21 February 2017

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

26 comments:

  1. Sebagai seorang guru pendidikan kesihatan, bagaimanakah kita mengaitkan pengajaran pendidikan kesihatan dengan penjagaan pemakanan dan program RMT di sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajaran pendidikan kesihatan itu sendiri mempunyai tajuk-tajuk mengenai amalan pemakanan yang sihat. oleh hal yang demikian, guru haruslah menerangkan kepada murid tentang amalan penjagaan pemakanan dengan mengunakan beberapa kaedah seperti video, animasi kartun yang dapat membezakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat juga kesan pengambilan makanan secara teratur seperti mana tujuan utama RMT dijalanan.

      Delete
    2. Seorang guru pendidikan kesihatan boleh mengaitkan pengajaran PK dengan RMT melalui pendedahan dan pembelajaran mengenai makanan berkhasiat atau tidak berkhasiat.Guru PK boleh mengambil menu makanan RMT dan membuat analisis bersama murid di dalam kelas dengan menganalisa jenis2 zat makanan yang terdapat dalam sesuatu menu makanan tersebut. Selain itu, guru PK juga boleh memberi pendedahan mengenai keracunan makanan dengan menunjukkan contoh makanan yang telah basi atau telah rosak. Oleh yang demikian, murid2 dapat memeriksa makanan yang telah diberi daripada pengusaha RMT.

      Delete
    3. Dalam Pendidikan kesihatan ada dinyatakan keperluan pengambilan makanan yang sihat. Selain itu, ada juga dinyatakan mengenai keperluan kalori seharian yang diperlukan. Pogram RMT menyediakan pemakanan yang sihat serta mengikut piramid makanan yang ditetapkan selaras dengan apa yang diajar dalam pendidikan kesihatan. Makanan yang disediakan juga membekalkan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan untuk sehari seperti yang telah dipelajari dalam pendidikan kesihatan.

      Delete
    4. Pengajaran pendidikan kesihatan dapat mengaitkan penjagaan pemakanan dan program RMT disekolah dengan menerapkan pengajaran di bawah tajuk pemakanan yang berkhasiat serta seimbang. Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan kesihatan haruslah menerangkan mengenai kepentingan pemakanan contohnya iaitu mengenai amalan makanan seimbang mengikut piramid makanan . Guru juga mestilah menerangkan akibat serta kesan daripada makanan yang tidak berkhasiat. Ini adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada murid-murid dalam amalan pemakan dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Melalui pengajaran amalan pemakanan yang sihat dan seimbang ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Selain itu, penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.

      Delete
    5. Sebagai seorang guru pendidikan kesihatan, guru perlu mengaitkan amalan pemakanan yang sihat kepada murid-murid selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan di sekolah. Contoh yang berkait dengan murid-murid adalah Program RMT di sekolah. Selain memberi makanan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid dari golongan miskin, guru perlu mendedahkan kepada murid-murid bahawa Program RMT juga dapat memupuk kefahaman tentang kepentingan menjaga kebersihan makanan, tempat makan dan sumber makanan yang diperoleh. Seterusnya, guru juga boleh memberi contoh perbezaan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat dengan lebih mudah dengan mengambil contoh makanan yang disediakan dalam Program RMT dengan makanan segera atau kurang berkhasiat di luar.

      Delete
    6. Kaitan antara pengajaran pendidikan kesihatan dengan penjagaan pemakanan ialah guru pendidikan kesihatan akan menerangkan tentang nutrisi yang ada dalam makanan dan kadar pengambilan makanan yang perlu oleh badan. Pendidikan kesihatan juga menerangkan kaedah pemakanan yang baik untuk mengelakkan daripada penyakit jenis bawaan makanan dan mengawal obesiti. Pengajaran pendidikan kesihatan juga akan memberi kesedaran kepada murid untuk memberitahu kepada keluarga mereka tentang penjagaan pemakanan di rumah. Dengan ini, penjagaan pemakanan dalam kalangan murid dapat diterapkan.

      Delete
    7. Dalam silibus pendidikan kesihatan terdapat tajuk pemakanan dan kesihatan. oleh yang demikian, guru perlulah memberi pengetahuan dan pendedahan kpd murid tentang aspek pemakanan seperti piramid makanan, waktu makan , serta jumlah kalori yg diperlukan oleh badan seseorang dengan mengambil contoh menu RMT yg diambil oleh murid. Guru perlu memberitahu murid bahawa menu RMT yg disediakan adalah berkhasiat dan seimbang dan membekalkan jumlah kalori yg cukup untuk tubuh badan melakukan aktiviti.

      Delete
    8. (AIMAN)- Dalam pengajaran pendidikan kesihatan ada mengaitkan amalan makananan sihat dan kebersihan makanan dari aspek fizikal dan dalaman.Jadi dengan program RMT di sekolah murid yang terlibat mungkin boleh mentaksirkan makanan yang diterima dengan pelajaran yang telah dipelajari iaitu contoh makanan yang sihat dan berkualiti.

      Delete
    9. Sebagai seorang guru,kita haruslah kreatif dalam mengaitkan isi pengajaran dan situasi sebenar.Dalam Pendidikan kesihatan ada dinyatakan keperluan pengambilan makanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Pogram RMT yang dilaksanakan adalah selaras dengan apa yang diajar dalam pendidikan kesihatan. Makanan yang dibekalkan oleh pihak kantin menyediakan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan untuk sehari seperti yang telah ditetapkan.

      Delete
    10. melalui pendidikan kesihatan, pelajar akan belajar mengenai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. dengan ini guru boleh mengaitkan makanan yang dimakan oleh pelajar setiap hari. oleh itu pelajar akan mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang sebetulnya. Disamping, guru boleh menerangkan bahawa makanan yang disediakan semasa RMT ialah makanan yang mengandungi nutrisi yang secukupnya kepada badan.

      Delete
  2. Jika pengusaha kentin dibenarkan untuk menguruskan RMT, bagaimanakah prosidur ia perlu menguruskan jualan harian dikentin dan penyediaan RMT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi penyediaan RMT pengusaha kantin hendaklah mengikut 20 jenis menu yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Perjanjian Pembekalan Makanan bagi RMT . Lima (5) jenis menu dicadangkan dipilih oleh pihak sekolah secara bergilir. Walau bagaimanapun sekolah boleh membuat Buku Panduan Pengurusan RMT 15 pilihan daripada 20 senarai menu yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid. Bagi memastikan menu makanan yang disediakan menarik minat murid, semakan semula menu perlu dibuat satu kali setahun (Jun) oleh Jawatankuasa Bantuan Murid (RMT) dan penukaran menu dilaksanakan mengikut menu yang disenaraikan. Seterusnya, bagi penyediaan makanan jualan harian Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitaranya pada setiap masa dan mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang diperuntukan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah

      sumber :Buku Panduan Pengurusan RMT
      https://www.sistemguruonline.my/2017/01/buku-pengurusan-kantin-sekolah-2017.html

      Delete
    2. aiman(Pengusaha kanting perlu memastikan sumber makanan mentah ditermima dari pembekal dlalam keadaan baik.Selain itu pegusaha juga mesti menyediakan makanan yang telah dinyatakan dalam tender senarai makanan agar mengikut dalam tender.Contohnya, makanan yang telah diberitahu kadar kcal kalori dalam makanan dan sumber tenaga dapat.Makanan RMT yang disediakan mesti diasingkan sedikit dan dibiarkan 24 jam agar sebrang masalah berlaku pihak kementerian kesihatan boleh menguji dan kenal pasti punca penyakit.

      Delete
  3. Prosedur yang perlu dilakukan oleh kantin sekolah setelah mendapat tender untuk menguruskan RMT ialah pengusaha kantin perlu membuat tuntutan bayaran daripada AJK RMT sekolah setiap bulan setelah menerima saluran kewangan daripada KPM. Selain itu, peralatan dapur,memasak dan menghidang disediakan penuh oleh pihak kantin. Kualiti dan kuantiti makanan hendaklah mengikut ketetapan menu yang telah dirancang. Di samping itu, pengusaha kantin/RMT bersetuju tidak meminda mana-mana menu yang ditetapkan.Makanan hendaklah disediakan pada waktu yang ditetapkan. Kebersihan tempat memasak, pealatan, tempat menghidang dan bekas makanan hendaklah dijaga dan diutamakan. Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah berada dalam keadaan sihat dan menjaga kebersihan diri dan pakaiannya. Akhir sekali, pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah mendapatkan suntikan daripada Jabatan Kesihatan.

    ReplyDelete
  4. Pengusaha kantin perlu menyediakan makanan yang berkhasiat selaras dengan kehendak dan tujuan pogram rmt itu sendiri.Penyediaan makanan itu perlu mengikut piramid makanan yang telah ditetapakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kandungan tertinggi ialah karbohidrat kemudian diikuti vitamin, protein dan paling sedikit ialah lemak. Seterusnya Pengusaha RMT perlu menjaga kebersihan diri, tempat penyedian makanan serta makanan itu sendiri. Ini bagi memastikan makanan yang disediakan berkualiti dan tidak dicemari. Kawalan kebersihan sangat penting bagi memastikan pelajar tidak menghadapi sakit perut, cirit birit dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi penyediaan RMT pengusaha kantin hendaklah mengikut semua jenis menu yang telah ditetapkan. Penyediaan makanan perlu mengikut piramid dan jumlah kalori yang telah ditetapkan sesuai dengan aktiviti haria murid. Bagi penyediaan makanan jualan harian Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitaranya pada setiap masa dan mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang diperuntukan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah. Seterusnya,pekerja kantin juga haruslah menerima suntikan yang telah ditetapkan sebelum memulakan pekerjaan.

      Delete
  5. Fahamkan soalan saya.
    1. Pengusaha kentin dapat tender menyedia makanan RMT
    2. Perlaksanan yang perlakukannya untuk menyediakan makanan untuk jualan harian di kantin
    3. Menyediakan makanan program RMT dalam masa yang sama
    Soalannya.... Bagaimana pengurusan dan kaedah penyediaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak kantin sekolah akan menyediakan kad RMT yang tertera nama dan kelas bagi para pelajar yang menerima RMT tersebut. hal ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan di kalangan pelajar. seterusnya, 10 minit sebelum masa rehat guru kelas akan mengedarkan kad tersebut kepada kawan-kawan. semasa rehat, pengusaha kantin akan mengedarkan makanan kepada para pelajar.

      Delete
    2. Terdapat sesetengah sekolah yang menetapkan menu makanan harian dengan menu RMT adalah sama. Hal ini akan memudahkan pengurusan dan penyediaan makanan harian kantin tersebut.
      Ada juga kantin sekolah yang menyediakan makanan RMT terlebih dahulu pada awal pagi dan menyediakan makanan harian di kantin secara berasingan. Hal ini dapat dilakukan dengan penambahan tenaga kerja di kantin sekolah tersebut.

      Delete
    3. (aiman)-Pengurusan RMT DI sekolaj mestilah mempunyai seorang guru yang bertugas setiap hari untuk melihat proses penyediaan makanan sebelum dihidang kepada murid,ini kerana guru bertugas bertanggungjawab memastikan pengusaha RMT mengikut kaedah yang sihat dan makanan berkualiti. Makanan yang sudah dimasak di hidangkan dalam keadaan tertutup dari sebarang gangguan lalat atau haiwan lain.Makanan disediakn khas untuk guru bertugas merasa makanan yang disediakan untuk RMT dan boleh menilai makanan yang akan dimakan murid.

      Delete
    4. Sebelum menyediakan makanan RMT, pihak kantin sekolah akan menetapkan menu yang akan dihidangkan kepada murid selaras dengan Buku Panduan Pengurusan RMT 15. Seterusnya, pihak kantin haruslah mengasingkan sedikit makanan bagi memastikan kualiti makanan tersebut dapat dipastikan kesahihannya apabila berlaku kes keracunan makanan.Akhir sekali pihak kantin akan mengedarkan makanan kepada pelajar berdasarkan kad RMT yang disediakan bagi mengelakkan penipuan.

      Delete
  6. Sebagai Seorang guru pendidikan kesihatan yang berpengatahuan pengendalian dalam penyediaan makanan tambahan kepada murid perlu dipantau dengan memastikan pengusaha kantin menyediakan makanan yang memenuhi piramid makanan. Dalam penyediaan ini pengusaha perlu penyediaan makanan yang mengandungi semua kandungan piramid makanan seperti lemak, vitamin, protein, kerbohidrat dan buah-buahan.Dengan penyedian ini murid bukan sekadar kenyang malahan mendapat zat yang mencukupi dalam pengambilan makanan tambahan ini. Kesihatan murid dapat dikekalkan dan berlakunya pengurangan penyakit kronik dan obesiti dalam kalangan murid.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengurusakan makanan bagi jualan dan RMT ialah pihak kantin akan mengasingkan makanan untuk RMT dan jualan. bagi mengelakkan pelajar yang tidak mendapat RMT daripada turut mengambil makanan RMT, pihak kantin akan membuat kad atau kupun kepada pelajar yang layak mendapat RMT.

      Delete
  8. Pihak kantin boleh menguruskan RMT dengan murid biasa dengan mengasingkan tempat pemberian makanan antara murid RMT dengan murid biasa. Ini adalah untuk menggelakkan kecurian makanan RMT atau penipuan oleh murid biasa. Dari segi penyediaan makanan pula,pihak kantin perlu memasak makanan dengan menu yang berbeza antara murid RMT dengan murid biasa. Contohnya, pihak kantin perlu memasak awal untuk murid RMT dan setelah selesai memasak menu RMT, pihak kantin boleh meneruskan dengan memasak makanan harian.Tambahan lagi, pihak kantin boleh membuat checklist atau senarai semak bagi murid RMT untuk memastikan mereka mendapat makanan yang sepatutnya. Pihak kantin juga boleh membuat kad RMT untuk diberikan kepada murid RMT untuk memudahkan pihak kantin membuat semakan sama ada murid ambil makanan atau tidak.

    ReplyDelete