19 February 2017

PROGRAM KESIHATAN MULUT

12 comments:

  1. Bagaimanakah amalan pendidikan kesihatan mampu mendidik dan menarik minat kanak kanak untuk menjaga kesihatan mulut dengan persekitarannya yang terdedah dengan pelbagai makanan yang menyelerakan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. (AIMAN) Amalan menjaga kesihatan mulut sering dianjurkan diperingkat sekolah mahupun negeri.Jadi promosi gaya amalan menjaga kesihatan mulut sering diadakan untuk mendidik murid di peringkat sekolah akar umbi.Selain itu kerjasama sekolah dengan kementerian kesihatan dapat mewujudkan kaedah pendeadahan gaya mulut sihat yang lebih kreatif, inovatif serta mampu menarik minat murid-murid yang mudah terpengaruh dengan makanan yang tidak berkhasiat.Contohnya, melalui iklan kartun mengenai cara menjaga mulut agar sihat sentiasa, imaginasi watak makanan jahat dan baik mampu menjadi tauladan kepada murid ini.

      Delete
    2. Amalan pendidikan kesihatan mampu mendidik dan menarik minat kanak-kanak untuk menjaga kesihatan mulut dengan melaksanakan program kesihatan mulut menggunakan kaedah penceritaan patung atau boneka. Murid akan tertarik untuk untuk ikut serta dalam aktiviti tersebut. Contoh boneka yang baik dan boneka yang jahat perlu dilaksanakan agar murid dapat membina satu kesimpulan bahawa boneka yang baik menjaga kesihatan mulutnya dan perlu dicontohi oleh murid tersebut.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. amalan pendidikan kesihatan yang didedahkan kepada murid seperti cara menjaga gigi,cara memberus gigi dengan betul,makanan yang tidak elok dimakan, malah dengan adanya pemberian berus gigi dan ubat gigi secara percuma secara tidak langsung mampu menarik minat murid unuk mengaplikasikannnya dalam kehidupan seharian mereka.

    ReplyDelete
  4. Selain itu, amalan pemakanan juga mendidik kanak-kanak dengan menyatakan faedah menjaga kesihatan mulut seperti seseorang akan mempunyai senyuman yang cantik kerana giginya bersih dan putih.Mereka juga akan memiliki gigi yang kuat, putih bersinar sekiranya tidak mengambil makanan yang tidak berkhasiat. ini dapat menarik minat mereka untuk lebih menjaga kesihatan mulut.

    ReplyDelete
  5. dengan adanya amalan pendidikan kesihatan di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk menjaga kesihatan mulut dengan bantuan program-program yang dijalankan. bukan itu sahaja, para pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai gaya pemakanan yang sihat. seterusnya, dengan bantuan pasukan klikik bergerak di sekolah-sekolah, pelajar juga diajar cara untuk memberus gigi dan memberi maklumat tentang cara penjagaan mulut. secara tidak langsung, mereka akan semangat untuk menjaga kebersihan dan kesihatan dengan adanya ilmu pengetahuan tersebut

    ReplyDelete
  6. Melalui pendidikan kesihatan, murid dapat mengetahui kesan daripada sesuatu perbuatan. Contohnya gigi akan rosak jika tidak digosok. Oleh itu, murid yang mempunyai ilmu pengatahuan berkaitan pendidikan kesihatan ini akan menjaga kesihatan mulut mereka berbeza denhan murid yang tidak mempelajari mengenai pendidikan kesihatan.

    ReplyDelete
  7. Melalui program-program kesihatan pergigian disekolah, dapat menarik minat pelajar untuk menjaga kesihatan mulut. para pelajar akan didedahkan dengan penyakit-penyakit yang akan memudaratkan pelajar. sebagai contohnya sakit gigi, sakit gusi, gigi berlubang dan mulut berbau. dengan itu, cara-cara menjagaan mulut akan diberi penerangan kepada para pelajar. oleh itu, program-program mulut dapat memberi kesedaraan bahawa disebalik kerosakan gigi yang disebabkan oleh pengambilan makanan ia juga dipengaruhi oleh penjagaan mulut.

    ReplyDelete
  8. penjagaan mulut merupakan perkara yang penting bagi mendapat "dental fit" dalam kalangan murid.Oleh itu,program kesihatan yang dilakukan haruslah menarik dan kreatif seperti menyangkan video dan gambar yang menunjukkan implikasi tidak menjaga kesihatan mulut bagi menarik minat murid-murid. Apabila penerangan ini didedahkan, secra tidak langsung mereka akan berusaha menjaga kesihatan mulut kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

    ReplyDelete
  9. pada masa kini, murid lebih terdedah kepada banyak jenis makanan yang mana boleh merosakkan gigi mereka. melalui amalan pendidikan kesihatan, pengetahuan murid tentang penjagaan kesihatan mulut (gigi) lebih meluas contohnya cara yg betul menggosok gigi, berapa minit sepatutnya gosok gigi dan sebagainya. jika di rumah, ibu bapa hanya menyuruh anak-anak menggosok gigi tetapi tidak menunjukkan cara yang betul untuk menggosok. di sekolah, melalui program kesihatan, murid lebih memahami bagaimana untuk menjaga kesihatan mulut dengan adanya demonstrasi dan tunjuk cara daripada pihak kesihatan yang datang ke sekolah seterusnya mereka akan cuba mengaplikasikannya setiap kali mereka berus gigi.

    ReplyDelete
  10. pendidikan kesihatan telah mendedahkan cara penjagaan mulut yang betul dan sihat. Penjagaan mulut ini juga terdiri daripada cara menggosok gigi, makanan yang tidak elok untuk gigi, dan perkara-perkara yang akan merosakkan mulut.
    ibu bapa juga menjadi peranan yang penting untuk memastikan ank mereka menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kawalan ibu bapa terhadap pemakanan juga penting agar anak-anak mereka tidak memakan makanan yang tidak sihat dan akan merosakkan mulut mereka. Pihak sekolah pula, hendaklah memastikan kantin atau kedai buku dalam sekolah tidak menjual makanan ringan yang boleh menyebabkan sakit mulut.

    ReplyDelete