3 January 2018

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

41 comments:

  1. Dalam ilmu pengurusan sukan, kemahiran adalah kemampuan yang perlu ada pada seorang pengurus. Berdasarkan teori pengurusan, pembacaan dan penemuan kajian ilmiah bincangkan sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera Encik Ahmad Jalani, saya akan cuba menjawab soalan yang encik utarakan ini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemahiran adalah kemampuan yang perlu ada pada seorang pengurus. Ia dijelaskan oleh tokoh Luther Gulick dalam 7 peranan yang berkaitan dengan kemahiran yang perlu ada pada seorang pengurus. Kemahiran yang pertama adalah merancang (Planning). Pengurus perlu berkemahiran untuk merancang perkara mana yang perlu diutamakan iaitu perkara umum dan khusus serta kaedah yang akan digunakan dalam menyelesaikan matlamat organisasi. Perancangan yang rapi daripada seorang pengurus akan membuahkan kejayaan kepada sesebuah organisasi.Contohnya,kemahiran merancang pengurusan kewangan kelab Liverpool oleh pengurus Jurgen Klopp yang menjual pemain kelahiran Brazil, Philippe Coutinho dengan harga 160 juta euro (Rm769.3 juta) kepada kelab Barcalona iaitu kontrak ketiga termahal sepanjang zaman. Sedangkan pada awalnya pemain ini hanyalah pemain biasa sebelum digilap menjadi antara pemain penyerang sayap dan tengah berbahaya serta termahal di dunia. Hal ini jelas menunjukkan kemahiran mengurus yang tinggi oleh seseorang pengurus itu amat penting seperti yang ditunjukkan oleh pengurus kelab Liverpool ini.

      Delete
    2. Menurut Mohd Salleh Aman, 2006, kemahiran adalah kemampuan yang patut ada pada pengurus seperti kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran menguasai konsep. kemahiran ini boleh dikembangkan oleh para pengurus melalui pendidikan formal dan pengalaman kerja. sebagai contoh kepada kemahiran teknikal, kemahiran ini melibatkan kebolehan mengaplikasikan cara, prosedur dan teknik yang spesifik dalam sesuatu bidang khas. umpamanya seorang pengurus pertandingan badminton sepatutnya menguasai cara-cara sesuatu pertandingan badminton dijalankan dan apakah prosedur kiraan mata yang perlu diikuti. kebolehan ini bergantung kepada kemahiran akademik, kecekapan profesional dan pengalaman dalam bidang masing-masing. kemahiran kemanusiaan pula adalah keupayaan untuk bekerja bersama orang lain secara individu dan berkumpulan. kemahiran ini memerlukan seorang pengurus tahu untuk berkomunikasi dengan baik. kemahiran menguasai konsep pula ialah kemampuan untuk berfikir dan memahami sesuatu konsep untuk berhadapan dengan situasi terlindung. secara ringkasnya, kemahiran ini melibatkan kebolehan berfikir dan merancang untuk menentukan visi, misi dan objektif organisasi, memilih strategi taktikal untuk mencapai sasaran, mengenal pasti peruntukan sumber yang terbaik dan berkesan. kesimpulannya, kemahiran yang telah dinyatakan adalah sangat diperlukan bagi seseorang pengurus pasukan untuk menjadikan pasukan yang diurusnya melahirkan atlet yang mampu untuk bersaing di peringkat global.

      Delete
    3. Kejayaan sesebuah organisasi dalam segala aspek adalah bergantung kepada pemimpin yang boleh menunjuk arah dan membimbing dengan cara yang betul bagi meningkatkan keseluruhan produktiviti organisasi.Seseorang individu yang mempunyai kualiti pemimpin tidak semestinya boleh menjadi pemimpin yang berkesan tanpa melalui proses pembangunan yang teratur (Daft & Marcic 2015; David Ng 2013; Noe 2014). dalam teori pengurusan Luther M. Gullick (1959), 7 elemen penting telah ditekankan dan salah satu daripadanya adalah merancang (planning). Robert D. Stuert (2013) menyatakan perancangan penting kerana ianya akan menentukan sejauh mana sesuatu organisasi akan pergi sama ada maju ke depan atau mundur ke belakang. Beliau juga turut menyatakan 4 faktor utama yang penting dalan merancang (planning):

      1. Time (Jangka masa pendek/panjang)
      2. Collecting and Analyzing Data (maklumat sedia
      ada atau kajian masa depan)
      3. Levels Of Planning (tahap perancangan)
      4. Flexibility (Sesuai dengan keadaan semasa dan
      perubahan yang fleksibel dalam perancangan)

      Isunya di sini, apa yang ingin saya katakan adalah sekiranya seorang pengurus tidak mempunyai kemahiran ini, bagaimana beliau ingin menguruskan sesuatu organisasi dengan baik dan berjaya. Ini kerana kemahiran merancang (planning) adalah amat penting dalam menentukan maju atau mundurnya sesuatu organisasi yang dipimpin. Saya bersetuju dengan kenyataan kemahiran adalah kemampuan yang perlu ada pada seorang pengurus dan salah satu kemahiran tersebut berdasarkan teori pengurusan Luther M. Gullick (1959) dalah kemahiran merancang (planning).

      -ANDRIAN ANYAN-

      Delete
    4. Melalui pembacaan saya dalam "International Journal of Physical Education, Sports and Health 2017; 4(3): 152-153" ialah kemahiran amat penting untuk pengurus sukan mengurus pasukannya. Antara kemahiran yang perlu ada pada pengurus sukan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran pembentukan dan kerjasama ahli pasukan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran mengorganisasi dan kemahiran interpersonal dalam pengurusan sukan.

      Saya akan menghuraikan salah satu kemahiran berdasarkan kefahaman saya iaitu kemahiran interpersonal. Kebiasaanya, pengurus sukan akan bekerja dengan pelbagai individu yang berlainan latar belakang dari segi kemahiran yang tinggi seperti atlet, jurulatih, para media, pakar perubatan dan lain-lain lagi. Pengurus sukan perlu sentiasa bergerak secara proaktif untuk berhadapan dengan pelbagai tahap profesion. Selain itu, pengurus sukan perlu berasa selesa dan berkeyakinan apabila berhadapan dengan sesetengah individu sama ada secara interaksi bersemuka mahupun dalam khalayak orang ramai. Mereka perlu bersedia menyampaikan maklumat kepada media bagi pihak atlet dan organisasi sukan. Oleh itu, pengurus sukan juga perlu sentiasa berhati-hati dan merahsiakan hal peribadi dalam organisasi sukan agar tidak mengundang perhatian daripada media yang negatif.

      Kesimpulannya, pengurusan sukan yang efektif memerlukan pengurus sukan yang mempunyai pelbagai kemahiran agar dapat meningkatkan mutu sukan negara.

      Delete
    5. Assalamualaikum dan salam sejahtera Encik Ahmad Jalani. Saya akan cuba mengutarakan pendapat saya berkenaan persoalan di atas. Menurut Noor Azzam Syah Mohamed dan Suria Baba (PhD), dalam jurnal yang bertajuk ‘ Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum yang diamalkan oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah Menegah Harian, 2016, Bil 3, Isu 3’. Dengan merujuk kepada Model Pengurusan Stoner, Freeman, Gilbert (1995) proses pengurusan adalah cara sistematik untuk mengendalikan aktiviti. Pengurusan dinyatakan sebagai satu proses kerana ia melibatkan aktiviti yang saling berhubung supaya dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Pengurusan didefinisikan menurut Stoner, Freeman dan Gilbert sebagai proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kerja ahli-ahli organisasi dan penggunaan sumber organisasi yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari segi amalan, proses pengurusan tidak berlaku secara berasingan atau mempunyai hubungan yang longgar tetapi saling berhubungan. Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal adalah saling berhubung dan berlaku serentak. Sebagai seorang pengurus haruslah ada dalam diri mereka kemahiran merancang, mengelola, memimpin dan mengawal untuk menjayakan sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan supaya proses kerja akan berjalan dengan lebih lancar dan memudahkan dirinya serta pihak-pihak yang terlibat sama bagi menjayakan perancangan dibuat. Hal ini kerana pengurusan yang mantap oleh pengurus yang hebat maka terhasillah sesuatu yang akan mencapai matlamatnya.

      Delete
    6. Jurulatih merupakan seorang "guru" bagi setiap individu di dalam pasukan yang dikendalikan oleh beliau kerana tugasnya yang amat besar dalam memimpin pasukan itu. Menurut Dubois & Rothwell (2004), aspek kejurulatihan tidak boleh diabaikan begitu sahaja sewaktu merancang dan melaksanakan sebarang program latihan kerana tugasnya untuk memimpin sesuatu pasukan adalah sangat besar.
      Setiap jurulatih memerlukan kemampuan dari segi kemahiran supaya beliau mampu untuk mengendalikan serta memimpin pasukan kendaliannya untuk mencapai keputusan yang terbaik mengikut perancangan. Dalam masa yang sama, seseorang jurulatih perlu memiliki kemahiran yang pelbagai seperti kemahiran mengatur strategi, kemahiran menilai pemain, kemahiran mendekati ataupun bersosial bersama pemain, dan sebagainya supaya mampu untuk memberi impak yang lebih besar terhadap pasukannya berdasarkan kemahiran yang beliau miliki. Menurut Staut (1993) dalam Jeff et al. (2006), jurulatih memerlukan pelbagai kemahiran bagi membantu menghasilkan program latihan yang berkesan dan bermutu termasuklah kemahiran kaunseling, menulis, pengurusan masa, kemahiran fasilitator dan kemahiran penyampaian latihan. Jika jurulatih seorang yang tenang, bijak dan berhemah dalam interaksi serta memiliki naluri untuk mendengar masalah setiap pemain, maka pelatih akan menjadi seronok, merasa selamat dan selesa; akan tetapi jika jurulatih bersifat sebaliknya maka pelatih akan merasa gusar, tertekan dan tidak gemar untuk memberi maklum balas positif di samping akan memberikan kesan negatif kepada pasukan (Kevin, 2001). Tidak dinafikan kepelbagaian kemahiran yang dimiliki oleh seseorang jurulatih akan dapat melonjakkan lagi pencapaian sesuatu pasukan pada masa akan datang mengikut kesesuaian perancangan yang telah ditetapkan sama ada bagi jangka masa pendek mahupun panjang.
      Koklusinya, jJurulatih yang mempunyai kemampuan yang tinggi ialah jurulatih yang mempunyai pengetahuan yang luas, berkemahiran dan sikap yang positif. Menurut Barbazette (2005), kompetensi adalah kemampuan dan tingkah laku yang boleh dilihat dan disokong oleh pengetahuan, kemahiran serta sikap seseorang.

      Delete
    7. 1. Tugas seorang pengurus sukan merangkumi perancangan, membuat keputusan, mengelola, mengurus sumber manusia, memimpin, memotivasi dan mengawal sumber-sumber organisasi.

      Berikan dan huraikan dengan terperinci lima fungsi pengurusan sumber manusia meliputi pelbagai aktiviti yang memberi kesan signifikan kepada semua bahagian dalam sesebuah organisasi.

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. Asslamualaikum Encik… Disini saya ingin melontarkan sedikit pandangan…Pengurusan Sukan sebagai satu proses mencari cara menentukan tanggungjawab dan mengendalikan sumber fizikal dan manusia dengan merancang dan mengawal perjalanan sukan bagi mencapai objektif organisasi, Mohd Salleh Aman (2006). Namun dalam sesuatu pengurusan sukan, kemahiran adalah kemampuan yang ada dalam diri pengurus yang menentukan sejauhmanakah keberkesanan sesuatu pengurusan. Berdasarkan pembacaan saya dalam buku Cotemporary Sport Manangement yang ditulis oleh Paul Mark Pederson (2011) muka surat 38-39, perkara yang perlu ada pada diri seseorang pengurus boleh dibuktikan dengan pencapaian yang positif serta memberikan perubahan positif kepada organisasi terletak pada tangan pengurus yang mempunyai kemahiran. Berikut merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pengurus.
      1. Kemahiran Berkomunikasi - Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan.
      2. Kemahiran Teknikal - Menyediakan belanjawan, Merancang jadual pertandingan. Merancang dan menyelia latihan, Mengurus pejabat, Menilai program dan aspek keselamatan.
      3. Kemahiran Konseptual- Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara keseluruhan. Berupaya untuk memandang sesuatu itu sebelum perkara itu bakal berlaku
      Namun demikian, sesuatu kemahiran bergantung kepada kecekapan bagi keberkesanan yang positif. Kecekapan yang saya maksudkan adalah usaha memperoleh sejumlah hasil yang maksimum daripada penggunaan sumber paling minimum. (Melakukan kerja dengan betul / Doing things right). Keberkesananpula ialah kejayaan pengurus menyelesaikan kerja dan mencapai objektif organisasi. Melakukan kerja yang sepatutnya/ Doing the right things). Sekian.

      Delete
    10. Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu:
      1. Perancangan Sumber Manusia
      2. Pembangunan Sumber Manusia
      3. Pampasan dan Kemudahan
      4. Keselamatan dan Kesihatan
      5. Perhubungan Industri
      6. Penyelidikan Sumber Manusia

      Fungsi Penstafan – melibatkan proses perancangan sumber manusia, analisa kerja, perekrutan dan pemilihan tenaga kerja.
      Fungsi pembangunan sumber manusia – melibatkan program induksi, latihan, pembangunan pekerja, penilaian prestasi dan laluan kerjaya.
      Fungsi Keselamatan dan Kesihatan – melibatkan program-program yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
      Fungsi Perhubungan Industri – melibatkan pembentukan polisi sumber manusia, menjadi perantara antara majikan dan pekerja dan menyelesaikan pertikaian.
      Fungsi Pengurusan pampasan – melibatkan pentadbiran gaji, insentif dan faedah.
      Fungsi Penyelidikan Sumber Manusia - Mewujudkan asas maklumat sumber manusia.Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja

      Delete
    11. 1. Fungsi Penstafan – melibatkan proses perancangan sumber manusia, analisa kerja, perekrutan dan pemilihan tenaga kerja.

      2. Fungsi pembangunan sumber manusia – melibatkan program induksi, latihan, pembangunan pekerja, penilaian prestasi dan laluan kerjaya.

      3. Fungsi Keselamatan dan Kesihatan – melibatkan program-program yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

      4. Fungsi Perhubungan Industri – melibatkan pembentukan polisi sumber manusia, menjadi perantara antara majikan dan pekerja dan menyelesaikan pertikaian.


      5. Fungsi Pengurusan pampasan – melibatkan pentadbiran gaji, insentif dan faedah.

      Delete
    12. Dalam menghasilkan kelancaran dan kecemerlangan sesuatu pengurusan sukan, kemahiran amat penting untuk dikuasai khususnya kepada seorang pengurus. Berdasarkan buku pengurusan sukan yang ditulis oleh Mohd Salleh Aman (2006), kemahiran seperti kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran menguasai konsep perlu dikuasai oleh seorang pengurus.

      Kemahiran teknikal melibatkan kebolehan mengaplikasikan cara, prosedur dan teknik yang spesifik dalam sesuatu bidang khas. Misalnya, seorang pengurus pertandingan tenis seharusnya menguasai cara-cara bagaimana pertandingan tenis itu dilaksanakan serta mengetahui prosedur-prosedur yang perlu diikuti.

      Seterusnya, kemahiran kemanusiaan dimana ia merupakan keupayaan untuk bekerja bersama orang lain secara individu mahupun kumpulan. Dalam konteks ini, keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik seperti kebolehan menyampai dan menerima maklumat, fikiran, perasaan dan sikap perlu ada dalam diri pengurus. Bukan itu sahaja malah ianya juga melibatkan kepakaran dalam menulis laporan dan bertutur serta mendengar dengan jujur dan sabar. Secara ringkasnya, kemahiran ini memfokuskan kepada manusia dan nilainya.

      Selain itu, kemahiran dalam menguasai konsep ialah kemampuan berfikir dan memahami sesuatu konsep dalam berdepan dengan situasi seperti berfikir dan merancang dengann cara menentukan visi, misi dan objektif organisasi, memilih strategi dan taktik untuk mencapai objektif organisasi dan situasi mengenal pasti peruntukan sumber dengan berkesan.

      Delete
    13. assalamualaikum dan salam sejahtera. berdasarkan pembacaan saya,Elly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan,pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam kontekssesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Kemahiran sebagai seorang pengurus dalam organisasi sukan adalah amat penting. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Bucher & Krotee (1998), mendefinisikan pengurus sukan sebagai merancang, membuat keputusan, mengelola, mengurus staf, memimpin, memotivasi dan mengawal sumber-sumber organisasi. Ini menunjukkan seorang pengurus memerlukan banyak kemahiran yang perlu dikuasai agar sesebuah organisasi dapat diuruskan dengan baik dan mencapai matlamat sesebuah organisasi sukan.

      Delete
    14. According to Lim et al (2010), HR management is the act of designing management systems to ensure that human talent is used effectively and efficiently to accomplish organisational goals.
      While according to Aminuddin (2009) Human resource management is the development and implementation of systems in an organization for attracting, developing and retaining a high-performing workforce.
      Pengurusan sumber manusia boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Byres dan Rue (1998), terdapat 6 fungsi pengurusan sumber manusia iaitu,

      1. Fungsi Penstafan – melibatkan proses perancangan sumber manusia, analisa kerja, perekrutan dan pemilihan tenaga kerja.
      2. Fungsi pembangunan sumber manusia – melibatkan program induksi, latihan, pembangunan pekerja, penilaian prestasi dan laluan kerjaya.
      3. Fungsi Keselamatan dan Kesihatan – melibatkan program-program yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
      4. Fungsi Perhubungan Industri – melibatkan pembentukan polisi sumber manusia, menjadi perantara antara majikan dan pekerja dan menyelesaikan pertikaian.
      5. Fungsi Pengurusan pampasan – melibatkan pentadbiran gaji, insentif dan faedah.

      Delete
    15. selamat sejahtera En..

      Menurut Lim et al (2010), pengurusan sumber manusia adalah tindakan merancang sistem pengurusan untuk memastikan bahawa bakat manusia digunakan dengan berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat organisasi. Manakala menurut Aminuddin (2009) Pengurusan sumber manusia adalah pembangunan dan pelaksanaan sistem dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berprestasi tinggi.

      Antara fungsi-fungsi Pengurusan Sumber Manusia (PSM) adalah :

      1. Pengantara
      PSM berfungsi untuk menjadi pengantara/ orang tengah diantara pekerja dengan pihak pentadbiran (pihak atasan). PSM berperanan untuk menyampaikan apa juga arahan atau maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak pentadbiran kepada pekerja berkaitan dengan tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja.

      2. Perancang program Penstafan
      PSM bertanggungjawab untuk melaksanakan hari anugerah pekerja cemerlang untuk meraikan pekerja yang telah diiktiraf sebagai pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan. Selain daripada anugerah pekerja cemerlang, boleh juga diadakan jamuan akhir tahun serta memberi pakej pelancongan secara percuma kepada pekerja yang layak untuk menghargai segala usaha dan sumbangan yang telah mereka sumbangkan untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti tugas dalam organisasi.

      3. Penilaian Prestasi
      Psm juga dipetanggungjawabkan sebagai panel untuk membuat penilaian prestasi kepada para pekerja / sumber manusia. Penilaian prestasi ini penting untuk memberikan ganjaran, gaji atau latihan dan pembangunan kepada pekerja, khasnya untuk meningkatkatkan motivasi serta kualiti kerja mereka melalui mutu kerja yang telah ditunjukkan. PSM perlu memastikan agar pekerja menerima ganjaran yang berpatutan dengan hasil kerja yang telah dilakukan.

      4. Fasilitator
      PSM juga berfungsi untuk menjadi fasilitator kepada pekerja. Contohnya, apabila program latihan dan pembangunan dilaksanakan oleh organisasi maka PSM perlu menjadi fasilitator dalam membantu pekerja untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam apa juga bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

      5. Penyelaras
      Setiap pekerja atau sumber manusia perlu dijaga kebajikannya. Oleh itu, pekerja perlu dilindungi dari aspek keselamatan dan kesihatan mereka agar mereka merasa selamat dan selesa semasa melaksanakan tugas. Antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh PSM dalam aspek ini adalah berkaitan dengan insuran. PSM perlu memastikan setiap pekerja mempunyai insurans yang bersesuian sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kemalangan. PSM perlu memastikan setiap pekerjanya sentiasa sihat semasa bekerja agar mereka dapat bekerja dengan baik dan dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya ketika bekerja.

      sekian..

      by : Florinah Kilim @ Roslee

      Delete
    16. Seseorang pengurus perlu memiliki kemahiran yang pelbagai terutama dalam mengurus organisasi yang kaya dengan kepelbagaian. Justeru, setiap pengurus perlu memiliki kemahiran teknikal, manusia dan konseptual bagi membolehkan mereka mengurus organisasi dengan berkesan.
      Kemahiran pengurusan diperlukan bagi seorang pengurus untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Di mana-mana organisasi memerlukan seorang pengurus untuk membuat sesuatu keputusan, memberi arahan kepada pekerja dan sebagainya. Oleh itu, setiap pengurus perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus sesebuah organisasi. Terdapat lima kemahiran yang dikatakan sebagai kemahiran umum (De Cenzo, 2008), antaranya termasuklah :

      • Kemahiran Konseptual
      • Kemahiran Kemanusiaan
      • Kemahiran Teknikal
      • Kemahiran Pengurusan Masa
      • Kemahiran Membuat keputusan

      Merujuk kepada salah satu kemahiran di atas iaitu kemahiran membuat keputusan, ia sangat penting dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi. Tambahan pula, membuat pilihan yang baik secara konsisten adalah kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi. Kadangkala membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, oleh itu elakkan dari mengambil keputusan secara terburu-buru. Selain itu, membuat keputusan adalah satu cara untuk mengubah hala tuju organisasi. Menurut, Herbert A. Simon dalam kerja atas keputusan bagi pengurusan sains, menganggap pembuat keputusan sebagai satu proses yang sama dengan seluruh proses pengurusan. Dalam erti kata lain, keputusan yang dibuat bakal mempengaruhi keseluruhan organisasi sama ada berjaya atau sebaliknya. Ramai pengurus yang tidak cekap, namun pengurus yang baik adalah pengurus yang mampu membuat keputusan yang cepat dan tepat. Pengurus yang berjaya memerlukan tahap akal yang tinggi agar dapat mensintesis situasi kompleks dan bertindak balas dengan teratur. Tiada sesiapa yang boleh membuat keputusan yang tepat pada setiap masa, tetapi dengan membentuk kemahiran membuat keputusan di dalam diri, pengalaman bekerja dapat dipertingkatkan.

      Delete
  2. Kemahiran sememangnya perlu dalam diri seorang pengurus.Kemahiran komunikasi merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan. Menurut Adair (2009), untuk mencapai objektif organisasi, seorang pentadbir harus mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan dengan semua pihak yang berkaitan. Jika tidak, objektif organisasi itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Teddlie (2013) menyatakan bahawa daya kepimpinan yang sistematik yang ditunjukkan oleh seorang ketua akan meningkatkan keberkesanan dalam organisasinya. Selain itu, kemahiran dalam mengurus konflik juga penting dalam sesebuah organisasi. Berdasarkan pandangan Alcott (2007) yang menyatakan bahawa pemimpin yang tahu bagaimana mengurus konflik dalam organisasi merupakan seorang pemimpin yang berjaya. Ini menunjukkan bahawa kemahiran mengurus konflik juga penting bagi seseorang pengurus atau ketua agar tindakan yang dilakukan tidak memberi kesan negatif kepada organisasi. Sebagai contoh, bagi menganjurkan sesebuah program, sudah pasti isu utama yang menjadi permasalahan adalah kekangan dari segi kewangan. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut kemahiran membuat keputusan perlu ada pada seorang ketua untuk mendapatkan peruntukkan bagi menganjurkan sesuatu program. Kesimpulannya, ketua dalam sesebuah organisasi perlu mempunyai kemahiran yang pelbagai agar pengaruh dan kewibawaan yang ditunjukkan akan menjadi motivasi kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Pengurusan sukan bermaksud menguruskan sumber yang berkaitan dengan sukan secara berkesan. Bukan sahaja melibatkan pengurusan manusia tetapi juga termasuk pengurusan segala sumber termasuklah pengurusan alatan sukan (Idris Mohamad, 2002). Pengurus yang berkemahiran, cekap dan berkesan akan memastikan program penganjuran atau pembangunan sukan akan berjalan dengan sempurna seperti mana yang dihajatkan. Kejayaan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif yang dietapkan sememangnya dipengaruhi oleh pengurus dalam mengetuai organisasi untuk bergerak. Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa kemahiran dalam mengurus dan mentadbir sangat penting dalam diri seseorang pengurus. Contohnya, kemahiran merancang dari segi pentapan matlamat, jadual latihan, prapertandinga, pertandingan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Kepimpinan dan pengurusan dalam sesebuah organisasi sememangnya dua perkara yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui definisi dan kefungsian dalam bidang masing-masing. Kepimpinan ialah satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi bagi mencapai matlamat tertentu dan tetap dengan menjamin kepatuhan dan kesetiaan. Kajian oleh Voulalas dan Sharpe(2005) mendapati kepimpinan memainkan peranan paling penting dalam proses transformasi organisasi untuk menjadi sebuah komuniti pembelajaran. Antara peranan utama kepimpinan dalam proses transformasi ini ialah menjana dan mengurus perubahan (Lakomski,2001; Phillips,2003). Pemimpin juga merupakan individu yang boleh memberi pengaruh dan menyatukan ahli organisasi untuk meningkatkan keazaman sekaligus menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Pengurusan pula merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan yang meliputi perancangan, pengarahan dan pengawalan ahli organisasi dan menggunakan semua sumber secara sistematik dan berkesan. Dalam pengurusan juga, pengurus perlu memiliki beberapa kemahiran. Menurut Mohd Salleh Aman, 2006 kemahiran adalah kemampuan yang patut ada pada pengurus seperti kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran menguasai konsep. Kesimpulannya, kemahiran konseptual ditambah dengan kemahiran teknikal dan kemahiran antara perorangan adalah perkara yang penting dalam memastikan prestasi kekal cemerlang. Kebolehan untuk memikirkan sesuatu masalah secara konseptual adalah banyak bergantung kepada keupayaan seseorang pengurus untuk mendiagnosis situasi tertentu. Walaupun setiap pengurus harus mempunyai ketiga-tiga jenis kemahiran ini tetapi penggunaan setiap jenis kemahiran ini bergantung kepada kedudukan mereka dalam hierarki pengurusan dalam organisasi. Semakin tinggi kedudukan seorang pengurus dalam hierarki pengurusan, semakin banyak kemahiran konseptual dan semakin kurang kemahiran teknikal yang digunakan. Manakala kemahiran antara perorangan adalah konsisten penggunaannya bagi semua tingkat pengurusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang
      ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Dalam konteks
      pengurusan sukan atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan
      keberkesanan sesebuah kelab atau organisasi. Organisasi yang berkesan dan mantap adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006). Perkara ini berkait rapat dengan teori pengurusan Luther M. Gullick (1959) dimana seorang pengurus atau pemimpin harus menguasai 7 elemen penting dalam menguruskan sesebuah organisasi. Mohd Saleh Aman (2005) menyatakan pengurusan merupakan proses bekerja dengan orang lain dengan menggunakan sumber optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jadi, berdasarkan konsep yang dinyatakan diatas, kepimpinana dan pengurusan adalah merupakan dua perkara yang berbeza. Kepimpinan adalah merupakan sikap yang ada pada sesorang individu yang boleh mengetuai sesuatu organisasi dan memimpin sesebuah organisasi untuk mencapai matlamatnya. Sebagai contoh, pengurus bola sepak (coach) ataupun kapten bagi sesebuah pasukan. Beliau memimpin sesebuah pasukan hingga berjaya mencapai kejayaan iaitu mendapat tempat pertama dalam sesuatu liga. Manakala pengurusan, adalah proses ataupun pihak yang menguruskan sesebuah organisasi menggunakan sumber yang optimum. Contoh, bagi mencapai matlamat pasukan, pengurusan berfungsi menyediakan fasiliti atau kemudahan bagi pasukan tersebut berlatih.

      -Andrian Anyan-

      Delete
    2. hawa, kesimpulan Mohd Salleh Aman, 2006 atau kesimpulan awak dalam kenyataan di atas tu.

      Delete
  5. Kepimpinan dan pengurusan dalam sesebuah organisasi merupakan dua bidang yang berbeza. Menurut kajian Button (2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa melalui kepimpinan transformasional dilihat lebih demokratik, adil serta mampu meningkatkan komitmen serta penglibatan individu. Kecemerlangan dalam bidang sukan sering dihubungkaitkan dengan profesion kejurulatihan dan aspek yang sering dibincangkan ialah gaya kepimpinan jurulatih
    (Sullivan & Kent 2003; Murray & Mann, 2006). Keberkesanan jurulatih kerap kali menjadi topik hangat apabila kejayaan atau kegagalan atlet dibincangkan dalam media cetak atau elektronik. Kepimpinan yang berkesan daripada jurulatih akan membawa atlet untuk terus maju dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

    Definisi Pengurusan pula bermaksud melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber- sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.
    Menurut Professor Warren Bennis, pengurus tidak melibatkan diri dengan pekerja, manakala pemimpin berinteraksi dengan pekerja untuk menpengaruhi mereka.Pengurus mempunyai kedudukan yang formal dalam organisasi, manakala pemimpin tidak mempunyai kedudukan yang formal. Pengurus pasif dan mementingkan pencapaian matlamat, pemimpin aktif dari segi kemanusiaan untuk mempengaruhi pengikutnya. Pengurus menghadapi kerumitan dan masalah dalam organisai manakala pemimpin mengikuti perubahan tersebut untuk membentuk visi tertentu yang ditetapkan oleh pengurusan.
    Maka, kepimpinan dan pengurusan merupakan dua bidang yang berbeza. Kedua-dua bidang ini saling bergantung untuk menghasilkan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pencapaian yang berkesan juga adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ling.
      Menurut Professor Warren Bennis, pengurus tidak melibatkan diri dengan pekerja, manakala pemimpin berinteraksi dengan pekerja untuk menpengaruhi mereka.Pengurus mempunyai kedudukan yang formal dalam organisasi, manakala pemimpin tidak mempunyai kedudukan yang formal. maksud yang saya hendak sampaikan.

      Delete
  6. Pengurusan sumber manusia boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan sumber manusia adalah tugas semua pengurus. Setiap pengurus akan terlibat dalam pengurusan sumber manusia. Walaubagaimanapun, tugas yang berhubung dengan sumber manusia dikoordinasikan oleh pengurus sumber manusia atau dikenali sebagai pengurus personel. Secara spesifik lagi, pengurusan sumber manusia melibatkan usaha-usaha pemilihan, pengambilan, pengekalan, pemberhentian, pembangunan dan penggunaan sumber manusia dengan cara yang betul dalam sesebuah organisasi. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu perancangan sumber manusia, pembangunan sumber manusia, pampasan dan kemudahan, keselamatan dan kesihatan, perhubungan industri dan penyelidikan sumber manusia.

    1. Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia
     Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas individu dalam organisasi.
     Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi.
     Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut.
     Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam organisasi.


    2. Pembangunan Sumber Manusia
     Orientasi dan melatih pekerja
     Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi.
     Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi.
     Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja.
     Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka.


    3. Pampasan dan Kemudahan

     Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja
     Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten.


    4. Keselamatan dan Kesihatan

     Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
     Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka.


    5. Perhubungan Industri
     Sebagai orang tengah di antara organisasi dan kesatuan sekerja.
     Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan bantahan.

    6. Penyelidikan Sumber Manusia
     Mewujudkan asas maklumat sumber manusia
     Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepimpinan sering dikaitkan dengan arah dan tujuan. Dalam sesebuah organisasi ia berkait rapat dengan visi,objektif, matlamat, manusia dan komunikasi. Menurut Abdul Aziz Yusof (2010) mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemampuan seseorang mempengaruhi pasukan kerja ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan pula banyak menumpukan cara-cara dan kaedah pelaksanaan. Oleh itu, pengurusan banyak menjurus kepada proses pelaksanaan, sistem dan keberkesanan pelaksanaan tugas. Pengurusan lebih mengutamakan kebolehan pengurusan elemen-elemen sesebuah organisasi. Dalam pengurusan mementingkan pematuhan terhadap segala keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan tanpa bertolak ansur menerima pandangan yang berbeza daripada kakitangan di bawahnya. Sebaliknya, dalam kepimpinan seseorang ketua tersebut itu perlu mencipta suasana kerja yang menyeronokkan dan berusaha menaikkan motivasi kakitangan bagi meningkatkan produktiviti kerja.

      Delete
    2. Anda sebagai pegawai sumber manusia....bagaimanakah anda 'mengkelasifikasikan'sumber terhad yang ada dalam organasasi anda

      Delete
  7. Menurut Mondy (2002) pengurusan sumber manusia merujuk kepada penggunaan sepenuhnya individu dalam menjayakan tugasnya. Berdasarkan definisi tersebut jelas menunjukkan hubungkait yang jelas diantara pengurusan sumber manusia dengan tugas individu. Dengan adanya sistem yang lebih sistematik dan saling berhubungan, pekerja dapat melakukan kerja mereka dengan lebih mudah dan cekap terutamanya dalam kalangan pekerja-pekerja sumber manusia.

    Oleh itu, kecekapan dan keupayaan yang dilakukan oleh mereka maka peluang organisasi untuk mendapatkan calon pekerja yang berkaliber adalah lebih luas, mudah dan cepat serta pihak pengurusan dapat menjimatkan masa seterusnya organisasi dapat mengelakkan pembaziran masa dan wang ringgit (Hayati Habibah AbdulTalib & Khairur Rijal Jamaludin, 2003).

    Selain itu, pengurusan sumber manusia yang sistematik akan menaikkan nama organisasi kerana kecekapan dan keupayaan mereka dalam menguruskan pengambilan pekerja baru dalam mana-mana sektor. Secara tidak langsung mereka akan dikenali oleh pemohon-pemohon dan pengurus-pengurus di jabatan-jabatan lain yang perlu mengetahui tentang pengurusan sumber manusia. (Mohd FauziBin Nordin, 2012)

    Globalisasi turut mempengaruhi budaya kerja. Semakin sesebuah negara itu mencapai tahap kemodenan yang tinggi, negara tersebut juga semakin mempunyai budaya kerja yang berprestasi tinggi. Matlamat pembentukan budaya kerja ini adalah untuk membangunkan budaya kerja yang berorietasikan pelanggan, berfokuskan pencapaian dan keberhasilan dengan penerapan etika dan nilai murni serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif (Awam, 2012).

    ReplyDelete
  8. Kepimpinan dan pengurusan adalah dua bidang yang berbeza. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Menurut (Hoy & Miskel, 2005) kepimpinan secara uniknya adalah pada sumbernya iaitu nilai peribadi dan kepercayaan yang ada pada seseorang pemimpin itu terhadap perkongsian kepimpinan itu sendiri yang akhirnya mampu melahirkan golongan pemimpin dalam kalangan pengikut. Ini bermakna bahawa seseorang pemimpin berperanan dalam bertindak sebagai agen perubahan yang dapat menggerakkan transformasi iaitu perubahan pada organisasinya khususnya sekolah. Sehubungan dengan itu juga, Ishak (2006) pula menyatakan bahawa empat ciri kepimpinan yang paling dikagumi di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah jujur, berwawasan, kompeten dan berupaya membangkit inspirasi.
    Manakala pengurusan merupakan Satu proses sosial dibentuk, disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Menurut kajian (Michael & Jones 2000) pengurusan adalah proses mencapai misi dan objektif organisasi melalui tingkah laku yang diselaraskan oleh ahli organisasi. Berdasarkan definisi pengurusan yang telah dipetik, maka pengurusan dalam koteks ini ditakrifkan sebagai satu proses sosial untuk mencapai matlamat organisasi secara efektif dan efesien bersam-sama dengan para pekerja serta menggunakan secara optimum sumber-sumber organisasi yang lainya. Kesimpulannya, terdapat sekurang-kurang tiga ciri asas apa yang dimaksudkan dengan pengurusan iaitu;
    i. Satu proses sosial yang sinergistik di kalangan seluruh ahli organisasi secara berterusan yang melibatkan bebarapa aktiviti asas pengurusan.
    ii. Fokus proses sosial dan aktiviti-aktiviti asas itu adalah ke arah mencapai matlamat oraganisasi.
    iii. Matlamat orabanisasai hanya boleh dicapai melalui para pekerja dan sumber-sumber organisasai yang lain.



    ReplyDelete

  9. Kepimpinan dan pengurusan sememangnya dua aspek yang berbeza namun saling melengkapi antara satu dengan yang lain. John Maxwel menjelaskan, kepimpinan ialah sifat yang lebih menjurus kepada hal-hal perancangan strategik dan masa hadapan, manakala pengurusan pula lebih bersifat penyelesaian terhadap agenda-agenda yang sedang berlaku.
    Selain itu, kepimpinan perlu wujud pada seorang ketua, manakala pengurusan pula boleh dilakukan oleh semua peringkat dalam organisasi tertakluk kepada bidang kuasa dan tahap-tahapnya. Bagi John Maxwell, tidak semua pengurus itu adalah pemimpin, tapi pemimpin perlu boleh menjadi pengurus. Organisasi boleh berjalan dengan baik dengan adanya pengurus yang cekap, tapi untuk berkembang dengan pesat, perlukan seorang pemimpin. Adakalanya, pemimpin tidak perlukan organisasi untuk punyai pengikut, berbeza dengan pengurus yang perlu organisasi khas untuk berfungsi.
    Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren 1972, ialah satu proses mengguna pakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Menurut Tariq Suwaidan, kedua-dua unsur sama ada kepimpinan dan pengurusan adalah saling berkepentingan antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun menurut beliau, seseorang yang dianggap mempunyai daya kepimpinan yang tinggi perlu juga mempunyai kemahiran pengurusan tetapi tidak semestinya seorang pengurus perlu memiliki sifat kepimpinan yang baik. Perbincangan antara kepimpinan dan pengurusan ini menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan sarjana pengurusan. Ada yang mengatakan bahawa ilmu-ilmu pengurusan boleh dipelajari sedangkan kepimpinan pula adalah bakat semula jadi seseorang yang merupakan anugerah Tuhan.
    Namun ada juga yang mengatakan bahawa kepimpinan boleh dipelajari sebagaimana ilmu pengurusan. Tariq Suwaidan membuat kesimpulan bahawa kepimpinan terbahagi kepada dua bentuk; pertamanya bentuk yang boleh dipelajari melalui latihan-latihan kepimpinan yang konsisten dan keduanya ialah ia merupakan bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah sebagai mana bakat-bakat lain seperti kesenian dan kemahiran-kemahiran fizikal, petikan Ahmad Sufyan Che Abdullah (2006).
    Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucapan beliau di dalam satu seminar ’Strategic Leadership For The Future’ di Higher Education Leadership Academy’s (AKEPT) pada 14 Ogos 2009, beliau menyatakan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai strategi yang baik, berilmu pengetahuan, dan boleh meramal masa depan. Ketiga-tiga ciri ini jika digabungkan, seseorang pemimpin itu boleh memimpin pengikutnya dengan baik dan berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesimpulan keseluruhan tajuk konsep dan peranan pengurusan & kepimpinan

      Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucapan beliau di dalam satu seminar ’Strategic Leadership For The Future’ di Higher Education Leadership Academy’s (AKEPT) pada 14 Ogos 2009, beliau menyatakan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai strategi yang baik, berilmu pengetahuan, dan boleh meramal masa depan. Ketiga-tiga ciri ini jika digabungkan, seseorang pemimpin itu boleh memimpin pengikutnya dengan baik dan berkesan.

      Delete
  10. Program pembangunan sukan kita telah berjaya meningkatkan prestasi fizikal sukan negara.Seterusnya,latihan sukan negara perlu fokus kepada daya kekuatan mental pula di mana kita memupuk aspirasi untuk lebih berjaya di peringkat teratas di dalam diri para atlet Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan beliau dalam sidang akhbar, latihan sukan negara perlu fokus kepada daya kekuatan mental dalam memupuk aspirasi para atlet Malaysia untuk lebih berjaya di peringkat tertinggi.

      Ketahanan mental atlet merupakan asas dalam mencapai objektif permainan. Gaya kejurulatihan adalah berhubungkait dengan tahap ketahanan mental atlet setiap pasukan. Kejayaan seseorang atlet diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa dipengaruhi pelbagai faktor terutamanya gaya kejurulatihan dan ketahanan mental merupakan dua aspek asas psikologi yang membantu dan memberi kesan kepada pencapaian atlet ataupun sesebuah pasukan. Tahap kekuatan mental bagi kriteria cabaran seseorang atlet adalah bergantung kepada kemahiran mental mereka untuk pulih semula daripada sesuatu tekanan dan kesilapan yang berlaku (Goldberg, 2013). Kebijaksanaan seseorang atlet ditentukan menerusi keupayaan seseorang atlet menempuhi cabaran secara langsung semasa beraksi. Bagi kriteria komitmen adalah penting untuk persediaan seseorang atlet. Tanpa motivasi dan komitmen yang mencukupi, atlet tidak akan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan di dalam pasukan. Menurut Orlick (2013), kesanggupan untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya di dalam pasukan mampu menjadi penentu kejayaan sesebuah atlet mahupun pasukan itu sendiri. Dalam kajian Asiah & Rosli (2009); Nazarudin et al., (2009) menyatakan ketahanan mental atlet juga dipengaruhi oleh kematangan diri dalam sukan yang diceburi mereka iaitu dari sudut pengalaman. Gaya kejurulatihan adalah senjata utama dalam membina tahap ketahanan mental sesebuah pasukan untuk berjaya. Walaubagaimanapun, penetapan matlamat untuk berjaya oleh seseorang atlet itu sendiri adalah penting kerana ia melibatkan komitmen atlet tersebut terhadap latihan, pengelolaan dari segi psikologi diri untuk melibatkan diri secara berterusan dalam sukan yang diceburi. Oleh itu, kedua-dua aspek gaya kejurulatihan dan tahap ketahanan mental ini sangat penting dalam memacu kejayaan berterusan dalam sukan.

      Delete
  11. Demi memastikan bukan hanya acara bola sepak sahaja diberi perhatian sebaliknya acara-acara sukan lain yang berpotensi menyumbang kejayaan besar kepada negara suatu hari nanti, blueprint Pelan Pembangunan Sukan Negara yang membabitkan 15 jenis sukan bermula 2015 -2023 telah diumumkan baru-baru ini.
    Bincangkan dan huraikan hujah-hujah anda secara ilmiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan Pembangunan Sukan yang melibatkan sebanyak 15 sukan iaitu sukan akuatik terjun, renang berirama, angkat berat, berbasikal, gimnastik artistik, gimrama, karate, lawn bowls, memanah,menembak, pelayaran, skuasy, taekwando, tinju serta wushu.

      PROGRAM SUKAN PILIHAN

      YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bajet Khas sukan untuk Program 6 Sukan Pilihan yang terdiri daripada sukan Akuatik Renang, Badminton, Berbasikal, Bola Sepak, Olahraga dan Sepaktakraw. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan organisasi PSK melalui “Empowerment”, mencungkil bakat-bakat baru, memperluaskan tapak penyertaan, menambah kemudahan sukan, memperkemaskan dan memperbanyakkan pertandingan dan untuk melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan. Strategi pelaksanaan program ini adalah melalui kerjasama dengan pemegang taruh, memperkasakan (empowerment) pemegang taruh di dalam melaksanakan program latihan, mewujudkan budaya prestasi tinggi di semua peringkat latihan, menetapkan sasaran (KPI) yang perlu dicapai serta memperkenalkan dan memperkukuhkan khidmat sains dan perubatan sukan di peringkat awal dengan kerjasama ISN. Program ini akan dilaksanakan dengan mmemperkukuhkan lagi organisasi PSK, menguruskan bakat dengan lebih efisyen, memperluaskan dan menambah tapak penyertaan, menambah kemudahan sukan sedia ada, mewujudkan pertandingan dalam dan luar negara yang kompetitif serta melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertauliah.

      Delete
    2. BAKAT

      Atlet bakat ataupun sebelum ini dikenali sebagai Program Penggalakkan Sukan merupakan salah satu inisiatif baru Majlis Sukan Negara untuk mengembangkan program pembangunan di peringkat akar umbi. Selain daripada itu, program ini juga turut berperanan sebagai program penggalakan yang memudahkan proses pencarian bakat-bakat baru dan secara tidak langsung akan meluaskan lagi tapak penyertaan atlet. Program ini dilaksanakan oleh pihak USPTN bagi memastikan pusat latihan negeri (PLN) sedia ada tidak ketandusan bakat baru yang boleh di serapkan ke PLN untuk menjalani latihan harian. Antara objektif program Bakat ini ialah dengan menyediakan peluang latihan kepada atlet muda yang berbakat seawal mungkin serta memberi peluang kepada sekolah dan kelab yang aktif dan berminat untuk bersama-sama membangunkan sukan di peringkat akar umbi. Bagi pelaksanaan, bantuan akan diberikan kepada program ini dari segi kepakaran jurulatih, peluang pendedahan pertandingan, peralatan asas serta program binaan. Murid yang berumur 12 tahun kebawah akan menjalani TID dibawah kendalian ISN bersama KPM dan seterusnya akan ke fasa Multilateral dimana murid-murid yang terpilih akan diletak dalam pemerhatian bagi mengetahui sukan yang bersesuaian berdasarkan bakat murid tersebut. Setelah dikenalpasti, mereka akan diserap ke dalam program atlet Bakat untuk fasa yang seterusnya. Atlet yang diberi keutamaan dalam program ialah dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun dan mereka akan menjalani latihan 3 kali seminggu selama 7 bulan dibawah bimbingan jurulatih sambilan. Jurulatih dari PLN akan membimbing jurulatih Bakat agar selari dengan program yang dilaksanakan di PLN. Sebelum ini sukan yang terlibat di dalam Program Penggalakan Sukan ini ialah sukan angkat berat, akuatik renang, berbasikal, badminton, gimnastik, memanah serta olahraga. Kini, peringkat bakat akan melibatkan kesemua 19 sukan teras iaitu Akuatik (Renang), Akuatik (Terjun), Angkat Berat, Badminton, Berbasikal, Gimnastik (MAG), Gimnastik (WAG), Gimrama, Hoki, Memanah, Menembak, Olahraga, Pelayaran, Taekwondo, Tinju dan Wushu.

      Delete
    3. UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI (USPTN)

      Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri ataupun lebih dikenali dengan nama singkatan USPTN merupakan unit di bawah naungan Bahagian Atlet, MSN yang dulu dikendalikan oleh Cawangan Pelapis (kini menjadi Bahagian Atlet bersama Cawangan Elit. Unit ini berada di MS Negeri masing-masing dimana semua hal ehwal program latihan, kewangan dan pentadbiran adalah dibawah seliaan dan arahan Majlis. Walaubagaimanapun, USPTN masih betanggungjawab kepada MS Negeri dalam beberapa perkara. Sukan yang ada dibawah program USPTN adalah 19 sukan teras MSN dimana atlet berada dibawah program Pelapis Negeri. Walaubagaimanapun sukan adalah berbeza di setiap negeri mengikut kemudahan dan Pusat Latihan yang ada. Atlet-atlet berpotensi di bawah program Pelapis Negeri yang berpotensi dan menunjukkan prestasi cemerlang akan diserapkan ke program yang lebih tinggi sama ada ke program Pelapis Serantau, Pelapis Kebangsaan ataupun Senior berdasarkan kelayakan yang dicapai. Atlet Pelapis Negeri berlatih secara separa masa iaitu 3 hingga 5 hari dalam seminggu dibawah bimbingan Jurulatih Separa Masa (JSM), Jurulatih Penuh Masa (JPM) ataupun Jurulatih Luar Negara (JLN) di pusat-pusat latihan negeri. Kebanyakkan atlet masih bersekolah di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

      Rujukan : Majlis Sukan Negara Malaysia

      Delete
  12. Pada pandangan anda apakah faktor penyebab utama pengelibatan atlet negara dan dunia terjebak dalam isu doping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalui pembacaan dalam International Journal of Physical Education and Sports 2017; 2(10): 51-58 "Doping In Sports: A Review by Dr. Ashok Kumar Sharma", antara faktor penyebab utama penglibatan atlet negara dan dunia terjebak dalam isu doping ialah:
      - The rewards for victory are great:- prestige, fame , money status & future career.(Ganjaran untuk kemenangan hebat: - prestij, kemasyhuran, status wang & kerjaya masa depan)
      - The culture it’s all about winning and being number one.(Budaya untuk mengejar kemenangan dan menjadi nombor satu)
      - The others are doing and the need to complete on the same level.(Atlet yang lain juga mengambil dadah dan keperluan untuk bertanding sama peringkat)
      - Pressure from peers, managers, coaches & doctors.(Tekanan daripada rakan sebaya, pengurus, jurulatih & doktor)
      - They think there are chances of getting caught are very small.(Mereka fikir ada peluang untuk ditangkap adalah sangat tipis)
      - May help to get our injuries more quickly. (Membantu untuk memulihkan kecederaan dengan cepat)
      - May help to train harder recover better.(Membantu untuk meningkatkan prestasi dalam sukan)
      - Lack of knowledge regarding drugs & their side effects. (Kurang pengetahuan mengenai dadah & kesan sampingan)
      - To improve their Physical strength. (Untuk meningkatkan kekuatan fizikal)
      - Cope with anxiety and stress.(Mengatasi kebimbangan dan tekanan)
      - If performance is falling it is the best way to Enhance Performance.(Jika prestasi jatuh, ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan prestasi dalam sukan)

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete