12 March 2017

PdP PJ Suaian - Permainan

6 comments:

  1. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakarkan aktiviti tersebut.
    Rancangkan satu aktiviti mengikut TREE (Australian style) STEP (British style) dalam pengendalian kelas kelainan upaya

    ReplyDelete
  2. Contoh aktiviti manipulasi alatan :
    T (teaching) : Guru perlu menggunakan arahan yang ringkas dan mudah difahami . contohnya guru membuat tunjuk cara lakuan.
    - murid yang cacat pendengaran boleh melihat lakuan guru, untuk melakukan manipulasi alatan seperti memukul bola menggunakan raket dengan cara yang betul.

    R (Rules) - dalam aspek ini guru boleh mengubahsuai peraturan permainan agar permainan yang menarik dan berkesan dapat dilaksanakan. contohnya dengan menentukan bilangan pukulan bola menggunakan raket untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti. Dengan pelaksanaan "Rules" ini penglibatan menyeluruh murid dapat diaplikasikan.

    E(alatan) : dalam aspek ini pengubahsuaian alatan perlu dilakukan. Contohnya bagi murid autism peralatan yang pelbagai warna serta peralatan yang mengeluarkan bunyi perlu dilakukan. Penggunaan raket perlu dipelbagaikan warna untuk menarik minat murit, manakala bola bole ditambah lonceng sebagai bunyi.

    E(environtment) : Dalam aspek ini, keluasan tempat permainan perlu dimanipulasikan. Bagi membantu guru mengawal kelas yang mempunyai pelajar autism yang hyperactive kawalan ruang kendiri pelajar perlu dihadkan. guru boleh menandakan kawasan yang hanya boleh digunakan oleh murid.

    sumber : https://rinewit2011.wikispaces.com/TREE+Principal+PE

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber :Swimming Australia & Swimming for People with Disablity(2010) Australian Sports Commision & Sports Connect, Retrieved from www. Swimming.org.au

      Delete
  3. STEP

    S (Space) - Ruang besar akan mendapat memudahkan pergerakkan murid supaya tidak berlaku kelanggaran antara satu sama lain. Ruang yang mencukupi penting dan mempengaruhi kualiti pengajaran.


    T (Task) - Demonstrasi/ Komunikasi untuk kefahaman murid dalam pengajaran, Ubahsuai peraturan untuk sesetengah kumpulan/individu.

    E (Equipment) - Contoh saiz bola, bola yang besar memudahkan murid untuk melakukan pukulan atau menerim bola dengan baik dan daoat meningkatkan motivasi dalam permainan

    P (People) - Kerjasama kumpulan murid-murid (bekerja/bermain secara berpasangan dan kumpulan kecil) menggunakan pelbgai kebolehan dan pasangn sama tetapi bukan setiap pengajaran.

    Bagi pengubahsuaian alatan, berikut contoh alatan bola, tiang gol dan peraturan untuk kategori Autisme

    Bola - Seperti yang dimaklumkan, autism mempunyai daya visual yang tinggi. Jadi bola boleh diinovasikan dengan menggunakan warna yang "strinking" supaya boleh menarik minat serta boleh menarik fokus autism kepada bola. Manakala saiz bola lebih besar serta lebih lembut supaya dapat mengekalkan keminatan autism kepada bola tersebut.

    Tiang gol - Disebabkan autism tidak mempunyai daya saing semasa autism yang lain, jadi tiang tersebut diinovasikan mempunyai skor masing-masing mengikut tahap kesukaran untuk melakukan gol. Selain itu tiang gol itu juga akan dicat warna terang supaya dapat memberi motivasi kepada autisme untuk melakukan skor.

    Peraturan - seperti yang dimaklumkan, autism tidak dapat memberi kerjasama yang baik atau suka menunggu. Jadi cadangan saya, tiada peraturan semasa bermain tetapi perlu menghadkan keluasan kawasan supaya dalam kawalan. Selain itu juga, setiap autism akan mendapat bola masing-masing dalam kawasan yang sama kerana autism tidak suka berkongsi dan lebih suka bermain sendiri.

    Rujukan ;http://www.backuptrust.org.uk/documentdownload.axd?documentresourceid=361

    ReplyDelete
  4. STEP

    S(Space) - Penggunaan kawasan perlu dioptimumkan dan sesuai mengikut keperluan murid. Sebagai contoh, guru perlu mengehadkan kawasan aktiviti yang boleh digunakan oleh murid-murid. Namun kawasan yang terlalu sempit juga akan menjejaskan pengajaran. Murid-murid perlu selesa dan ada ruang untuk diri sendiri.

    T(Task) - Tugasan aktiviti yang diberi juga perlu bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kemapuan murid tersebut. Oleh itu tugasan akan berbeza bagi setiap murid mengikut ciri-ciri khas yang terdapat pada diri murid tersebut. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti memukul. Murid autisme lebih sukakan alatan yang lebih lembut. Oleh itu, pemegang bagi alat pemukul itu perlulah lebih lembut. Selain itu, guru juga perlu peka akan kemampuan murid-murid. Hal ini penting supaya murid-murid tidak terbeban dengan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu guru perlu mengamalkan modifikasi aktiviti semasa pengajaran atau parallel aktiviti iaitu aktiviti berasaskan kebolehan murid.

    E(Equipment) - Alatan yang digunakan juga perlulah tidak membebankan murid. Sebagai contoh alatan tidak boleh terlalu berat atau terlalu keras. Bagi murid yang mempunyai masalah penglihatan, guru boleh menggunakan bola yang lebih besar, ringan dan mempunyai bunyi seperti loceng. Hal ini bagi memudahkan murid untuk mengesan bola.

    P(People) - Penglibatan murid-murid juga perlu secara menyeluruh. Aktiviti berkumpulan atau berpasangan boleh dilaksanakan.

    -NURUL AFIQAH BT ZAMRI-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikan satu standard Kandungan & Pembelajaran. Rabcang satu aktiviti di peringkat 'Kemuncak' jelaskan urutan dan perincian aktiviti mengikut STEPS & TREE... ini yang saya nak lihat

      Delete