rendah skor, semakin kurang t/laku yang ditunjukkan dan semakin tinggi skor, semakin banyak perlakuan autisme yang ditunjukkan oleh kanak2 tersebut.


      Delete
    3. The National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) pada tahun 2010 juga memperkenalkan beberapa cara lain untuk mengdianogsis murid autisme. Antaranya ialah melalui DIAGNOSIS AUTISME berdasarkan DSM IV (Diagnostic and Statistic manual), di mana terbahagi kepada tiga komponen iaitu interaksi sosial, komunikasi sosial dan Imaginasi, berpikir fleksibel dan bermain imaginatif. Dengan menggunakan cara ini dapat mambantu dan memberi panduan kepada seorang guru mengenai ciri-ciri utama murid autisme.
      berikut merupakan perincian Diagnosis autisme berdasarkan DSM (Diagnostic and statistic Manual)
      A. Interaksi Sosial (minima 2):

      1. Tidak mampu menjalin interaksi sosial non verbal: kontak mata, ekspresi muka, posisi tubuh, gerak-gerik kurang tertuju
      2. Sukar bermain dengan rakan sebaya
      3. Tidak ada empati, perilaku berbagi kesenangan/minat
      4. Kurang mampu mengadakan hubungan sosial dan emosional 2 arah

      B. Komunikasi Sosial (minima 1):

      1. Tidak/lambat bercakap, tidak berusaha berkomunikasi non verbal
      2. Boleh bertutur tapi bukan untuk komunikasi, egosentris
      3. Percakpan yang tidak dapat difahami & diulang-ulang/stereotip
      4. Cara bermain kurang variatif/imajinatif, kurang imitasi social

      C. Imaginasi, berfikir fleksibel dan bermain imaginatif (minimal 1):

      1. Mempertahankan 1 minat atau lebih dengan cara yang sangat khas dan melampau.
      2. Menumpukan pada suatu kegiatan yang menjadi rutinnya
      3. Ada gerakan-gerakan unik yang khas dan berulang-ulang. Seringkali sangat teruja pada bahagian -
      bahagian tertentu dari suatu benda.

      Delete
    4. The STAT ™ (Saringan Tool untuk Autisme di Toddlers & Young Kanak-Kanak) adalah kaedah secara empirikal, langkah interaktif yang telah dibina untuk menyaring autisme pada kanak-kanak antara 24 dan 36 bulan. Ia direka untuk digunakan oleh pembekal khidmat masyarakat yang bekerja dengan anak kecil dalam tetapan penilaian atau campur tangan dan yang mempunyai pengalaman dengan autisme. The STAT ™ terdiri daripada 12 item dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mentadbir. Aktiviti menilai tingkah laku sosial dan komunikasi utama termasuk tiruan, bermain, meminta dan mengarahkan perhatian.

      Delete
    5. salam..
      selain daripada cara mengdiagnosis yang telah dinyatakan di atas Modified Checklist for Autism in Toddlers, Revised with Follow-Up atau juga dikenali sbagai M-CHAT juga merupakan salah satu instument yang boleh digunakan.

      M-CHAT direka untuk diberikan/dijawab oleh ibubapa. terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh ibubapa atau penjaga. kesemua 20 soalan merupakan soalan berkaitan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh anak mereka. kesemua 20 soalan juga hanya memerlukan ibubapa/penjaga menjawab "Yes or No".

      Jika jawapan adalah "NO" bagi kesemua soalan kecuali soalan no 2,5,12 dan jawpan diberikan "YES" bagi soalan no 2,5,12 maka risiko anak merupakan golongan autisme adalah tinggi dan sebaliknya.

      terdapat 3 kategori skor yang telah ditetapkan iaitu

      low risk : jumlah skor 0-2 (jika kanak-kanak dibawah 24 bulan, maka ujian sekali lagi perlu dilakukan, namun tiada tindakan lanjut diperlukan selain pengawasaan risiko Autisme.

      medium risk :jumlah skor 3-7 (Ujan follow-up perlu dilakukan, namun jika skor 0-1 maka tiada tindakan seterusnya dilakukan selain pengawasan risiko Autisme, namun jika skor 2 atau lebih maka, intervensi awal perlu dilakukan)

      high skor : jumlah skor 8-20 (skor positif, tidak perlu melalui ujian follow up, namun kanak-kanak perlu menjalani intervi).

      boleh rujuk :https://www.m-chat.org/mchat.php
      untuk contoh soalan M-CHAT.

      tq

      Delete
    6. Kaedah Dianogsis Autism
      - Mulanya tentukan tahap keupayaan kognitif individu (secara lisan dan bukan lisan)
      - Tentukan tahap keupayaan berbahasa (language disabilities)
      - Pertimbangkan samada tingkahlaku kanak-kanak sesuai dengan tahap umur kronologi, umur mental dan umur bahasa.
      - Jika dapatan negatif, pertimbangkan masalah spesifik dalam kemahiran sosial, bermain dan keupayaan berkomunikasi.
      - Kenalpasti masalah "medical specific" jika ada.
      - Pertimbangkan lain-lain tekstur "psikososial" yang relevan.
      - Borang ICD- 10 DSM adalah alat diagnosis yang kerap digunakan oleh "American Psikiatric Assosiation" (Diagnosis Statistic Manual).

      Delete
  3. 3. Tunjukkan bagaimana kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian
    dalam aspek afektif dapat membantu guru pendidikan khas
    untuk mencapai objektif pembelajaran.

    4. Penilaian merupakan proses membuat keputusan yang
    sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan, dan
    pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
    pilihan keputusan berdasarkan kepada sesuatu objektif
    pendidikan.

    Bandingkan penilaian formatif dan sumatif dalam mata
    pelajaran pendidikan Jasmani Suaian


    ReplyDelete
    Replies
    1. 3. Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek afektif dapat membantu guru pendidikan khas untuk mencapai objektif pembelajaran dengan cara melibatkan semua murid dalam aktiviti yang dirancang supaya pergaulan murid dengan rakan sebaya lebih terbuka dan mereka berasa selesa sepanjang pembelajaran berlangsung. Selain itu, setiap aktiviti yang dirancang oleh guru perlu menerapkan sifat dan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan perlu melantik ketua kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan tersebut bertanggunggjawab terhadap semua perkara termasuklah peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti dan keadaan ahli kumpulannya. Di samping itu, murid juga dapat keseronokan melakukan aktiviti bersama guru dan rakan sebaya apabila mereka melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

      -Siti Hawa Nadhirah-

      Delete
    2. Jawapan bagi soalan 4:

      Dengan adanya perkembangan dari aspek afektif dalam Pendidikan Jasmani suaian ia dapat membantu guru pendidikan Khas (PK) untuk mencapai objektif pembelajaran. Ini jelas terbukti kerana murid akan menunjukkan nilai hormat menhormati antara guru juga sesama mereka, maka ia akan membantu kelancaran kelas untuk mencapai objektif.
      selain itu, sikap kesungguhan semasa melakukan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh guru, juga akan membantu dalam pencapaian objektif yang ditetapkan.
      Suasana kelas yang kondusif kesan daripada murid-murid pendidikan khas yang dapat berinteraksi/ berkomunikasi dengan baik serta gembira diantara rakan sebaya juga merupakan salah satu kunci yang dapat membantu dalam pencapaian objektif.
      Dengan adanya perkembangan aspek Afektif juga, ia akan membantu murid melahirkan rasa atau nilai bertanggungjawab. Nilai tanggungjawab yang boleh dikaitkan disini adalah dari aspek alatan yang digunakan oleh murid. Murid akan/boleh menjaga alatan yang dipinjamkan kepada mereka serta menggunakannya dengan cara yang betul juga akan membantu guru PK mencapai objektif pembelajaran.
      Nilai kerjasama yang ditunjukkan oleh murid kepada guru dan sesama mereka dengan menghindari sebarang pergaduhan, memastikan guru dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang dengan baik dan teratur maka objektif pembelajaran boleh dicapai dengan baik.

      Delete
    3. Maaf jawapan tersebut untuk soalan 3 .. ;-)

      Delete
    4. 3. Aspek Afektif
      Matlamat utama yang diingini dalam semua program Pendidikan Jasmani pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai serta pembentukan sahsiah juga perlu dilihat oleh guru.Dalam pj suaian,aspek perkembangan sikap dan konsep kendiri dapat diterapkan dlm aktiviti pdidikan jasmani.Guru boleh menilai hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara berpasukan.Pada masa yang sama, guru terlibat sekali dalam memberi bimbingan semasa melakukan aktiviti yg dijalankan.Aktiviti yg dilakukan menyeronokkn dan murid mengamalkan nilai yang baik seperti tolong-menolong, menghargai sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti.Nilai yg lebih penting ialah menghargai rakan-rakan di sekelilingnya. Murid tersebut dpt menerima kekurangan dan kelebihan rakan dan boleh membantu rakan lain setelah diberi bimbingan oleh guru....

      Delete
    5. soalan 3:

      Menurut kamus dewan edisi keempat afektif bermaksud berkaitan dengan perasaan dan emosi (bukannya fikiran atau daya berfikir) untuk memperkembang minat dan motivasi. Aspek afektif sudah tentu sangat penting dalam membantu guru pendidikan khas untuk mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana antara perkembangan afektif murid dalam Pendidikan Jasmani suaian adalah murid menunjukkan keseronokan semasa bermain dan melakukan aktiviti dengan rakan - rakan dan bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang diarahkan guru (Asrori 2010). Namun kekurangan upaya yang dihadapi menyebabkan kesukaran bertindak mengikut arahan guru, rendah diri, tidak yakin dan memberi alasan mengakibatkan kekangan untuk mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu murid kelainan upaya sangat memerlukan motivasi yang bersesuaian untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan mereka sekurang-kurangnya mendengar arahan yang diberikan guru. Motivasi untuk murid-murid kelainan upaya adalah lebih bersifat ekstrinsik iaitu luaran kerana golongan ini sangat memerlukan perhatian. Maka, untuk menarik perhatian mereka, motivasi berbentuk penghargaan lisan, puji-pujian adalah sangat berkesan dalam membangkitkan semangat mereka. Antara tindakan (afektif) yang boleh diberikan kepada individu kurang upaya ialah:
      1. Menghormati
      Guru perlu menunjukkan tanda hormat kepada murid kelainan upaya. Ia bukanlah bermaksud seorang guru perlu tunduk kepada anak murid sendiri tetapi cuba membina keyakinan diri mereka dengan menyatakan mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan orang lain perlu menghormati diri mereka dengan tidak menyisihkan mereka serta menerima diri mereka seadanya.

      2. Memberi galakkan
      memberi hadiah adalah lebih kepada bentuk material. Kebiasaannya, motivasi jenis ini sangat menarik perhatian murid kurang upaya. Mereka sukakan benda maujud yang mana mereka dapat lihat sendiri hadiah yang diberikan. Mereka akan berasa termotivasi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan.

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Jawapan Soalan : 3 Objektif pembelajaran dalam aspek afektif bagi subjek Pendidikan Jasmani Suaian dapat dicapai apabila Murid dapat bergaul bersama rakan-rakan sebaya dengan rasa gembira. ii.Murid menunjukkan keseronokan semasa bermain dan melakukan aktivitidengan rakan-rakan.iii.Murid tahu bersikap menghormati guru dan rakan lain. iv.Murid bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang diarahkan guru. v.Murid tahu rasa tanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjamkan dan amanah yang diberikan oleh guru. vi.Murid bekerjasama dalam kumpulan dan tidak menimbulkan pergaduhan

      Delete
    8. JAWAPAN SOALAN 3

      Assalamualaikum W.B.T….. Saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek afektif yang dapat membantu guru pendidikan khas untuk mencapai objektif P&P. Matlamat utama yang diingini pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Menurut kamus dewan edisi keempat afektif bermaksud berkaitan dengan perasaan dan emosi untuk memperkembang minat dan motivasi. Pendidikan Jasmani Suaian memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika murid menjalankan aktiviti . Selain itu, Pendidikan Jasmani Suaian juga dapat menyediakan situasi yang ceria yang dapat mengggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Secara tidak langsung, murid berkeperluan khas ini juga dapat menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai medium utnuk meluahkan perasaan dan mengekspresikan emosi mereka. Pendidikan Jasmani Suaian juga menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru.

      Delete
    9. This comment has been removed by the author.

      Delete
    10. 3. Melalui penerapkan nilai murni seperti menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran,
      semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif
      kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas
      dengan penuh dedikasi.

      -Apabila murid telah didedahkan serta diterapkan dengan nilai murni, sikap murid akan menjadi lebih positif.
      -Melalui sikap yg positif, sesi PdP akan menjadi lebih lancar.
      -Kelancaran PdP akan membantu guru PJ Suaian untuk mencapai objektif pengajaran.


      4. Ujian bagi murid bekeperluan khas adalah lebih berfokuskan kepada lakuan dalam sesuatu aktiviti.

      Formatif ialah ujian yg dilaksanakan selepas tamat satu sesi pengajaran ataupun satu subtopik.

      Sumatif merupakan ujian yg dilaksanakan bagi hujung satu sesi yg melibatkan banyak topik.

      Dalam subjek PJ Suaian,

      Ujian formatif akan menguji satu sub-pengajaran sahaja seperti menyambut bola dengan tangan menadah.

      Ujian sumatif pula menguji semua kemahiran telah disampaikan seperti mata memandang bola, badan tegak, tangan dalam keadaan menadah, menyerap daya, dan sebagainya.

      Delete
    11. Jawapan 4

      Penilaian jenis formatif digunakan untuk mengesan perkembangan murid-murid semasa mereka mempelajari sesuatu topik pembelajaran supaya bimbingan ke arah kemajuannya dapat diberi kepada murid-murid jika perlu. Dalam Pendidikan Jasmani Suaian, murid-murid berkeperluan khas boleh dinilai melalui pemerhatian sesuatu kemahiran semasa aktiviti-aktiviti dijalankan.

      Penilaian jenis sumantif pula diadakan pada akhir sesuatu unit pelajaran, akhir penggal persekolahan atau akhir tahun. Bertujuan untuk mengetahui penguasaan dan taraf pencapaian murid-murid dalam kumpulan. Ujian jenis criterion dan rujukan norma sesuai digunakan. Dalam Pendidikan Jasmani Suaian, antara jenis penilaian yang sesuai digunakan ialah Ulrich Test.

      Delete
    12. Jawapan soalan 3 :

      Bagi mencapai objektif dlm pdp guru perlu memastikan aktiviti yg dilaksanakan melibatkan murid secara menyeluruh.
      -PJs penting dlm aspek perkembangan afektif kerana memberi peluang kepada murid-murid utk bergaul. melalui pergaulan ini, murid dapat membina hubungan dan dapat saling memahami antara satu sama lain.
      -aktiviti yg dilaksanakan dlm PJs juga dapat menimbulkan rasa seronok dlm kalangan murid. Rasa seronok ini akan akn menyebabkan murid x berasa jemu utk mengikuti sesi pdp yang seterusnya.
      -murid2 juga menunjukkan rsa tanggungjwb terhadap alatan yang digunakan. Mereka tahu utk menjaga dan menyimpan semula alatan yang telah digunakan ke tempat asal.

      Delete
  4. 5. Kenal pasti masalah yang boleh timbul semasa
    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi
    kelas integrasi dan cadangkan penyelesaian bagi setiap
    masalah tersebut.

    6. Huraikan jenis jenis aktiviti fizikal yang boleh
    dilaksanakan berkaitan dengan konsep sosial, riadah dan
    kreativiti bagi murid-murid pendidikan khas bermasalah
    pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan 5

      Masalah yang seringkali timbul semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ialah kekurangan dan ketidaksesuaian alatan dan peralatan sukan bagi kelas integrasi. Oleh yang demikian, setiap aktiviti fizikal yang dirancang pasti ada menggunakan peralatan dan kemudahan tertentu sebagai alatan yang membantu kepada pencapaian objektif pembelajaran. Peralatan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan aktiviti fizikal setiap murid dapat dilakukan secara maksimum. Semua permainan mempunyai peralatannya yang tersendiri. Tetapi, oleh sebab murid-murid yang mempelajari pendidikan jasmani suaian ialah murid-murid kurang upaya, peralatannya juga ada yang telah diubah suai mengikut tahap kelemahan dan kekurangan individu. Seperti contoh, murid autisme perlu menggunakan bola yang lembut serta bola yang berwarna warni dan menarik perhatian.

      Delete
  5. 6. Program Aktiviti Fizikal Suaian perlu dirancang dengan baik supaya aktiviti akan menjadi lancar dan kelebihan juga akan diperolehi pelajar khas kerana aktiviti tersebut dapat membantu mengurangkan dan mengendurkan kekejangan otot yang dihadapi. Faedah yang akan diperolehi pelajar adalah dari segi kesihatan psikologi seperti kognitif, sosial, afektif dan moral pelajar khas yang akan bertambah baik dan dari segi guru juga melalui aktiviti dirancang dapat memudahkan guru untuk melaksanakan aktiviti tersebut kerana aktiviti tersebut dirancang dan disesuaikan kepada semua pelajar khas dan normal. Apabila mereka berjaya melakukan aktiviti suaian yang diberikan maka mereka akan dapat meningkatkan konsep kendiri(self-concept), penghargaan diri(self-esteem) dan keyakinan diri(self-confident). Keterangan-keterangan ini disesuaikan dengan pendapat Jasma dan French(1994), yang menyatakan modifikasi aktiviti fizikal tradisional membolehkan orang kurang upaya berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal mengikut kesesuaian secara selamat, berjaya dan mendapat kepuasan diri. Dalam konsep sosial, interaksi dan komunikasi guru dengan murid dan murid bersama rakan mereka amat penting. Aktiviti berkumpulan yang melibatkan permainan ataupun pertandingan kecil antara murid boleh diwujudkan bagi membolehkan interaksi sosial antara murid wujud hasil kerjasama dalam kumpulan. Dalam konsep riadah pula, guru boleh mewujudkan aktiviti yang berfokuskan kepada kemahiran asas yang dimiliki oleh murid dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Misalnya aktiviti pergerakan asas seperti berjalan, merangkak, melompat dan berlari. Aktiviti seperti ini akan mewujudkan pergerakan fizikal murid dimana guru boleh memvariasaikan aktiviti yang dirancang dengan menggunakan pelbagai ilustrasi dan alatan yang berwarna-warni untuk menarik minat murid dan mewujudkan keseronokkan dalam pembelajaran. Ini kerana murid masalah pembelajaran ini antara ciri utamanya adalah gemar akan alatan ataupun perkara yang berwarna warni (Garciulo ,2003) . Hasil daripada alatan dan bahan yang pelbagai ini mampu mewujudkan kreativiti dalam diri murid masalah pembelajaran ini untuk melakukan aktiviti fizikal. Misalnya, aktiviti pergerakan asas dilakukan seiringan dengan penggunaan alatan (manipulasi alatan) yang mampu dilakukan murid melalui pemilihan alatan yang bebas diberikan kepada murid tersebut. Guru boleh mewujudkan aktiviti seperti bergerak bebas dengan alatan disamping melihat kepada fokus yang ditetapkan. Murid akan menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk melakukan pergerakan yang ingin mereka lakukan.

    ReplyDelete
  6. soalan 5

    Menurut Mahmod Nazar, 2000, antara masalah yang timbul dalam
    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi
    kelas integrasi ialah dalam menyediakan alatan atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan murid. Tambahan pula pihak sekolah tidak dapat menyediakan alatan yang yang diperlukan disebabkan faktor kekangan kewangan. Menurut Mat Nor Husin (1988),menyatakan jika alat bantu mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai di dalam sesuatu situasi pengajaran, objektif ini boleh dicapai iaitu menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan boleh menghasilkan pembelajaran yang kekal. Oleh itu guru tidak harus bergantung dengan alatan yang disediakan oleh pihak sekolah, sebaliknya berusaha untuk menghasilkan alat bantu yang diubahsuai mengikut keupayaan murid.Seorang guru haruslah mempunyai keupayan menjana idea supaya kreatif dan inovatif untuk menghasilkan alat bantu mengajar.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. jawapan bagi soalan 5
    antara masalah yang dihadapi dalam pdp pj suaian kelas integrasi adalah kurang upaya yang berbeza2 dalam kalangan pelajar pendidikan khas. Ketidakupayaan yang berlainan memerlukan keprihatinan guru untuk merancang aktiviti pengajaran supaya sesuai dengan setiap pelajar. Contohnya aktiviti untuk murid autisme dan kecacatan kaki tangan adalah berlainan. Guru seringkali menghadapi masalah dalam merancang aktiviti untuk pelajar pendidikan khas sekiranya peralatan yang diperlukan tidak mencukupi.

    selain itu, jumlah pelajar yang ramai juga merupakan salah satu masalah untuk pengajaran yang kondusif. Setiap murid pendidikan khas memerlukan perhatian yang lebih daripada guru, jumlah murid yang ramai menyebabkan murid tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya daripada guru akan menyebabkan pembelajaran kurang lancar dan kurang fokus dengan perkembangan kemahiran, nilai dan sosial pelajar dalam pendidikan jasmani suaian.

    ReplyDelete
  9. Jawapan soalan 5
    Antara masalah yang dihadapi dalam pdp pj suaian kelas integrasi adalah kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan dan masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal. Faktor tersebut merupakan halangan yang menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani walaupun guru-guru menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas. Oleh itu guru pendidikan jasmani yang berkelayakan haruslah mecukupi di sekolah yang mempunyai kelas integrasi supaya proses pdp dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Selain itu guru biasa yang terpaksa mengajar kelas integrasi untuk mengisi kekurangan guru pendidikan khas perlu diberi kursus bagi mengelakkan masalah komunikasi anatar pelajar khas.

    Sumber:
    Safani Bari&Hamdan Mohd Ali (2005). Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas.
    http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf

    ReplyDelete
  10. Jawapan bagi soalan 5

    Masalah yang mungkin dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada pelajar-pelajar khas adalah peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas. Hal yang demikian kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989).

    Selain itu, faktor cuaca juga menjadi penghalang kepada kelangsungan proses P&P. Ini kerana cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas boleh mematikan motivasi mereka untuk beraktiviti.

    Seterusnya, memandangkan kelas inklusif ini meliputi murid kurang upaya yang berbeza-beza maka ia akan menyukarkan guru untuk mengatur dan menguruskan kelas di samping wujud tingkah laku yang bermacam ragam kerana terdapat mereka yang agresif di dalam kelas.


    Dalam masa yang sama, masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar khas juga menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani walaupun guru menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas.

    Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana faktor-faktor keselamatan kawasan atau peralatan yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan.

    Maka dengan itu, menjadi satu kewajipan kepada guru pendidikan khas untuk mencipta alat reka ganti yang bersesuaian dengan keperluan murid kelas inklusif.

    ReplyDelete
  11. 7. Anda akan mengajar kemahiran menggolek bola ke
    tiang gol kepada pelajar kelainan upaya di dalam
    kelas Pendidikan Jasmani Suaian.
    Rangkakan satu aktiviti pembelajaran bagi murid
    autisme berdasarkan kemahiran di atas

    ReplyDelete
  12. Aktiviti 1;
    Bagi permulaan pembelajaran,murid akan diberikan peralatan yang berbentuk bola yang terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Murid bebas melakukan aktiviti mengikut perancangan mereka sendiri dalam kawasan yang ditetapkan. Murid juga bebas memilih bole yang ingin mereka gunakan tanpa mengira saiz. Ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan dorongan agar murid ingin mengikuti sesi pembelajaran.

    Aktiviti 2 (Perkembangan 1)
    Guru boleh berfokus kepada kemahiran menggolek. Akan tetapi bagi aktivti pertama ini guru boleh merancang aktiviti pengajaran kemahiran menggolek secara bebas dan melakukan dengan murid. Guru melakukan demonstrasi dan murid mengikut pergerakkan guru. Contoh, berfokus kepada kemahiran menggolek tetapi menggolek bebas dalam kawasan yang ditetapkan. Aplikasi konsep gabungjalin seperti guna muzik. Apabila muzik dimainkan murid boleh menggolek bola sebanyak yang mungkin pelbagai arah yang mereka inginkan degan sasaran yang pelbagai. Analisa postur, teknik dan lakuan dilakukan guru.

    Perkembangan 2:
    Guru boleh berfokus kepada kemahiran menggolek. Bimbingan dan dorongan diberikan untuk motivasi murid. Guru boleh meminta murid melakukan kemahiran sama dengan peniruan lakuan guru yang berulang-ulang kerana murid autisme suka perkara berulang. Misalnya, beri bola pelbagai saiz dan warna kepada murid, minta murid golek ke arah satu sasaran yang ditetapkan sehingga kesemua bola habis. Pujian atau ganjaran diberikan sekiranya sasaran berjaya.Ini untuk memotivasi murid. Elak guna bimbingan berbentuk sentuhan kerana murid autisme tidak gemar akan sentuhan.

    Kemuncak:
    Permainan golek bola ke sasaran pelbagai. Guru boleh mencipta tiang gol menggunakan bentuk tiang gol sebenar, menggunakan kon, menggunakan sasaran botol, menggunakan sasaran seperti gelung. Letakdi hadapan murid. Di kawasan permulaan letakkan bola pelbagai saiz dan warna. Murid boleh golek kesasaran yang mereka suka.

    Penutup:
    Murid bergerak bebas dengan alatan atau tanpa alatan. Lakukan pergerakan berulang. Contoh bila muzik dimainkanmurid berjalan dan berhenti semasa diberhentikan. lakukan pergerakan seperti goyang tangan dan anggota badan seperti kaki semasa berhenti.

    Saya pun tidak pasti dengan jawapan dan harap ada respon dan komen dari rakan yang lain untuk tambahan. TQ.

    ReplyDelete