12 March 2017

PdP PJ Suaian - Lagu Memanaskan Badan 2

22 comments:

  1. Apakah punca yang mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam melibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu motivasi kendiri murid pemulihan rendah ialah faktor keyakinan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. menurut cox, 1998, dalam Model McClelland dan Atkinson mengaitkan faktor ini dengan takut kepada kegagalan. Murid yang merasakan dirinya tidak berkeyakinan akan memilih untuk tidak menyertai aktiviti tersebut. Hal ini berpunca kepada faktor dalaman murid tersebut. Misalnya, murid yang kurang berkeyakinan dalam aktiviti melompat sebelah kaki yang mana faktor ketakutan terhadap ketinggian aras rintangan.

      Delete
    2. Dalam proses Pdp, motivasi dianggap salah satu unsur penting dalam yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna (Kamarudin Haji Husin,1993).

      Maka dalam pengajaran bilik darjah, motivasi merupakan unsur penting untuk mengekalkan minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran. Guru pula sentiasa menghadapi cabaran untuk membangkit, menggerak dan mengekalkan minat murid-murid dalam pembelajaran untuk menghasilkan tingkah laku yang sesuai. Dalam motivasi terdapat unsur yang penting fungsinya sebagai perangsang iaitu insentif dan motif. Insentif yang dimaksudkan di sini adalah sebagai galakan yang dapat mendesak seseorang itu supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Misalnya, gaji merupakan insentif bagi seseorang bekerja. Manakala motif adalah unsur yang mengalakkan seorang individu dan mendorongnya untuk mencapai sesuatu matlamat walaupun melalui satu tempoh masa yang lama. Dalam situasi pembelajaran, motif dapat membangkitkan dorongan dalaman seseorang murid turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Misalnya, keperluan, minat, sikap dan emosi yang mungkin lahir semula jadi atau berpandu kepada pengalaman dan kehendak persekitaran.

      Terdapat dua jenis motivasi yang dapat diklasifikasikan iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia biasanya terdiri daripada dorongan dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Menurut Bruner (1966), motivasi intrinsik mempunyai kaitan yang rapat dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan sebagai motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi. Terdapat pula motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Misalnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah daya gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya.

      Delete
    3. Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Salah satu punca berlakunya kekurangan motivasi murid pemulihan dalam PdP adalah tidak ada peneguhan yang diberikan.Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki. Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian. Oleh itu melalui pendekatan peneguhan yang digunakan oleh guru dalam sesi PdP maka ia secara langsung akan meningkatkan motivasi murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

      Sumber : https://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku
      ( Teori Pengajaran Tingkahlaku )

      Delete
    4. untuk meningkatkan motivasi intrinsik murid dalam aktiviti melompat ini maka guru harus menjadi pendorong kepada murid. sebagai contoh, murid berkeperluan khas kategori berasingan, guru dan murid bersama-sama melakukan aktiviti tersebut manakala kategori integrasi pula, guru boleh memberikan kata-kata semangat atau peransang seperti yang diutarakan oleh Bandura, 1986.

      Delete
    5. Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk melakukan aktiviti. Apabila murid pendidikan khas berjaya dalam aktiviti, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau senang, tetapi apabila gagal, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

      Kajian oleh Bass dan Grey (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan prestasi seseorang individu mempelajari adalah dengan menlihat gaya pembelajaranya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dalam proses pembelajaran. Namum bagi pelajar pendidikan khas, mereka tidak dapat untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang betul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka menyebabkan mereka mempunyai pencapaian yang kurang memberangsangkan seterusnya menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar pendidikan khas.

      Smith (1998: 53) menyarankan untuk bersabar dan memberikan waktu kepada pelajar berkeperluan khas. The Emily Hall Tremaine Foundation juga mengemukakan tentang pemberian waktu khusus supaya diberikan agar pelajar berkeperluan khas mampu menyelesaikan tugas yang diberikan. Artikel terdahulu juga menjelaskan tentang peruntukan masa yang longgar dan memberikan waktu rehat yang cukup untuk berehat.

      Bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan, kurikulum yang digunakan di sekolah adalah sama dengan kurikulum yang diajarkan oleh murid-murid tipikal yang lain. Hal ini akan mengakibatkan murid-murid berkeperluan khas tidak dapat mengikuti kurikulum yang diajar dengan sepenuhnya kerana bagi mereka ia adalah berada di tahap yang tinggi yang tidak mampu dicapai oleh mereka. Hal ini akan menyebabkan prestasi motivasi mereka akan merosot.


      Delete
    6. Menurut Richard Denny (1993) menyatakan bahawa kehadiran atau kewujudan motivasi adalah merupakan satu yang menjadi keperluan umum. Setiap orang mahu menjadi seseorang yang bermotivasi tetapi sering juga tidak tahu caranya. Setiap guru sentiasa inginkan murid-muridnya mempunyai motivasi kendiri yang tinggi untuk belajar dan melibatkan dirinya dalam aktiviti PdP dengan baik. Dalam kelas PJ suaian, punca yang mengakibatkan motivasi kendiri murid pemulihan rendah dalam melibatkan diri terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan kurangnya motivasi dalam diri.
      Motivasi kendiri (self-motivated) telah merujuk kepada kecenderungan emosi yang berupaya untuk menggerakkan dan memandu individu itu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi kendiri juga membantu manusia mengambil inisiatif yang berlipat ganda dan gigih berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan mahupun kegagalan.Oleh itu, sebagai guru PJ suaian, murid-murid perlulah diberikan motivasi yang sesuai agar mereka dapat melibatkan diri dalam P&P.
      Pastinya murid seperti ini adalah murid yang boleh melaksanakan aktiviti PdP dengan berkesan dan sentiasa ke hadapan malahan tidak akan jadi seperti pahat yang “sekali ketuk sekali berbunyi”. Kenyaatan ini disokong oleh Abdul Rahim (2007) yang mengatakan bahawa murid yang bermotivasi kebiasaannya telah tahu tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang diharapkan daripadanya serta tidak perlu banyak diarah atau dikawal selia.
      Sumber :
      Teori Motivasi, Abdul Rahim (2007)
      Physchology of Motivation, Richard Denny (1993)

      Delete
  2. Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan motivasi kendiri murid rendah dalam PdP, antaranya ialah;

    1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menyeronok dan menarik minat murid. Guru seharusnya menerapkan model pengajaran STEP atau TREE dalam PdP bagi mengelola satu pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid suaian.

    2. Murid suaian jarang diberi peneguhan, ganjaran dan pujian. Murid suaian memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Guru hendaklah sentiasa peka dengan setiap pencapaian yang telah murid lakukan agar mereka tidak rasa terpinggir dan tidak diendahkan setelah selesai melakukan sesuatu perkara. Murid yang selesai melakukan sesatu aktiviti hendaklah diberikan peneguhan yang positif seperti kata-kata semangat dan pujian. Ganjaran juga boleh diberikan dalam bentuk hadiah tetapi kurang digalakkan. Ini kerana, murid sepatutnya seronok dan tertarik untuk mengikuti PdP bukan kerana hadiah tetapi kerana ingin melakukan aktiviti yang dirancang.

    3. Murid Suaian kurang diberi dorongan kasih-sayang dalam beraktiviti. Menurut Jamaludin Ramli (2010), kekurangan kasih sayang, perhatian dan belaian daripada guru ataupun orang dewasa lain kepada seseorang akan mengakibatkan mereka wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan membentuk motivasi kendiri yang rendah. Pernyataan ini telah disokong oleh Teori Motivasi Maslow bahawa sekiranya keperluan asas seseorang tidak dipenuhi, tahap motivasi pembelajaran juga akan rendah. Apabila motivasi pembelajaran murid pemulihan rendah, secara langsungnya, motivasi kendiri mereka untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP juga akan rendah.

    Sumber:
    -Abdul Rahim, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari. (2008).
    Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar
    -Individual with Disabilities Education Act (IDEA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyederi kekurangan yang ada pada diri
      sendiri, pelajar kelainan upaya akan cuba mengasingkan diri, merasa malu, rendah
      diri, kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan.

      Sebagai guru JP Sauaian.. apa tindakan anda ?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang mesra OKU salah satu dari cara untuk membentuk guru yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan jasmani suaian shj tetapi juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu, guru-guru mestilah memberikan motivasi yang cukup kepada murid-murid seperti ini. Dalam kelas pendidikan jasmani suaian, aktiviti murid perlulah diubahsuai mengikut kemampun murid . Oleh itu, aktiviri TREE & STEP perlulah diaplikasikan semasa P&P bagi mencapai objektif.

      Delete
    4. Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat kaeadah yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual) serta berasaskan kajian ( kajian kes, kajian dokumen, kajian membujur).

      Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid tersebut. Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut mengenai perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru harus memberikan murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q. untuk menentukan tahap kebolehan akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal pasti aspek-aspek kekuatan dan kelemahannya.

      Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian diagnostik untuk mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua keputusan ini perlu dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru perlu menasihati ibu bapa murid tentang tindakan susulan yang mereka perlu ambil untuk mengatasi masalah tingkah laku anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlu diberikan keputusan ujian–ujian ini oleh guru dalam satu laporan khas. Laporan ini mesti mengandungi rekomendasi-rekomendasi untuk mengatasi masalah tingkah laku murid tersebut.

      Sebagai guru biasa, pemerhatian terhadap murid yang mempunyai masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku membantu guru membuat strategi intervensi yang tertentu bagi menggalakkan pembelajaran.

      Delete
    5. Guru haruslah memberikan peneguhan kepada murid untuk menarik minat belajar. Peneguhan yang diberikan oleh guru ini termasuk dalam teori pelaziman operan B.F. Skinner. Mengikut Skinner, peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001) dalam Noriati (2009), peneguhan positif menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan. Oleh itu, bagi meningkatkan keyakinan dan penglibatan murid dalam aktiviti, guru perlu memberi peneguhan kepada murid semasa P&P.



      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Sebagai guru PJ suaian harus peka dengan isu seumpama ini. Inisiatif yang boleh dilakukan ialah memberi motivasi dan dorongan kepada murid tersebut.
      Dari perspektif kognitif, pemikiran murid akan memandu motivasi mereka, juga menekankan pentingnya penetapan tujuan, perancangan dan pemantauan seseorang pelajar dalam menuju matlamatnya (Schunk & Ertmer, 2000; Zimmerman & Schunk, 2001).Manakala, perspektif behavioris atau perilaku melihat motivasi murid sebagai implikasi daripada insentif eksternal, sedangkan perspektif kognitif berpendapat bahawa tekanan eksternal seharusnya tidak dilebih-lebihkan. White (1959) berpendapat motivasi kompetensi iaitu teori yang menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai motivasi mampu menghadapi dan memanipulasi hidup mereka dengan lebih efektif dan mampu memproses maklumat secara cekap dan pantas. White juga mengatakan bahawa individu secara dalamannya termotivasi untuk berinteraksi secara efektif dengan persekitaran. Contoh motivasi,dorongan dan sokongan yang boleh diberikan ialah kata - kata pujian seperti "Bagus",menggalakkan sokongan rakan - rakannya dan motivasi ekstrinsik yang lain.

      Delete
  3. . Murid Suaian kurang diberi dorongan kasih-sayang dalam beraktiviti. Menurut Jamaludin Ramli (2010), kekurangan kasih sayang, perhatian dan belaian daripada guru ataupun orang dewasa lain kepada seseorang akan mengakibatkan mereka wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan membentuk motivasi kendiri yang rendah. Pernyataan ini telah disokong oleh Teori Motivasi Maslow bahawa sekiranya keperluan asas seseorang tidak dipenuhi, tahap motivasi pembelajaran juga akan rendah. Apabila motivasi pembelajaran murid pemulihan rendah, secara langsungnya, motivasi kendiri mereka untuk melibatkan diri terhadap aktiviti PdP juga akan rendah.
    Oleh itu, saya sebagai guru PJ Suaian akan memberikan lebih perhatian dan akan selalu memberikan bimbingan yang lebih sedikit kepada pelajar saya yang mempunyai kekurangan agar beliau berasa selesa dan gembira untuk mengikuti kelas pendidikan jasmani bersama saya. Aaya juga akan mengubah suai aktiviti agar pelajar yang berkeperluan khas juga dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan bersama murid arus perdana.

    Sumber:
    -Abdul Rahim, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari. (2008).
    Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar

    - Husaini Alias -

    ReplyDelete
  4. Wittrock (2004), menyatakan bahawa motivasi adalah memulakan proses, mengekalkan dan mengarah aktiviti yang mempunyai pengaruh kuat ke atas bagaimana seseorang individu belajar. Secara umumnya motivasi adalah dorongan untuk menggerak individu mencapai sesuatu matlamat. Begitu juga dengan penglibatan murid bekeperluan khas dalam proses Pdp yang dijalankan. Faktor aktiviti yang kurang menarik dan kurang melibatkanpenglibatan mereka menyebabkan mereka tidak mempunyai motivasi dalam menyertai aktiviti. Seterusnya, tidak semua aktiviti murid dalam arus peradana boleh kita aplikasikan bagi murid bekeperluan khas. Tetapi, dengan wujudnya model TREE dan juga STEP, pengaplikasian konsep ini mampu membantu membolehkan aktiviti bagi murid biasa boleh dilaksanakan.Selain itu, pengetahuan terhadap model pengubahsuaian tingkah laku yang efektif juga membantu guru lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian pengajaran. Guru juga perlu memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid apabila mengajar (Noriati, Boo, & Wong, 2010). Contoh pengaplikasian dalam proses pengajaran, guru harus sentiasa memberikan dorongan, pujian serta kata-kata semangat agar mereka berasa dihargai selepas melakukan aktiviti dan mahu meneruskan untuk melakukan aktiviti seterusnya. Ini kerana, tugas kita sebagai pendidik bukan sahaja memastikan suatu proses pdp itu berjalan dengan lancar tetapi tanpa penglibatan sepenuhnya murid sesuatu pdp itu tidak akan dapat mencapai matlamatnya.Menurut Noraini, Faridah, Manisah dan Safani (2001), proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kecekapan dan kemahiran guru pendidikan khas. Pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid bermasalah pembelajaran dapat menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Prinsip-prinsip asas pengajaran ditentukan oleh perubahan tingkah laku kerana proses pembelajaran adalah suatu proses perubahan dan berlaku sepanjang masa.
    -Andrian

    Sumber:
    Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 30, 73–88, 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh pengaplikasian dalam pdp kemahiran Gallop dalam kelas berasingan. Guru perlu bimbing murid dalam setiap percubaan lakuan. Dalam perkara ini, sebagai guru kita tak boleh bagi arahan "Buat mcam cikgu buat, ikut apa cikgu buat" dan sebagainya. Ini kerana murid bekeperluan khas bukannya seperti murid-murid biasa sebaliknya apa yang harus dilakukan guru adalah dengan menunjukkan, bimbing, pimpin, pegang, pandu, ajar satu per satu agar murid mempunyai motivasi dalam pdp. Contoh gallop, guru harus mengajar teknik pergerakan kaki dan posisi tangan satu per satu beserta dengan bimbingan dengan sentuhan dan dorongan kepada murid sehingga murid boleh melakukannya. Matlamat pdp berjaya apabila murid mampu mengajar sesama diri mereka sendiri.

      Delete
  5. Menyedari kekurangan yang ada pada diri
    sendiri, pelajar kelainan upaya akan cuba mengasingkan diri, merasa malu, rendah
    diri, kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan.

    Sebagai guru JP Sauaian.. apa tindakan anda ?


    Berdasarkan soalan diajukan di atas, tindakan yang sesuai perlu dibuat sebagai guru PJ Suaian ialah guru perlu menguasai ilmu yang berkaitan dengan PJ Suaian. Guru PJ Suaian tidak sama seperti guru biasa kerana mereka perlu bijak dalam mengenalpasti masalah dan ciri-ciri bagi kategori murid suaian. Dalam merancang aktiviti P&P, guru hendaklah merancang aktiviti yang sesuai berdasarkan kepada kategori murid suaian. Dalam QKJ3013: Pendidikan Jasmani Suaian, banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat dalam kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa.

    sumber dipetik : https://www.academia.edu/30247820/Nota_Pendidikan_Jasmani_Suaian

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Matlamat utama yg ingin dicapai dalam menjalankan aktiviti ialah tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain.  Apabila seseorang guru tidak mengamalkan komunikasi yang berkesan,perasaan malu dalam diri murid lebih tebal dan keyakinan diri akan menurun. Sebagai seorang guru pj suaian,guru perlu mengamalkan komunikasi dan interaksi sosial yang sesuai dengan tahap murid. Interaksi yang berkesan dapat meningkatkan keyakinan diri murid. Selain itu,guru juga perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Sebagai contoh,guru menggunakan model TREE dan STEP dalam pengajaran mengikut jenis kecacatan dan masalah pembelajaran yang murid alami.

    -SITI HAWA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang saya nak lihat ialah bagaimana teknik motivasi & dorongan, peneguhan & ganjaran diaplikasikan dalam kelas 1. Pengasingan
      2. Inklusif @ integerasi
      Bukan membaca kenyataan umum dan apa kata dalam kajian lampau sahaja buktikan dengan bagaimana ianya nak diaplikasi dan dinilai......

      Delete