9 February 2017

PENDEKATAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL SUAIAN

17 comments:

  1. Apakah yang anda faham dalam melaksanakan aktiviti bagi murid kelainan upaya mengikut Austerlian Style (TREE). & British Style (STEP)

    ReplyDelete
  2. Masih menungguperbincangan....

    ReplyDelete
  3. T teacher - guru berperanan merancang aktiviti yang sesuai dengan murid suaian.
    R Rules - Peraturan aktiviti dan permainan perlu dinamik dan boleh diubah sesuai dengan kemampuan murid.
    E environment - sama seperti Space, Task dan People dalam STEP iaitu suasana yang boleh dimanipulasi agar mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran murid suaian.
    E equipment - alat yang digunakan perlu sesuai seperti ringan, tidak merbahaya, pelbagai guna dan pelbagai warna.

    Joseph P. Winnick(2011)

    https://books.google.com.my/books?id=CxJ6DQAAQBAJ&lpg=PT278&ots=Rpd2QuY2Ur&dq=teacher%20rule%20environment%20equipment%20inclusion&pg=PT278#v=onepage&q=teacher%20rule%20environment%20equipment%20inclusion&f=false

    ReplyDelete
  4. STEP principles (Space, Task, Equipment and People)
    S (space)- ruang besar akan dapat memudahkan pergerakan murid-murid supaya tidak berlaku kelanggaran antara satu sama lain. Ruang yang mencukupi penting dan mempengaruhi kualiti pengajaran.
    T (Task) - demonstrasi ataupun komunikasi untuk kefahaman murid dalam pengajaran. Ubahsuai peraturan untuk sesetengah kumpulan atau individu. Ubahsuai permainan supaya setiap murid boleh bermain.
    E (Equipment)- contoh, saiz bola. bola yang besar senangkan pukulan atau murid dapat menerima bola dengan baik supaya dapat meningkatkan motivasi dalam permainan. ATaupun, net badminton direndahkan supaya ketinggian tersebut sesuai dengan murid-murid.
    P (People) - kerjasama kumpulan murid-murid(bekerja atau bermain secara berpasangan dan kumpulan kecil)
    menggunakan kumpulan pelbagai kebolehan dan pasangan sama, tetapi bukan setiap pengajaran


    http://www.backuptrust.org.uk/documentdownload.axd?documentresourceid=361

    ReplyDelete
  5. TREE style - boleh digunakan oleh guru untuk mengubah suai aktiviti supaya mendapat penglibatan yang menyeluruh daripada murid-murid untuk mereka meningkatkan kemahiran dan keseronokan dalam melakukan aktiviti.
    TEACHING - Menggunakan kaedah arahan yang mudah difahami dan jelas, - demonstrasi
    RULES - mengubahsuai bilangan dalam setiap kumpulan (aktiviti dalam kumpulan kecil)
    EQUIPMENT - menggunakan saiz / bentuk bola dalam aktiviti (cth: bola bentuk bulat) jika murid-murid lebih selesa menggunakannya.
    ENVIROMENT - mengubahsuai kawasan permainan mengikut kesesuaian.

    kawan-kawan boleh rujuk https://rinewit2011.wikispaces.com/TREE+Principal+PE

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangkann bagaimana kaedah guru PJ suaian mengajar murid autisme kemahiran menendang bola ke dalam gol.

      Delete
    2. Guru boleh memberi motivasi luaran kepada murid autisme terlebih dahulu. Sekiranya dia mampu menendang bola ke dalam gol, guru akan memberikannya sedikit ganjaran.

      Seterusnya guru harus secara perlahan-lahan untuk menarik minat murid serta perhatiannya terhadap proses PdP.

      Guru perlu menunjukkan aksi dan teknik-teknik yang betul disamping mencabar murid autisme untuk melakukan lebih baik daripada guru.

      Proses PdP yang mempunyai ransangan tidak mustahil mampu menarik minat murid autisme untuk turut serta melakukan tendangan walaupun memerlukan percubaan yang banyak kali.

      Tahap kesukaran tendangan pada peringkat awal boleh diminimumkan dengan mendekatkan jarak gol daripada tempat untuk memulakan tendangan.

      Setiap perlakuan yang dilakukan oleh guru untuk mengajarnya teknik tendangan adalah perlu mengambil kira faktor ciri-ciri yang terdapat pada murid autisme. Oleh hal yang demikian, setiap perkara yang dilakukan oleh guru tidak harus menyebabkan murid autisme menjadi agresif dan memberontak terhadap aktiviti.

      Berikut ciri-ciri murid autisme:

      > Tidak menghiraukan orang lain

      > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

      > Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

      > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

      > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

      > Lebih suka bermain sendiri

      > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

      > Lambat bercakap

      > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

      > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

      > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

      > Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

      > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

      > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

      > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

      > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

      > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

      > Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

      > Tidak boleh duduk diam

      > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

      > Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

      > Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

      Delete
    3. Seperti yang zarul perjelaskan di atas, adalah lebih sesuai sebelum memulakan pengajaran, murid-murid ini didedahkan dengan animasi video tentang kemahiran yang hendak diajar. Karakter dalam video tersebut diharapkan dapat memberi inspirasi kepada murid untuk mencuba meniru tingkah laku karakter tersebut.

      Selain itu, kaedah memberi arahan juga sangat penting untuk mendekati murid-murid autism. Arahan yang diberikan perlulah menggunakan ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas. Perkara ini adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme walaupun realitinya mereka tidak faham sepenuhnya apa yang disampaikan oleh guru.

      Seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah drilling iaitu pengulangan dalam mengajar kemahiran menendang bola kerana ia sangat sinonim dengan perwatakan murid-murid autism yang mana mereka suka melakukan perkara yang berulang-ulang. Secara tidak langsung, kemahiran menendang boleh dikuasai oleh murid-murid ini dengan mudah.


      Delete
    4. apa yang Zarul & sahsa katakan lebih berkaitan peranan guru bagaimana nak kendalikan kelas & murid Mengikut Model TREE & STEP.
      Bagaimana persediaan ABM khususnya
      i. Bola
      2. Tiang gol
      3. Peraturan

      Delete
    5. Bola yang berwarna-warni ataupun lembut akan dapat menarik perhatian dan minat murid-murid autism dalam kelas. Tiang gol yang disalut dengan alat berwarna atau pun dengan span supaya keselamatan murid-murid dijaga. Peraturan yang ringkas diubahsuai supaya mereka lebih mementingkan kemahiran dan bermain dengan seronok. Yang penting, motivasi dan dorongan oleh kawan-kawan dan guru supaya murid-murid lebih minat belajar dalam kelas.

      Delete
    6. Hi encik. Berikut penjelasan saya bagi persediaan ABM

      Bola - Seperti yang dimaklumkan, autism mempunyai daya visual yang tinggi. Jadi bola boleh diinovasikan dengan menggunakan warna yang "strinking" supaya boleh menarik minat serta boleh menarik fokus autism kepada bola. Manakala saiz bola lebih besar serta lebih lembut supaya dapat mengekalkan keminatan autism kepada bola tersebut.

      Tiang gol - Disebabkan autism tidak mempunyai daya saing semasa autism yang lain, jadi tiang tersebut diinovasikan mempunyai skor masing-masing mengikut tahap kesukaran untuk melakukan gol.

      Peraturan - seperti yang dimaklumkan, autism tidak dapat memberi kerjasama yang baik atau suka menunggu. Jadi cadangan saya, tiada peraturan semasa bermain tetapi perlu menghadkan keluasan kawasan supaya dalam kawalan. Selain itu juga, setiap autism akan mendapat bola masing-masing dalam kawasan yang sama kerana autism tidak suka berkongsi dan lebih suka bermain sendiri.

      Delete
  6. Salam en. Berdasarkan pandangan serta jawapan yang diberikan oleh zarul dan juga shasha, untuk kanak-kanak autisme khususnya dalam penyediaan ABM seperti tiang gol dan juga bola mungkin menggunakan kaedah peralatan yang menarik mungkin boleh membantu dalam mewujudkan minat bagi murid tersebut terlibat dalam pdp. Misalnya, tiang gol yang berwarna dijadikan sasaran, jaring dalam gol dijadikan sasaran yang boleh menarik minat murid. Bola pula, mungkin bola yang berwarna warni ataupun inovasikan bola getah pantai dengan meletakkan lampu berkelip pada bola tersebut membolehkan murid tersebut tertarik dengan alatan tersebut. Ini kerana murid yang autisme minat dengan peralatan yang pelik ataupun lain daripada yang lain.

    Dari segi peraturan pula, bagi pandangan saya, untuk kanak-kanak autisme elakkan daripada mewujudkan sesuatu pertandingan kerana murid-murid autisme kebiasaanya mempunyai sifat sesitif yang tinggi serta sukar sekiranya arahan yang diberikan terlalu banyak. Ataupun dalam erti kata lain, matlamat ataupun objektif kita adalah untuk kemahiran menendang, fokus hanya diberikan kepada kemahiran tersebut. Dan sekiranya murid tersebut berjaya melakukan kemahiran tersebut, bola yang dapat dijaringkan semasa kemahiran mungkin murid tersebut boleh diberikan ganjaran ataupun pujian. Ini kerana murid autisme ini suka akan sentuhan dan galakan daripada kita sekiranya perhatian diberikan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  7. Dalam pengajaran PJ Suaian, aspek pemerhatian dan bimbingan kepada murid sewaktu beraktiviti akan mampu mendorong murid berasa selamat dan seronok beraktiviti,

    1.Jelaskan bagaimanakah kaedah pemarhatian dan bimbingan ini dilaksanakan sewaktu memilih aktiviti
    2. Apakah yang perlu diperhatikan dan bimbingan yang diberi pada tahap
    1. Pengasingan
    2. Inklusif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemerhatian sangat penting bagi memastikan murid berkeperluan khas beraktiviti dengan selamat. Sewaktu beraktiviti, pemerhatian perlu difokuskan kepada bagimana murid tersebut melakukan suatu aktiviti atau kemahiran. Sekiranya murid tersebut tidak dapat melakukan kemahiran tersebut, guru perlu beri bimbingan yang berterusan.

      Delete
  8. Salam Encik..
    aspek pemerhatian dan bimbingan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu proses pembelajaran. Aspek ini penting ketiga memilih aktiviti kerana untuk memastikan aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan tahap kemampuan murid, di sampinng memberi persediaan kepada guru untuk menyediakan ABM yang dapat membantu dalam melakukan aktiviti tersebut. Ini kerana bagi kanak-kanak berkeperluan khas , kemungkinan guru memerlukan alat tambahan atau ABM bagi membantu pelaksanaan aktiviti tersebut.

    ReplyDelete
  9. Salam Encik..Aspek pemerhatian dan bimbingan sangat penting dalam menilai dan membantu murid dalam PdP lebih-lebih lagi murid yang berkeperluan khas. Bagi kelas pengasingan guru haruslah memerhatikan dan memberi bimbingan dari aspek postur, lakuan dan teknik murid yang bekeperluan khas ini. Contohnya untuk postur atau kedudukan badan murid guru memberi kebebasan kedudukan badan sesuai dengan tahap yang mereka miliki dan kekurangan. Bagi aspek teknik, contohnya aktiviti pukulan guru boleh mengubahsuai aktiviti pukulan itu yang pada awalnya memerlukan menggunakan tangan sahaja tetapi berdasarkan ubahsuai yang dilakukan murid berkeperluan khas ini bebas menggunakan apa sahaja anggota badan yang dimilikinya untuk melakukan lakuan pukulan ini. Cara ini juga selaras dengan kaedah Tree&Step. Penggunaan BBM juga amat penting dalam merangsang dan menimbulkan keseronokan kepada murid. Walaubagai manapun, BBM yang dicipta untuk kelas pengasingan ini haruslah diubahsuai dari peralatan yang asal untuk memudahkan dan keselamatan murid. Contohnya, bola sepak yang sebenar boleh ditukar kepada bola yang lebih lembut contohnya bola getah, belon, bola plastik dan sebagainya. Melalui pendekatan ini maka guru dapat membantu murid yang berkeperluan khas untuk menjalankan aktiviti dengan seronok dan mengembangkan aspek psikomotor, kognitif dan afektifnya.

    ReplyDelete
  10. 1. Kemukakan langkah-langkah yang perlu diberikan fokus dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengelakkan rasa tersisih dalam kalangan murid berkeperluan khas.

    2.Guru juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri utama murid autisme seperti perlakuan aktiviti yang berulang dan pergerakkan-pergerakkan sterotaip. Pedrincikan bagaimanakah cara mengdianogsis murid autisme

    ReplyDelete