3 January 2018

Pendidikan Jasmani Inklusif


17 comments:

  1. “Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.” Bincangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendidikan inklusif adalah satu program yang khas bagi muird-murid berkeperluan khas yang bersekolah bersama dengan murid-murid aliran perdana. Mereka menjalani persekolah mengikut waktu sekolah yang sama dengan murid-murid sebaya di sekolah tersebut. murid bekeperluan khas juga boleh menduduki peperiksaan yang sama di sekolah di mana ia nya sekata dengan pelajar lain yang normal.

      Delete
    2. "Program Pendidikan Inklusif" merupakan sebuah medan bagi merapatkan jurang antara murid aliran perdana dan murid berkeperluan khas (MBK) dengan cara memberikan hak pendidikan sama rata bagi meningkatkan akses pendidikan bagi MBK agar mampu bersaing dengan murid normal yang lain dalam kelas. m.Di samping itu,PPI juga menjalankan dua pendekatan iaitu inklusif penuh dan inklusif separa dimana inklusif penuh dijalanakan apabila MBK belajar secara sepenuh masa dengan murid-murid dalam arus perdana dengan mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan (guru pendidikan khas). Manakala, inklusif separa dijalankan sekiranya MBK hanya mengambil mata pelajaran akademik atau aktiviti kokurikulum tertantu sahaja mengikut keupayaan mereka bersama-sama murid arus perdana. Melaui program ini, murid yang berkeperluan khas akan memperoleh layanan yang sama dengan murid normal sehingga secara tidak langsung dapat membangkitkan motivasi belajar di sekolah. Selain itu, program ini juga mampu menjadi platform bagi memastikan hasrat kerajaan itu bukan sekadar direalisasikan malah berterusan dengan jayanya selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

      Delete
    3. Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program mencampurkan murid berkeperluan khas bersama murid normal dalam satu bilik darjah yang sama. Program ini dapat memberi peluang kepada MBK untuk bersaing dengan murid normal dalam aspek kognitif di sekolah arus perdana. Banyak MBK telah berjaya menjadi ahli ilmuan yang terkenal. Sebagai contoh Nick Vujicic yang berjaya menamatkan pengajian dalam Perancangan Peraukaunan dan Kewangan walaupun tidak mempunyai kaki dan tangan. Selain itu, seorang pesakit neuronmotor, Stephen Hawking telah berjaya menjadi ahli kosmologi ternal serta telah menghasilkan pelbagai karya yang dikagumi dalam keadaan beliau lumpuh keseluruhan tangan, kaki dan suara.
      Selain itu, Program Pendidikan Inklusif ini akan membantu dalan kesepaduan sosial.Bagi murid normal, mereka belajar menerima kehadiran MBK dalam komuniti mereka. Manakala bagi MBK pula dapat menyesuaikan diri dalam keadaan persekitaran dipenuhi dengan murid yang normal. Akhir sekali,masyarakat yang hormat menghormati antara satu sama lain dapat dilahirkan sekaligus melahirkan negara yang lebih aman dan damai.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, terencat akal, Down Sindrom, Autisme dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih berkesan. Pelaksanaan PPI adalah bagi membolehkan MBK terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti berunsur sosial dan akademik di sekolah dan di dalam komuniti dengan memberi ruang dan peluang kepada semua murid. Malah, pelaksanaan PPI juga memberi hak kepada semua murid termasuk murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan.

    ReplyDelete
  4. Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas ( MBK) mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama rata bagi mendapatkan akses pendidikan. Selaras dengan objektif PPI iaitu memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan dan memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pendidikan khas di Sekolah Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan pada peringkat pra-sekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”, yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai “pendidikan umum”, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri peluang pendidikan umum. Murid berkeperluan khas tidak lagi diabai dan mereka dapat menjalani pembelajaran dalam kelas bersama pelajar yang normal.
    #NajibJimin

    ReplyDelete
  7. Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”, yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai “pendidikan umum”, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri peluang pendidikan umum. Murid berkeperluan khas tidak lagi diabai dan mereka dapat menjalani pembelajaran dalam kelas bersama pelajar yang normal.
    #NajibJimin

    ReplyDelete
  8. pendidikan inklusif adalah yg mana murid bekeperluan khas (MBK) yg mempunyai kecacatan tertentu seperti pekak, seberal palsy dan lain2 bercampur dan belajar sekali bersama-sama murid biasa di dalam satu kelas dengan bantuan tertentu dan dibimbing oleh guru pembimbing. Program pendidikan inklusif juga bertujuan untuk mengembangkan juga potensi dlm diri pelajar bekeperluan khas serta menepis pandangan serong masyarakat yg menafikan keupayaan dan hak mereka sebagai seorang pelajar

    ReplyDelete
  9. Perlu difahami bahawa konsep utama Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini adalah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan dalam arus perdana.
    Salah satu matlamat PPI ini juga adalah memberi kesedaran kepada masyarakat supaya potensi dan keupayaan MBK tidak dinafikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuklah MBK ini.

    ReplyDelete
  10. aiman....Program pendidkikan inklusif membero ruang kepada murid kurang upaya suoaya mampu le sekolah harian biasa tanpa ada sebarang masalah dengan murid lain kerana transformasi pendidikan kini membolehkan semua murid tidal membezakan latar belakang untuk menerima kekurangam dalam pengajaran

    ReplyDelete
  11. Saya amat bersetuju dengan program pendidikan inklusif di mana MBK dapat bersama-sama dengan pelajar lain untuk belajar di tempat yang sama malah berada di kelas yang sama. ini adalah kerana, MBK merupakan murid yang sama dengan orang lain, yang mempunyai perasaan untuk disayangi oleh semua golongan, tanpa merasa terpinggir akibat keistimewaan yang dimiliki. PPI juga memberi MBK pengalaman mempelajari semua pelajaran yang dipelajari oleh murid normal dan ini boleh memberi semangat kepada MBK untuk bersaing dengan rakan-rakan normal yang lain. oleh yang demikian, mereka juga boleh mengamalkan sikap persaingan secara sihat dengan murid-murid yang lain.

    ReplyDelete
  12. Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, sejauh mana kadar bilangan murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana sama ada sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran. pendidikan inklusif ini perlu diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

    ReplyDelete
  13. Pendidikan inklusif merupakan sebuah cabang hala tuju untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan yang normal seperti murid normal. Selain itu,program ini juga berperanan membuka permikiran masyarakat tentang kemampuan murid ini untuk berdaya saing secara sihat dengan murid lain dan membuktikan bahawa murid brrkeperluan khas juga mampu menyumbang kepada pembanggunan negara. (Shahridza)

    ReplyDelete
  14. jelaskan secara terperinci dari segi persaamaan dan perbezaan apakah yang dimaksudkan
    1. Kelas inklusif pendidikan jasmani
    2. Kelas pendidikan jasmani suaian

    ReplyDelete