20 January 2018

Pentadbiran Agensi-agensi Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa

43 comments:

  1. memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak ; Program pembangunan sukan kita telah berjaya meningkatkan prestasi fizikal sukan negara. Seterusnya, saya percaya bahawa latihan sukan negara perlu fokus kepada daya kekuatan mental pula di mana kita memupuk aspirasi untuk lebih berjaya di peringkat teratas di dalam diri para atlet Malaysia.

    Cuba rakan-rakan menganalisis secara kritis berkaitan program-program pembangunan sukan dan isu-isu sukan dalam negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak, bahawa latihan sukan negara perlu fokus kepada daya kekuatan mental untuk lebih berjaya dan bertanding dipersada dunia. Menurut beliau juga, setiap rakyat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam memberikan sokongan moral kepada mereka kerana suntikan semangat itulah yang memberi kekuatan untuk negara kita, meraih prestasi yang lebih tinggi terutama sekali pada tahun hadapan pada masa Olimpik Tokyo 2020. Menurut Dr Ian Thomson (2011) dari University of Stirling, pembangunan sukan merupakan satu proses dimana peluang efektif, proses, sistem dan struktur dirangka untuk memboleh dan mengalakkan individu didalam semua atau kumpulan tertentu mengambil bahagian dalam sukan dan rekreasi serta meningkatkan mutu persembahan atau bakat mereka ketahap /level yang diinginkan. Baru-baru ini, isu hangat yang terpapar di dada akhbar astro AWANI pada tarikh 9 Januari 2018 mengenai Malaysia akan hantar kontinjen terbesar ke Sukan Komanwel 2018. Malaysia dijangka menghantar kontinjen terbesar terdiri daripada 99 atlet lelaki dan 76 atlet wanita pada Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia, April depan. Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, bagaimanapun berkata badan induk sukan itu masih menunggu senarai nama atlet daripada beberapa sukan yang belum layak secara merit ke temasya sukan berkenaan. Kontinjen Malaysia akan bersaing dalam 11 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingkan, termasuk tujuh sukan para pada Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung dari 8 hingga 15 April. Pada alaf baru ini, pembangunan sukan menjadi lebih pelbagai dan memerlukan pengurusan yang mantap. Ia bukan sekadar satu pertandingan tetapi juga menjadi hiburan kepada penonton, menjadi cara hidup sihat, sumber pekerjaan dan perniagaan. Malahan ia terus berkembang menjadi symbol sosial, ekonomi dan politik negara tertentu. Hal ini terbukti apabila kita lihat kerajaan dari negara-negara dunia termasuk Malaysia berlumba-lumba mendapatkan hak penganjuran acara-acara sukan besar seperti Olimpik dan Komanwel lantaran nilai sosial dan ekonominya.

      Delete
    2. Terdapat pelbagai program sukan yang dilaksanakan, antaranya ialah Program Pembangunan Sukan Pilihan. Program ini lahir selepas Pembentangan Bajet pada Oktober 2014 yang dimumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan satu pendekatan baharu dalam program pembangunan atlet-atlet negara khususnya dalam acara pada permulaan program ini ialah akuatik renang, badminton, berbasikal, olahraga dan sepak takraw yang diselaraskan oleh MSN. Dengan adanya program seperti ini, ia lebih khusus perancangannya terutama di peringkat akar umbi bermula dari program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, Program Pelapis Negeri dan Pelapis Kebangsaan sebelum atlet-atlet ini diserapkan ke peringkat atlet senior yang akan ke tahap terakhir iaitu Program Podium. Selepas program ini dilancarkan program ini sudah bermula di peringkat daerah, negeri hingga kebangsaan dengan jumlah keseluruhan 7,291 atlet.Daripada jumlah tersebut, 4,710 atlet berada di peringkat daerah, 2,192 atlet di negeri dan 389 atlet berada di peringkat kebangsaan yang terlibat dengan lima acara tersebut.Manakala seramai 251 jurulatih peringkat daerah terlibat dalam program ini, 183 jurulatih di peringkat negeri dan 77 pengajar peringkat kebangsan dan ditempatkan di 498 pusat latihan yang diselaraskan oleh MSN seluruh negara (Megat Ahmad 2015).Program ini dianggap sebagai empowerment untuk memperkukuhkan lagi struktur organisasi khususnya persatuan sukan kebangsaan dan negeri agar Model Baharu Sukan Negara lebih kukuh bagi melahirkan lebih ramai atlet berwibawa dalam tempoh tertentu (Suryati 2015). Beberapa kejayaan dalam sukan telah tercapai hasil daripada program ini iaitu Muhammad Fadhil Mohd Zonis (berbasikal) menjuarai acara keirin remaja Kejohanan Berbasikal Asia 2015 dan Eiman Firdaus Mohd Zamri yang menduduki ranking pertama remaja dunia bagi acara scracth.
      Pemain badminton Goh Jin Wei yang menjuarai kejohanan kebangsaan pula memungut pingat gangsa pada Sukan SEA Singapura baru-baru ini manakala atlet olahraga Russel Elexander Nasir Taib meraih gangsa dalam acara 400 meter Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2015.

      Delete
    3. Menjawab persoalan yang kedua pula iaitu isu – isu dalam sukan antaranya ialah pergaduhan dan pertelingkahan dalam sukan khususnya bola sepak sebagai contoh insiden dalam terowong stadium Larkin perlawanan Piala FA 2014 antara JDT dengan T-Team yang berkesudahan dengan kekecohan. Menurut Yustinus (2015) tindakan seumpama itu adalah agresi permusuhan kerana tindakan dilakukan bertujuan untuk mencederai orang lain dan bukan untuk mencapai matlamat iaitu kemenangan. Tindakan di luar kawalan ini adalah disebabkan faktor dorongan seperti tidak puas hati dan menunjukkan bantahan (Ang 2010 : 1).Menurut Kerr yang dipetik oleh Takwin (2010: 7) faktor yang menyebabkan individu terlibat untuk melakukan kekecohan dalam sukan ialah: (1) telic-negativistic, menyalurkan emosi-emosi negatif untuk merosak dan menyakiti, (2) paratelicnegativistic, dorongan memperoleh rangsangan dan kepuasan, (3) telic-mastery, dorongan memperoleh perasaan berharga dan kekuasaan, (4) paratelic-mastery, dorongan mendominasi pihak lain untuk memperoleh kepuasan hati.

      Delete
    4. Dalam program pembangunan sukan, pihak kerajaan melalui Majlis Sukan Negara memperkenalkan beberapa skim insentif kepada atlet sukan seperti Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO).Di bawah skim insentif sukan Olimpik (SISO), Sukan Olimpik (SISO), pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000. Ia diberikan khas selepas peserta memenangi pingat emas, perak dan gangsa di dalam sukan Olimpik yang disertai.

      Insentif ini diberikan kepada mereka yang berjaya mengungguli apa jua warna pingat di Sukan Olimpik Rio 2016, Olimpik Tokyo 2020. Kesan kewujudan insetif ini, beberapa atlet yang berjaya di peringkat Olimpik telah mendapat wang ganjaran yang besar termasuk wang pencen bulanan yang ditetapkan. Penerima terbaru bagi anugerah Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) yang terbaru ialah Pandalela Renong bersama pasangannya yang mendapat pingat perak dalam acara 10 meter papan anjal telag diistiyharkan memerima wang tunai RM600,000.00 dan pencen bulanan serta merta sebanyak RM3000.00 setiap bulan. Oleh itu, skim insentif sukan yang ditawarkan menjadi pendorong kepada semua atlet untuk mendapatkan sasaran pingat yang ditetapkan oleh badan sukan dan kerajaan dalam kejohahan yang disertainya.

      Namun begitu, terdapat jua isu yang menyatakan bahawa kewujudan skim-skim ini bakal melahirkan atlet yang materialistik yang mana mempertikaikan ganjaran yang diperoleh tidak setara dengan penat lelah menjalani latihan di samping melupakan misi utama iaitu untuk berbakti kepada negara. Selain itu, atlet-atlet akan sentiasa berada dalam zon selesa sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai atlet negara.

      Walaupun begitu, skim sebegini wujud sebenarnya adalah sebagai penyuntik semangat atlet untuk mengekalkan pencapaian yang terbaik. Dalam masa yang sama juga, ia diberikan sebagai satu pengiktirafan kepada usaha gigih atlet dalam membawa nama negara dalam satu-satu kejohanan.

      Delete
    5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai mata pelajaran `main-main'. Bincangkan faktor-faktor penyebab timbul persepsi tersebut.

      Delete
    6. Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani selalu menjadi mata pelajaran 'lelongan' kepada subjek lain di sekolah. Situasi ini kerap berlaku apabila minggu persediaan peperiksaan. Apakah punca sebenar perkara ini boleh berlaku sedangkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran 'TERAS'yang mesti di ajar.... justifikasikan hujjah kamu berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas berkaitan

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005). Perkara ini selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2016 yang memperuntukkan masa 2 kali seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Wan Azlan Wan Ismail berkenaan Hubungan Faktor Penghalang Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah, Pendidikan Jasmani khususnya di sekolah menengah sedang mengalami ketidakstabilan, iaitu kurang diminati di kalangan para pelajar (Desma, 2001 dan Abdul Azizi, 2001). Penglibatan para pelajar dalam pembelajaran aktiviti fizikal masih di tahap rendah. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati belia di negara ini tidak aktif dalam aktiviti kesenggangan yang mana mereka tidak menyertai sebarang kegiatan atau aktiviti berpersatuan atau kelab, kurang bersukan dan kurang bersenam, dan kebanyakan melakukan aktiviti lepak (2006). Manakala dalam kajian oleh Halijah & Omar Nor (2008) mendapati 81 peratus pelajar menganggap mata pelajaran Bahasa Inggeris ‘Sangat Penting’, sebanyak 55 peratus bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di anggap ‘Penting’. Bagi mata pelajaran pendidikan Jasmani hanya sebanyak 15 peratus yang menyatakan ‘Sangat Penting’. Kebanyakan pelajar-pelajar yang belajar di peringkat menengah atas kurang berminat dengan aktiviti jasmani dengan memberi pelbagai alasan. Sebahagiannya menyatakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak mempunyai nilai akademik, tambahan tubuh badan mereka yang mula membesar, tidak sihat, pakaian tertinggal dan sebagainya. Berbagai alasan yang diberikan oleh pelajar untuk tidak mengikuti aktiviti tersebut. Isu pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani masih berlarutan hingga kini (Haslindah et al. 2011). Dalam kajian Haslindah et al. (2011) juga mendapati 67.0% guru berpendapat bahawa majoriti pelajar tidak mahu memakai pakaian sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Sikap pelajar ini telah menyebabkan rasa kecewa di kalangan guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Seterusnya keadaan ini telah menimbulkan tekanan di kalangan guru-guru yang mengajar pelajaran Pendidikan Jasmani.

      Delete
    9. Mata pelajaran pendidikan jasmani sememangnya sangat penting kepada pembangunan modal insan negara. Namun faktor pengetahuan masyarakat tentang kepentingan mata pelajaran ini menyebabkan mata pelajaran ini diabaikan. Anita Yusof, pensyarah sains sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mengatakan ramai masih menganggap pendidikan jsamani sebagai subjek kelas kedua keran ia bukan mata pelajaran peperiksaan utama seperti bahasa Malaysia, matematik atau sains ( Metro, 23 Sep 2017). Ini menunjukkan mata pelajaran ini kurang diberi perhatian tetapi ramai yang tidak tahu pendidikan jasmani banyak menyumbang kepada pembentukan individu itu sendiri. Contohnya, aktiviti fizikal dapat membantu sistem tubuh badan untuk berfungsi dengan baik, sihat dan cergas. Oleh itu, bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap mata pelajaran ini, bukan sahaja guru tetapi pihak kementerian pelajaran haruslah menganjurkan suatu program kesedaran yang menjurus kepada kepentingan mata pelajaran ini terhadap individu, masyarakt dan negara. Ini kerana subjek Pendidikan Jasmani adalah menjadi salah satu tunjang di dalam aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu di dalam tunjang aktiviti fizikal dan nilai estetika yang secara sinonimnya kedua-dua aspek ini dapat diadun dengan baik jika dilaksanakan dengan baik (Montel, 2011).

      Delete

    10. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya. Walau bagaimanapun, penerimaan dan pengiktirafan terhadap mata pelajaran ini masih dipertikaikan. Bahkan, ia masih lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan satu mata pelajaran peperiksaan (Mhd.Zaki Ahmad 2010). Berdasarkan kenyataan tersebut maka dapat dirumuskan bahawa Penyebab utama wujudnya stigma bahawa PJK adalah subjek yang tidak penting atau dikatakan main – main kerana subjek PJK tidak dimasukkan ke dalam senarai subjek peperiksaan awam. Sedangkan ibu bapa dan guru-guru amat mementingkan prestasi akademik anak-anak. Hal ini turut dinyatakan dalam hasil penulisan thesis Ahmad Fadzil, “ibu bapa dan guru – guru percaya bahawa gred dan pencapaian dalam peperiksaan adalah perkara yang maha penting yang perlu dicapai oleh seseorang pelajar sehingga mengabaikan pendidikan terhadap kesihatan pelajar dan anak mereka.” (Ahmad Fadzil 2011).Tambahan pula Kebanyakkan pentdbir atau pengurus sekolah pada umumnya lebih mengutamakan pencapaian akademik. Hal ini untuk memastikan sekolah di bawah pentadbiran mereka tidak digolongkan dalam kategori sekolah berprestasi rendah, iaitu pencapaian kurang dari 60% kelulusan dalam mana-mana peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Keadaan ini telah menggalakkan berlakunya ketidakseimbangan dalam perlaksanaan program pendidikan, terutama bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum 1989).

      Delete
    11. Merujuk kepada Surat Pekeliling Iktisas (SPI) yang terbaharu iaitu Surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 8 tahun 2016 iaitu “Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (semakan 2017) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017 menyatakan bahawa subjek Pendidikan Jasmani merupakan “Modul Teras Asas” yang wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya 60 minit seminggu (30 minit satu sesi) atau minimum 32 jam dalam setahun sama ada sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan.

      Secara umumnya, ramai pihak yang beranggapan subjek Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek yang tidak penting malah ada yang beranggapan subjek berkenaan tidak perlu dilaksanakan di sekolah kerana akan mengganggu masa subjek teras yang lain serta budak menjadi kotor mahupun berpeluh.

      Secara logiknya, perkara ini berlaku kerana kurangnya seorang guru yang mempunyai kelulusan major PJ daripada IPTA/ IPTS/ IPG. Kebanyakkan guru yang mengajar PJ merupakan guru yang berada di luar bidang PJ serta mempunyai sedikit pengetahuan atau pengalaman berkaitan PJ. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga kurang menekankan kepentingan subjek PJ sehingga menyebabkan guru-guru yang berada di bawah boleh membuat keputusan sesuka hati mereka untuk mengajar PJ sambil lewa mahupun ‘MELELONG’ subjek PJ untuk diajar subjek lain pada masa PdP PJ sepatutnya berlansung. Menurut Dr. Mohar Kassim, Pensyarah Sains Kejurulatihan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di dalam Utusan Online bertarikh 27/06/2011 menyatakan PJ tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana kekangan masa, kekurangan peralatan, kemudahan yang tidak mencukupi serta guru yang tidak berkelayakan atau kurang berpengalaman yang mengajar subjek itu. Jelaslah, kekurangan guru major PJ merupakan punca menyebabkan subjek berkenaan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya di sekolah.

      Perkara ini dapat diselesaikan sekiranya di setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru daripada major PJ. Sekiranya sekolah berkenaan tidak mempunyai guru major PJ, pihak pentadbir perlu memastikan guru biasa yang ditugaskan untuk mengajar PJ berkenaan mempunyai pengalaman luas berkenaan PJ. Sekiranya tidak berpengalaman, pihak pentadbir boleh merujuk Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengadakan satu bengkel PdP PJ bagi guru-guru biasa pada peringkat daerah berkenaan supaya subjek PJ dapat dijalankan mengikut skop yang telah ditetapkan. Selaras dengan SPI KPM bil 8/2016 PJ&PK bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru opsyen dalam mata pelajaran ini atau yang telah mendapat latihan khas. Manakala guru PJ&PK yang opsyen atau khas hendaklah diberi sekurang-kurangnya 14 waktu PJ&PK seminggu. Jelaslah, KPM telah menetapkan sekurang-kurangnya guru yang ditugaskan untuk mengajar PJ perlu mempunyai latihan-latihan khas berkenaan PJ.

      Konklusinya, PJ merupakan subjek teras asas dan perlu disampaikan mengikut skopnya dengan sehabis baik serta perlu diambil berat oleh pihak pentadbir sama seperti subjek yang mempunyai peperiksaan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan sebagainya.

      Delete
    12. Subjek Pendidikan Jasmani direkabentuk dalam sistem formal pendidikan negara untuk membangunkan tabiat gaya hidup sihat dalam kalangan murid melalui penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal, sukan, rekreasi dan sosial. Namun kebanyakan guru di sekolah pada masa kini lebih memberi perhatian terhadap subjek teras yang lain seperti Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila tiba musim peperiksaan sekaligus menjadikan subjek Pendidikan Jasmani sebagai subjek lelongan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan subjek Pendidikan Jasmani sebagai subjek teras yang wajib di semua peringkat sekolah melalui Akta Pendidikan 1996. Tambahan, KPM juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979; Bil.2/1988; Bil.17/1998; Bil.25/1998 dan Bil.8/1990 (Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) yang bertujuan untuk memberi penegasan kepada semua pengetua dan guru besar di sekolah bahawa Pendidikan Jasmani wajib dilaksanakan dalam waktu persekolahan. Pihak sekolah dilarang menggunakan peruntukan waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk mengajar mata pelajaran lain. Berdasarkan kajian Tajul Arifin Muhamad dalam Jurnal Of Nusantara Studies (2017), punca subjek Pendidikan Jasmani dijadikan subjek lelongan kerana kecekapan guru yang mengendalikan penilaian subjek seperti SEGAK masih lemah walaupun telah didedahkan dari tahun 2011 lagi. Selain itu, kemudahan infrastruktur dan alatan sukan yang kurang memuaskan menyebabkan subjek Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Disebabkan alasan tersebut, guru-guru lain mengambil kesempatan untuk menggunakan waktu Pendidikan Jasmani bagi mengajar subjek teras yang lain. Tambahan, Laporan Pemantauan Unit Pendidikan Jasmani, Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008) juga mendapati terdapat sesetengah pentadbir sekolah yang tidak menggunakan sepenuhnya kepakaran guru opsyen untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani sebaliknya guru tersebut diminta mengajar subjek lain. Perkara ini bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 yang jelas menyatakan guru opysen Pendidikan Jasmani perlu mengajar subjek tersebut sekurang-kurangnya 14 waktu seminggu. Kesimpulannya, sebagai salah seorang bakal guru Pendidikan Jasmani kita seharusnya memperjuangkan hak sebagai guru PJ dan tidak sewenang-wenangnya menjadikan subjek tersebut sebagai subjek lelongan apabila diminta oleh guru-guru lain terutamanya musim peperiksaan. Jika perkara ini masih berlaku, kita perlu berhujah dan menunjukkan Surat Pekeliling Ikhtisas kepada pentadbir sekolah.

      Delete
    13. Berdasarkan kepada kajian lepas, telah dikenalpasti beberapa faktor yang menjadi kekangan dalam melaksana pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Berdasarkan kepada kajian Azali (2001), seramai 69.2% ibu bapa menganggap bahawa Pendidikan Jasmani banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran.

      Kajian ini selari dengan pendapat Mohd Sofian (2003) yang menyatakan punca pengajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan oleh kekangan ibu bapa. Mereka menganggap bahawa mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Zaccagnini, 2005). Berdasarkan kajian Mohd Jaflus (2005), hanya seramai 5.6% pelajar aktif dalam sukan yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR berbanding 56.9% yang mendapat 1A sahaja. Walaupun ibu bapa sedar bahawa mata pelajaran ini penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dari segi fizikal dan mental, namun sikap memperkecilkan mata pelajaran ini telah mempengaruhi minda anak mereka (Usha, 2008). Di samping itu, menurut Nadhratul (2000), ia sekali gus telah mengganggu sistem pengajaran guru Pendidikan Jasmani di padang untuk menjalankan aktiviti. Berdasarkan persepsi guru terhadap ibu bapa yang menghalang mata pelajaran ini telah mengundang lebih banyak masalah kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Sakhiyyah, 2004).

      Delete
    14. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek teras yang terkandung dalam kurikulum standard sekolah rendah, dimana ia sama penting dengan subjek lain seperti subjek bahasa malaysia dan bahasa inggeris. (surat Pekeliling Ikhtisas, KPM BIL 5 tahun 2016). Subjek ini akan diajar 2 kali seminggu dan memperuntukkan 30 minit satu sesi.

      Tidak dinafikan walaupun subjek PJ merupakan subjek teras, namun ia sering dianggap subjek 'Lelong' oleh sebahagian masyarakat.

      Antara punca/faktor persepsi Sebegitu timbul, adalah disebabkan :

      1. Faktor Guru Pendidikan Jasmani
      Guru merupakan agen penting dalam penyampaian pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.
      Oleh itu, keberkesanan pengajaran bergantung kepada tahap pengetahuan guru (De Knops et
      al., 2004). Davie et al (2005), menyatakan Tahap kompetensi guru
      dipengaruhi oleh latar belakang seperti kelayakan dan juga pengalaman
      guru mengajar Pendidikan Jasmani. manakalah menurut Smith Pierre, 2009 kompetensi guru dapat dinilai berdasarkan kreativiti dan kecekapan mereka merancang pengajarah, memilih pendekatan dan teknik yang sesuai dengan tahap kemampuan murid untuk menarik minat dan kecergasan mereka.
      Namun dengan kurangnya guru berkemahiran dalam subjek ini maka subjek ini sering dianggap tidak penting dan hanya subjek sampingan untuk keseronokkan semata-mata.

      2. Faktor murid
      Melalui kajian yang dilaksanakan oleh Ibrahim dan Abu Bakar (2008), mendapati sebanyak 15% sahaja pelajar yang menyatakan subjek PJ ini penting. Ini disebabkan kurangnya minat ke atas aktiviti fizikal serta beranggapan mata pelajaran PJ tidak mempunyai nilai akademik, kerana tidak akan di uji dalam peperiksaan besar.

      3. Faktor Sokongan ibubapa
      Tidak ketinggalan persepsi ibubapa sendiri ke atas subjek ini yang mengakibatkan subjek ini dianggapan tidak penting atau lebih menyedihkan diakatakan subjek 'lelong'.
      Perkara ini dapat dibuktikan dalam,
      Kajian oleh Ali et al.
      (2014) yang mendapati 80% ibu bapa bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani membuang masa,
      membazirkan tenaga anak, tidak menjamin masa depan dan tidak membantu dalam
      peperiksaan. Mereka juga berpendapat bahawa masa dan tenaga anak-anak mereka perlu
      digunakan untuk matapelajaran lain di dalam kelas dan bukannya dihabiskan untuk Pendidikan Jasmani.

      Maka disebabkan persepsi sedemikian, kesannya subjek sering dianggap subjek sampingan hingga ke hari ini. Sebagai bakal guru dalam Subjek Pendidikan Jasmani, kita seharusnya perlu mengembleng tenaga untuk menukar persepsi negatif ini agar subjek ini tidak lagi dianggap subjek sampingan atau lelong.

      Delete
    15. Antara faktor mengapa subjek Pendidikan Jasmani dianggap sebagai subjek sampingan dan sering dianggap subjek ‘main-main’ adalah kerana beberapa Kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan beberapa faktor kekangan seperti psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa, persekitaran sekolah dan guru Pendidikan Jasmani yang mengajar (Mohar, 2011).
      Berdasarkan kepada kajian Azali (2001), seramai 69.2% ibu bapa menganggap bahawa Pendidikan Jasmani banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran. Kajian ini selari dengan pendapat Mohd Sofian (2003) yang menyatakan punca pengajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan oleh kekangan ibu bapa. Mereka menganggap bahawa mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Zaccagnini, 2005).
      Berdasarkan kajian Mohd Jaflus (2005), hanya seramai 5.6% pelajar aktif dalam sukan yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR berbanding 56.9% yang mendapat 1A sahaja. Walaupun ibu bapa sedar bahawa mata pelajaran ini penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dari segi fizikal dan mental, namun sikap memperkecilkan mata pelajaran ini telah mempengaruhi minda anak mereka (Usha, 2008). Di samping itu, menurut Nadhratul (2000), ia sekali gus telah mengganggu sistem pengajaran guru Pendidikan Jasmani di padang untuk menjalankan aktiviti. Berdasarkan persepsi guru terhadap ibu bapa yang menghalang mata pelajaran ini telah mengundang lebih banyak masalah kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Sakhiyyah, 2004).
      Selanjutnya, pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul (Zuber, 1999). Berdasarkan dapatan Sakhiyyah (2004), 34.2% kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas. Krome dan Smith (2006) pula menyatakan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan peralatan. Oleh itu, adalah menjadi tugas kepada seorang guru Pendidikan Jasmani untuk merubah mentaliti pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat terhadap subjek Pendidikan Jasmani ini. “ Kalau buka kita siapa lagi”.

      Delete
    16. This comment has been removed by the author.

      Delete
    17. Pendidikan Jasmani menggalakkan murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai pembangunan kendiri melalui aktiviti fizikal yang terancang (Kementerian pelajaran Malaysia 2008). Namun demikian, terdapat sesetengah sekolah yang menganggap PJK merupakan mata pelajaran yang hanya main-main. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan beberapa faktor kekangan seperti psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa, persekitaran sekolah dan guru Pendidikan Jasmani yang mengajar (Mohar, 2011). Berdasarkan kepada kajian Azali (2001), seramai 69.2% ibu bapa menganggap bahawa Pendidikan Jasmani banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran. Kajian ini selari dengan pendapat Mohd Sofian (2003) yang menyatakan punca pengajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan oleh kekangan ibu bapa. Mereka menganggap bahawa mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Zaccagnini, 2005).
      Selain itu, pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Berdasarkan kajian Muhamad Akbar Zahidi & Rahmad Sukor Ab. Samad (2014), ramai ibu bapa di bandar mahupun di luar bandar yang tidak suka bersukan mempunyai persepsi bahawa Pendidikan Jasmani hanya untuk bermain sahaja. Seramai 47.4% responden bersetuju, manakala 33.9% responden tidak bersetuju. Seterusnya, pentadbir di sekolah memberi alasan kekurangan guru yang berminat mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani menyebabkan bebanan mengajar terpaksa diberikan terhadap guru Pendidikan Jasmani untuk mengajar 2 kelas dalam satu masa yang sama (Sakhiyyah, 2004). Ini menyebabkan sebilangan murid tidak dapat menggunakan alatan dan terpaksa berkongsi.
      Selain itu, kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani di sekolah berpunca daripada kecurian alatan atau alatan Pendidikan Jasmani yang dipinjam dari guru mata pelajaran lain tidak dipulangkan. Kesimpulannya, persepsi negatif bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani hanya untuk bermain sahaja hanyalah di fikiran ibu bapa tetapi hakikatnya ia adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan secara berterusan. Terdapat sebilangan ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Jasmani tidak menjamin masa depan anak-anak. Ini adalah anggapan yang salah kerana murid yang cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan akademik akan mempunyai laluan yang mudah untuk ke universiti kelak. Penyataan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak membantu dalam peperiksaan UPSR tidak sepatutnya timbul kerana ia mampu membantu murid mencergaskan fizikal dan mencerdaskan minda di dalam kelas.

      Delete
    18. Mata pelajaran pendididikan jasmani adalah merupakan mata pelajaran yang wajib sama ada di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah menengah. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan –peraturan Pendidikan (kurikulum Kebangsaan)1997. “mata pelajaran wajib” ertinya mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaaan (lembaga Penyelidikan Undang- undang 2003). Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan kajian Jurnal Efikasi Kendiri Guru Pendidikan Jasmani terhadap Pelaksanaan m/s 45 Bil.2 Isu 3 (Julai 2014) terdapat pelbagai permasalahan yang perlu dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani antaranya seperti konsep, dasar dan prinsip mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang tidak difahami dan dihayati sepenuhnya dalam konteks pelaksanaan kependidikan dan pembangunan kemanusiaan yang menyeluruh dan berterusan. Elemen yang tersirat yang perlu difahami oleh setiap guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Selain dari itu Pendidikan Jasmani yang dijalankan lebih bersifatkan tradisional. Kegiatan ini dilaksanakan kerana sebelum ini ia telah diajar oleh mereka secara sedemikian. Mata pelajaran ini tidak dilihat sebagai satu elemen yang mampumembina perkembangan personaliti untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kini, subjek pendidikan jasmani seolah-olah dipandang enteng dan dilihat sebagai satu subjek yang tidak perlu diberikan fokus kerana tiada apa-apa kepentingan.Ini merupakan salah satu persepsi yang perlu diubah oleh ahli masyarakat. Penyebab utama wujudnya stigma bahawa Pendidikan Jasmani adalah subjek yang tidak penting kerana subjek PJ tidak dimasukkan ke dalam senarai subjek peperiksaan awam. Sedangkan ibu bapa dan guru-guru amat mementingkan prestasi akademik anak-anak. Mereka percaya bahawa gred dan pencapaian dalam peperiksaan adalah perkara yang maha penting yang perlu dicapai oleh seseorang pelajar sehingga mengabaikan pendidikan terhadap kesihatan pelajar dan anak mereka. Selain itu, sikap para pelajar yang menganggap subjek pendidikan jasmani hanyalah subjek yang boleh bermain secara suka-suka dan bukanlah salah satu kelas wajib seperti subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi punca kepada masalah ini. Persepsi ini cukup merugikan para pelajar. Terdapat negara-negara Eropah yang sudah lama menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai salah satu subjek wajib. Kita dapat melihat kebanyakan daripada rakyat di barat mempunyai tubuh yang agak sasa ataupun fit bagi lelaki serta tubuh yang ideal bagi seseorang perempuan kerana pendidikan mereka sangat menerapkan aspek kesihatan dalam diri warga mereka. Penerapan pendidikan jasmani tersebut telah dibudayakan oleh mereka dan segala-galanya telah bermula dari sekolah dan rumah. Justeru, semua pihak perlu memandang serius perkara ini.

      Delete
    19. ok. semuanya menunjukkan komiment yang baik dan menjawab sebagai pelajar program siswazah. tapi masih ramai yang menyepi...

      Delete
    20. Terdapat banyak sukan yang memerlukan sokongan teknologi di dalam sukan.Bagaimanakah teknologi dalam sukan mampu menjadikan sukan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat negara kita.

      Delete
    21. Menurut Mohd Azhar Abd. Hamid (2006), sejarah perkembangan rekacipta berkait rapat dengan manusia. Proses penciptaan ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Rekacipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Teknologi didefinisikan oleh Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary (2001) sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Maka, teknologi dalam sukan adalah satu kaedah saintifik yang diaplikasikan dalam sukan sama ada bagi mengukur tahap kemampuan, pencapaian dan juga status semasa bagi seseorang atlit sukan. Teknologi yang digunakan dan dicipta pada masa kini banyak memudahkan tugas-tugas jurulatih dan juga atlit.Sebagai contoh teknologi penggunaan multimedia dalam sukan.Kajian yang dilakukan oleh Mohd. Jasmy, Mohd. Arif, Hamdan Mohd. Ali dan Subahan M.Meeran (2002) berkaitan dengan meningkatkan penguasaan kemahiran permainan atlit bola tampar melalui penggunaan multimedia jelas menunjukkan bahawa latihan menggunakan
      multimedia adalah lebih berkesan berbanding latihan yang menggunakan sepenuhnya modul latihan tradisional yang diberikan kepada para atlit. Dengan menggunakan teknologi pada masa kini, pelbagai perkara boleh kita lakukan seperti analisa biomekanik lakuan bagi setiap atlit yang bertanding dalam sesuatu acara sukan. Negara-negara lain seperti Korea, Jepun, German, Sweden dan lain-lain sudah memulakan inovasi menggunakan kaedah multimedia dalam sistem latihan mereka (Mohd Arif Ismail dan Mohd. Jasmy, 2002). Melalui teknologi seperti ini, ianya mampu menjelaskan kenapa seseorang atlit, atau pasukan tidak mencapai prestasi tertinggi semasa bertanding menyebabkan mereka kalah dan gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Penjelasan seperti ini penting bagi membetulkan tanggapan individu ramai yang kurang memahami tentang kenapa atlit negara kita kalah ataupun tidak menampilkan persembahan terbaik dalam sesuatu pertandingan. Ini kerana melalui teknologi yang ada pada zaman sekarang mampu memberi penjelasan kepada masyarakat beberapa faktor yang menjadi punca atlit tidak 'perform' semasa bertanding.

      Delete
    22. Seperti mana yang kita tahu, penggunaan alat-alat teknologi baru semakin meningkat hari demi hari. Begitu juga dalam bidang sukan semakin banyak teknologi yang dicipta untuk memudahkan sesi latihan dan sebagainya. Seperti yang di nyatakan oleh Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary (2001) teknologi merupakan satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Di sini, saya ingin memberi satu contoh alat teknologi yang menjadi pilihan ramai pengguna jam, masyarakat di Malaysia iaitu Jam tangan berjenama Garmin. Jam pintar GPS ini secara keseluruhannya dapat merekod setiap pergerakan ataupun aktiviti rutin yang kita lakukan seperti berjalan, berlari, berbasikal dan aktiviti fizikal yang lain. Dengan adanya rekod ini membolehkan kita membuat perbandingan pencapaian setiap kali latihan dan membincangkan tentang prestasi masing-masing tanpa bertemu muka.

      Delete
    23. This comment has been removed by the author.

      Delete
    24. Berdasarkan soalan 'Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai mata pelajaran `main-main'. Bincangkan faktor-faktor penyebab timbul persepsi tersebut.'saya akan cuba memberi pendapat tentangnya berdasarkan hasil pembacaan saya.

      Menurut Dicken Kilue & Tajul Arifin Muhamad (2017), mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan komponen penting dalam kurikulum pendidikan negara untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas melalui penekanan kepada aspek perkembangan psikomotor, kognitif, afektif dan kecergasan fizikal. Namun demikian, penekanan kepada pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani masih kurang diberikan perhatian sama ada oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Pendidikan jasmani juga penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah kerana melalui subjek ini pelbagai aspek dapatdikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Justeru itu,terdapatnya kekangan pelaksanaan Pendidikan Jasmani berdasarkan beberapa cabaran seperti faktor guru, murid, persekitaran sekolah serta kemudahan fizikal, pentadbir sekolah dan sokongan ibu bapa. (Dicken Kilue & Tajul Arifin Muhamad, 2017).
      Faktor lain menurut Syed Kamaruzaman (2014), Pendidikan Jasmani Bukan Mata Pelajaran Peperiksaan UPSR. Sistem pendidikan negara perlu berubah dengan penambahbaikkan dari sudut mata pelajaran teras. Ini termasuklah mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang dianggap tidak memberi sumbangan langsung kepada peperiksaan UPSR. Faktor penyumbang kepada masalah kemerosotan motivasi murid adalah disebabkan mata pelajaran PJ bukan mata pelajaran teras dan guru tidak dapat mengajar kelas PJ dengan berkesan kerana peralatan dan kemudahan yang disediakan kurang memuaskan. (Ali Maksum, 2008; Yi Hsiang, 2014).


      Kilue, D. & Muhamad, T.A. (2017). Cabaran pengajaran subjek Pendidikan Jasmani di sekolah menengah di Malaysia [Challenges in the teaching of Physical Education subject in Malaysian secondary schools]. Journal of Nusantara Studies, 2(2), 53-65.
      http://studentsrepo.um.edu.my/7012/2/2._Bab_Satu.pdf
      Syed Kamaruzaman Syed Ali (2014). Faktor kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani di sekolah rendah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(2), 6-7.

      Delete
    25. Sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini adalah kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sukan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak mahupun media elektronik di kaca televisyen secara automatiknya telah mengeksploitasikan sukan negara secara meluas.

      Bidang sukan juga tidak terkecuali menggunakan teknologi tersebut untuk menyampaikan sesuatu kemahiran, teknik dan taktikal kepada para pemain. Salah satu perkembangan dunia ICT yang sering kali digunakan oleh seseorang jurulatih atau guru dalam memberi input kepada para pemain ialah penggunaan multimedia dalam sukan. Sukan bola baling merupakan
      permainan yang bersesuaian untuk diaplikasi menggunakan multimedia memandangkan permainan ini dimainkan dalam dewan. Peralatan seperti penggunaan laptop, LCD, speaker,skrin amat mudah disediakan di dalam dewan kerana keadaannya agak tertutup. Nabel (2002) menyatakan kaedah latihan menggunakan multimedia lebih cepat dikuasai oleh para pemain
      bola baling berbanding kaedah tradisional.

      Selain itu penggunaan teknologi dapat menerapkan sifat adil dan jujur di dalam sukan. Kita ambil contoh di dalam sukan olimpik, para pemain akan diambil sampel darah atau sampel urine untuk ujian dadah. Pemain yang gagal ujian dadah akan dihukum kerana mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi. Ia dapat membuka mata masyarakat bahawa sukan sentiasa adil dan menarik. Salah satu cara lain untuk menerapkan sukan di hati masyarakat adalah dengan mengadakan gaya hidup sukan yang terus menerus tidak kira dimana sahaja walaupun di tempat kerja.

      Selain itu, teknologi seperti siaran langsung sukan di televisyen telah mengeratkan hubungan rakyat Malaysia. Semangat persaudaraan dan keakraban antara rakyat berbilang bangsa di negara ini jelas kelihatan apabila mereka setia menonton dan bersorak untuk Chong Wei beraksi dalam perlawanan separuh akhir dan akhir badminton perseorangan lelaki dan juga pemain-pemain badminton lain ­seperti Chan Peng SChan Peng Soon, Goh Liu Ying, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.(TAN SRI LEE LAM THYE, 2016)
      Media sosial, yang biasanya digunakan sebagai forum untuk bergaduh, bertukar kata-kata kesat atau melemparkan tuduhan dan fitnah, kini dipenuhi dengan kata-kata positif dan berinspirasi seperti ucapan tahniah, sokongan, motivasi dan galakan daripada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, latar belakang, warna kulit, agama dan fahaman politik.(TAN SRI LEE LAM THYE, 2016)

      Delete
    26. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek teras dan direkabentuk dalam sistem formal pendidikan negara untuk membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup (KSSR, 2010).Walaubagaimana pun, subjek ini seringkali dianggap sebagai mata pelajaran sampingan serta subjek 'Main-main' sahaja. Antara faktor-faktor penyebab timbul persepsi tersebut ialah pengetua dan guru besar tidak memberi penegasan bahawa Pendidikan Jasmani wajib dilaksanakan dalam waktu persekolahan justeru membenarkan peruntukan waktu mata pelajaran pendidikan Jasmani digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain (Surat Pekeliling Ikthisas Bil.3/1979; Bil.2/1988;Bil.17/1998; Bil.25/1998 dan Bil.8/1990).

      Selain itu, faktor dari aspek guru yang mana keberkesanan pengajaran bergantung kepada tahap pengetahuan guru (De Knops, 2014) dan kompetensi guru (starc & strel, 2012). Dalam konteks ini, guru yang kurang cekap dan kreatif dalam merancang strategi pengajaran, memilih pendekatan dan teknik yang sesuai dengan tahap murid akan mempengaruhi suasana pembelajaran yang tidak menyeronokkan (Smith & Pierre, 2009) yang secara langsung kawalan disiplin tidak tercapai. Misalnya, guru yang bukan opsyen Pendidikan Jasmani.

      Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani yang kurang menguasai isi kandungan pelajaran dengan baik dan tidak berupaya membuat penilaian kekuatan dan kelemahan murid menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran kurang berkualiti serta pengorganisasian kelas yang kurang teratu (Lunenberg & Korthagen, 2009).

      Berdasarkan kajian Ibrahim dan Abu Bakar (2008), mendapati hanya 15 peratus murid yang menyatakan subjek Pendidikan Jasmani "sangat penting" dan selebihnya beranggapan bahawa subjek Pendidikan Jasmani tidak mempunyai nilai akademik.

      Bukan itu sahaja malah pentadbir sekolah kurang memberikan penekanan kepada pelaksanaan dan pemantauan ke atas subjek Pendidikan Jasmani kerana kerana ia dianggap kurang penting dan tidak diuji dalam peperiksaan seperti SPM. Senario
      tersebut selari dengan dapatan kajian oleh Chong (2016) mendapati pentadbir sekolah lebih
      mementingkan mata pelajaran teras yang lain berbanding mata pelajaran Pendidikan Jasmani
      dan kurang prihatin semasa mengambil tindakan penambahbaikan tentang masalah guru dalam
      melaksanakan proses pengajaran walaupun penyeliaan telah dijalankan. Malah, situasi menjadi
      lebih kritikal kerana terdapat sebahagian sekolah yang mengarahkan guru tidak terlatih dalam
      bidang Pendidikan Jasmani untuk mengajar mata pelajaran tersebut hanya sekadar untuk
      mencukupkan jumlah waktu pengajaran guru dalam seminggu (Awang, 2012).

      Delete
    27. This comment has been removed by the author.

      Delete
    28. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 dengan harapan melahirkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. Ini berdasarkan kepada rasional merangkumkan unsur-unsur Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana kedua-dua disiplin ilmu tersebut mempunyai perkaitan yang saling memperkukuh antara satu sama lain. Namun sehingga sekarang subjek Pendidikan Jasmani masih dianggap sebagai subjek lelongan di sekolah, terutamanya ketika musim peperiksaan di sekolah. Kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani adalah perkara lumrah yang terjadi apabila sesuatu mata pelajaran tersebut tidak diletakkan sebagai mata pelajaran teras (Ali, 2008). Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan beberapa faktor kekangan seperti psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa, persekitaran sekolah dan guru Pendidikan Jasmani yang mengajar (Mohar, 2011).

      Berdasarkan kepada kajian lepas, telah dikenalpasti beberapa faktor yang menjadi kekangan dalam melaksana pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Berdasarkan kepada kajian Azali (2001), seramai 69.2% ibu bapa menganggap bahawa Pendidikan Jasmani banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran. Kajian ini selari dengan pendapat Mohd Sofian (2003) yang menyatakan punca pengajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan disebabkan oleh kekangan ibu bapa. Mereka menganggap bahawa mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Zaccagnini, 2005). Berdasarkan kajian Mohd Jaflus (2005), hanya seramai 5.6% pelajar aktif dalam sukan yang mendapat 8A dalam peperiksaan PMR berbanding 56.9% yang mendapat 1A sahaja. Walaupun ibu bapa sedar bahawa mata pelajaran ini penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dari segi fizikal dan mental, namun sikap memperkecilkan mata pelajaran ini telah mempengaruhi minda anak mereka (Usha,2008).

      Selanjutnya, pengajaran guru Pendidikan Jasmani dikatakan kurang bermutu disebabkan fakor-faktor kekangan persekitaran sekolah (Ali, 2008). Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul (Zuber,1999). Berdasarkan dapatan Sakhiyyah(2004), 34.2% kekangan yang dihadapi oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang agak luas. Krome dan Smith (2006) pula menyatakan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan peralatan. Manakala menurut Muhammad Nor (1990), pengajaran Pendidikan Jasmani tertanggu disebabkan jumlah peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan untuk pembangunan sekolah dan mengakibatkan pelajar terpaksa menggunakan peralatan yang agak uzur, alatan yang dan dimakan usia dan tidak selamat untuk digunakan.

      Berdasarkan pemerhatian Mohar (2011), kekangan persekitaran perlu diatasi dengan melihat semula alatan dan kemudahan yang sedia ada disetiap sekolah sebelum merangka kurikulum Pendidikan Jasmani. Manakala, Ang (1998) pula menjelaskan bahawa, aspek-aspek keselamatan persekitaran dalam Pendidikan Jasmani termasuklah memberi arahan yang jelas, memilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan saiz badan, kematangan dan kebolehan yang bebannya tidak melebihi keupayaan atau kemampuan sistem badan pelajar-pelajar. Kenyataan ini seiring dengan kajian yang dilakukan oleh Fisher, Mullins dan Frye (2009) menyatakan 90% kes-kes kecederaan murid sering dikaitkan dengan keadaan persekitaran di sekolah. Menurut Zuber (1999), 86.3% pengajaran guru Pendidikan Jasmani di sekolah rendah sering terhalang disebabkan kekurangan kemudahan yang lengkap di sekolah.


      Delete
    29. Melalui pembacaan saya dalam jurnal “International Journal of Physical Education, Sports and Health 2016; 3(5): 277-279” menurut Dr. KA Ramesh (2016), teknologi dalam sukan memberi manfaat dan sumbangan dalam bidang pendidikan dan sukan jasmani. Hal ini kerana nilai sukan adalah sangat tinggi dan ia mempunyai pengaruh yang sangat besar di seluruh dunia untuk membawa keamanan dan persahabatan dengan setiap negara.

      Teknologi dalam maklumat sukan juga memainkan peranan yang penting dalam sukan dimana Pendidikan Sukan mempunyai cabang-cabang dalam organisasi sukan seperti Sports Psychology, Sports Statistics, Bio-Chemistry, Sports Medicine, Kinesiology and Bio-mechanics dan lain-lain lagi. Dengan adanya teknologi dalam maklumat sukan, sudah pastinya setiap sukan mempunyai teknologi tersendiri dalam melakukan kajian Pendidikan Sukan dan seterusnya dapat meningkatkan perpaduan diseluruh dunia dimana setiap negara terlibat dalam sukan yang sama dan sentiasa berkongsi maklumat teknologi antara satu sama lain.

      Selain itu, pergerakan Olimpik adalah satu gerakan sosial pada masyarakat manusia dimana negara-negara di seluruh dunia berkumpul di satu tempat semasa Olimpik tengah berlansung dan sudah semestinya teknologi dalam sukan merupakan alat medium untuk berkomunikasi serta memberikan maklumat keseluruh dunia.

      Kesimpulannya, dengan adanya penyampaian teknologi maklumat dalam sukan ini mampu mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan dimana setiap penyokong akan berkumpul tidak kira kaum, etnik dan agama untuk menyokong negara sendiri.

      Delete
    30. jennety... seronoknya mengulas tanpa sebarang sokongan ilmiah.....kita bukan bersembang atau wichet di kedai kopi ni....heeeee...heee...mmmm

      Delete
    31. Memetik artikel 'A History of Technology in Sports' 2012 daripada jurnal PlusRepublic. Teknologi dalam sukan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam memupuk perpaduan masyarakat. Perkara in dapat dilihat dalam Liga Hoki Ais (NHL) America pada tahun 2009 dimana jumlah penonton liga yang hadir semakin berkurangan dari masa ke masa. Oleh itu, Jeff Vinik yang merupakan penaja utama liga tersebut telah melakukan penambahbaikan dengan meletakkan radio frequency identification (RFID) pada lengan jersey para penonton. RFID tersebut bertindak sebagai cip sensor dimana ianya boleh mengesan kehadiran jumlah penonton pada sesuatu masa. Diskaun tiket dan cenderamata akan diberikan kepada pemilik RFID berdasarkan jumlah penonton yang hadir. Perkara ini sekaligus akan meningkatkan perpaduan masyarakat untuk hadir melihat sukan tersebut di samping pelbagai kelebihan dan keuntugan kepada pihak penganjur dan juga penonton.

      Delete
    32. Green (2008) di dalam jurnal "Management of sports development" menyatakan sukan pada hari ini semakin pesat membangun lebih-lebih lagi berkaitan dengan teknologi di dalam sukan. Hampir setiap sukan utama di dunia ini mempunyai kemudahan teknologi masing-masing untuk pembangunan atlet dan sukan serta tidak ketinggalan mempunyai satu laman web rasmi bagi sukan berkenaan sendiri.

      Melalui laman web rasmi berkenaan, peminat serta orang ramai boleh melayari serta berkongsi pendapat di dalam 'conversation' yang disediakan. Semua masyarakat seluruh di seluruh dunia boleh berkongsi pendapat dan nasihat melalui laman web rasmi berkenaan. Contohnya ialah laman web rasmi FIFA.

      Dalam skop sukan bola sepak di Malaysia, pasukan bola sepak JDT menjadi contoh yang terbaik kerana mempunyai laman web rasmi yang sentiasa 'up-to-date' serta memberi kebebasan kepada penyokongnya untuk meluahkan pendapat di laman web berkenaan. Sebarang maklumat rasmi serta perancangan serta program-program yang akan dilakukan oleh kelab berkenaan juga akan dimaklumkan melalui laman web rasmi berkenaan sekaligus dapat menyampaikan info kepada penyokong dengan mudah. Para penyokong juga dapat mengunjurkan sesuatu 'event' misalnya majlis keraian bagi kelab penyokong sekaligus dapat mengumpul penyokong dengan sebanyak yang mungkin melalui info yang disampaikan secara berkesan melalui laman web rasmi berkenaan. Ketika di majlis keraian berkenaan, para penyokong dan masyarakat dapat berkenalan sesama sendiri yang sebelum ini hanya mungkin kenal di alam maya sahaja.

      Delete
    33. Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amat penting. Ini kerana teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Teknologi didefinisikan oleh Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary (2001) sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Penggunaan teknologi dalam sukan juga telah banyak membantu jurulatih untuk merancang program latihan kepada atletnya bagi meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan yang ada terhadap atlet tersebut. Selain itu penggunaan teknologi dalam sukan ini dapat membantu mengeratkan perpaduan dan hubungan di kalangan masyarakat.
      Contohnya pelaksanaan sistem ‘Video Assistant Refree’ dalam sukan bola sepak oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ),Gianni Infantino banyak membantu dalam menangani isu-isu dalam membuat keputusan dalam sistem pengadilan bola sepak tersebut. Penggunaan sistem ini lebih adil dalam membantu pengadil membuat keputusan semasa sesuatu perlawanan bola sepak itu dijalankan. Hal ini dapat mengelakkan permasalahan yang sering berlaku dalam bola sepak iaitu rusuhan oleh para penyokong.
      Malaysia Journal of Society and Space 11 oleh Nur Hafizah Yusoff ( 2015 ), yang bertajuk Faktor situasi dan pembentukan ruang rekreasi: Kajian awal tingkahlaku devian para penyokong bola sepak di Malaysia, ada menjelaskan salah satu punca para penyokong bertindak agresif adalah kerana kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan yang berat sebelah dan tidak tepat dalam memberikan keputusan. Oleh itu sekiranya teknologi sistem ‘VAR’ ini dilaksanakan di liga bola sepak Malaysia ia dapat membantu pengadil dalam membuat keputusan yang tepat dan memberikan kepuasan hati kepada para penyokong terhadap keputusan yang diambil. Ia juga dapat memberi ilmu dan pengalaman kepada para penyokong untuk lebih profesional dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan suasana sukan yang harmoni.

      Delete
    34. Tidak dinafikan dunia sukan sekarang terus berkembang dengan penggunaan pelbagai teknologi. Ini kerana teknologi dalam sukan memberi impak yang postif dalam perkembangan sukan di seluruh negara. Tidak ketinggalan, teknologi dalam sukan ini juga memainkan penting untuk mengeratkan perpaduan masyarakat sesebuah negara. Teknologi pengiklanan seperti, video, televisyen, media komunikasi dan sebagainya turut boleh membantu memperkenalkan sukan-sukan baru yang jarang dikenali Teknologi. Pihak media perlu lebih proaktif dalam menyiarkan program yang berunsurkan sukan seperti Aktifpedia di Astro untuk pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan suatu sukan (Faozika, 2017). Sebagai contoh, penganjuran Monsoon Cup di Terengganu telah berjaya membuka mata semua masyarakat bahawa negara kita juga mampu menganjurkan program yang bertaraf dunia sekali gus memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat. Melalui kejayaan ini, ia bukan sahaja dapat menarik lebih ramai penonton, malah ia sekali gus dapat mewujudkan hubungan yang positif dalam kalangan masyarakat.

      Memetik kajian ‘Technology in Sports’ 2016 daripada Resources Sporting- TopendSport. One criticism of the use of technology is that it can slow down the speed of the game, but on the other hand for many people it makes watching it more enjoyable to see the correct decisions being made. Ini menunjukkan penggunaan teknologi dalam sukan ini meningkatkan keseronokan kepada penonton terhadap suatu sukan yang dipertandingkan kerana dapat membantu mengadili suatu permainan itu dengan tepat. Lontaran daripada itu, ketegangan dalam kalangan penonton atas ketidakpuashatian terhadap suatu keputusan dapat diatasi sekali gus dapat memelihara hubungan anatara penonton lain.

      Delete
  2. Soalan 18/1/2018
    Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan satu badan atau agensi sukan boleh digantung dan dibatalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut YB Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia, secara umumnya, terdapat banyak faktor yang dianggap remeh tetapi pada hakikatnya ianya boleh memberi kesan negatif kepada pasukan persatuan berkenaan misalnya dibatalkan pendaftarannya.

      Merujuk Akta Pembangunan Sukan 1997 Subseksyen 20 (1) (d), sesebuah badan sukan boleh dibatalkan atau digantung pendaftarannya sekiranya badan sukan berkenaan sudah tidak aktif atau bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya di dalam mana-mana Negeri atau di Malaysia.

      Berikut merupakan contoh badan sukan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 30 Disember 2011 iaitu, Persatuan Besbol Kuala Lumpur, Persatuan Tenis Daerah Sabak Bernam, Persatuan Ping Pong Melayu Kuantan, dan sebagainya.

      Secara ringkasnya, untuk menubuhkan sesuatu persatuan mahupun badan sukan, adalah sebaiknya sekiranya mengambilkira semua faktor sama ada kecil atau besar supaya setelah badan sukan berkenaan didaftarkan, tidak akan wujud masalah yang kritikal sehingga menyebabkan ianya boleh digantung malah boleh dibatalkan pendaftarannya.

      Sebagai contoh, badan sukan perlu memikirkan cara untuk mendapatkan dana supaya program-program daripada badan sukan berkenaan akan terus aktif dijalankan dan secara tidak lansung ianya tidak melanggar akta yang telah digariskan di dalam subseksyen berkaitan pendaftaran badan sukan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.

      Delete
    2. Merujuk kepada Portal Rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (http://pps.kbs.gov.my/my/pengenalan/fungsi-dan-peranan/pejabat-pesuruhjaya-sukan-malaysia.html )
      antara peranan Pesuruhjaya sukan adalah perlesenan dan kelulusan penganjuran sukan serta mengawal selia dan memantau badan sukan.

      pesuruhjaya sukan berhak untuk membatalkan atau menggantungkan mana-mana agensi sukan yang tidak mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.

      Akta Pembangunan Sukan 1997 (file:///C:/Users/USER/Downloads/Akta%20576%20-%20Akta%20Pembangunan%20Sukan%201997%20(1).pdf),
      menjelaskan dalam Seksyen 20 (1) Pesuruhjaya boleh membantalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan Jika Pesuruhjaya berpuashati bahawa badan sukan itu (f) tidak meremedikan atau cuai untuk meremedikan, apa-apa salah amalan salah laku atau luar aturan di pihak pemegang jawatannya atau anggotanya dalam temoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pesuruhjaya.

      Jelas menunjukkan disini jika seseorang penganjur tersebut, tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna mengikut standard atau perjanjian yang telah diberikan, maka pembatalan atau pergantungan boleh dikenakan.

      sebagai contoh Pembantalan penganjuran perlumbaan berbasikal Jelajah Sarawak (Tos) 2016, dimana penganjur tidak dapat membuat persiapan penganjuran mengikut standard yang sepatutnya sehingga tidak dapat menyediakan pembiayaian yang secukupnya untuk mengadakan perlumbaan tersebut, menyebabkan agensi atau individu yang terlibat dalam syarikat ini boleh disenarai hitam secara pentadbiran dan lesen tidak akan diberikan kepada mereka atau dibatalkan.



      Delete
    3. Memetik kenyataan daripada The World Anti-Doping Agency (WADA), daripada artikel New Scientist, 2015 bertajuk Anti-doping agency to ban all gene editing in sport from 2018... mana-mana badan sukan yang membekalkan atau memberi suplemen berupa doping kepada para atlet akan dibatalkan dengan serta merta daripada menyertai mana-mana kejohanan di dunia. Hal ini selaras dengan polisi standard berkaitan penggunaan doping dalam sukan sama ada digunakan kepada atlet untuk tujuan:

      1. percubaan
      2. ujian makmal
      3. selain untuk kegunaan teraputik
      4. penggunaan bahan terlarang

      WADA sebelum ini telah membuat larangan dan pengharaman penggunaan doping untuk mengubah genetik para atlet yang berpotensi untuk meningkatkan prestasi atlet dalam sukan pada tahun 2003. Usaha ini diteruskan lagi pada tahun 2018 dengan menyenaraikan kod doping baharu di mana badan sukan yang membekalkan atlet mereka dengan doping yang boleh mengubah urutan genetik atau mengawal transkripsi epigenetik atlet akan dibatalkan serta-merta. Walaubagaimanapun, selain bahan terlarang yang dikemukakan oleh WADA, badan sukan boleh menggunakan doping untuk tujuan rawatan atau teraputik kepada atlet.

      Kesimpulannya, badan sukan yang membekalkan bahan atau suplemen berupa doping kepada atlet mereka akan dibatalkan dan digugurkan.

      Delete
    4. Antara faktor yang menyebabkan satu badan atau agensi sukan boleh digantung dan dibatalkan ialah sesuatu penganjuran sukan tidak mendapat kebenaran Pesuruhjaya Sukan (PJS). Ini bermakna sebarang penganjuran program sukan perlulah mendapatkan kebenaran Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan jika gagal, ia adalah satu kesalahan. Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, sebarang penganjuran sukan perlu mendapat kelulusan (PJS), di samping keperluan penganjur mendapatkan kebenaran badan pengelola sukan terbabit termasuk polis, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Menurut Datuk Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan Malaysia berperanan untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan undang-undang.
      Pada masa yang sama, menurut beliau, Akta Pembangunan Sukan 1997 adalah untuk menggalakkan pembangunan sukan di dalam negara ini, dan ia tidak bersifat menghukum dalam mengambil tindakan, sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam akta itu. Selain itu, dalam "Seksyen 34 Akta Pembangunan Sukan, kelulusan (di bawah seksyen) ini memastikan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan bagi peserta, pegawai dan penonton, standard dan kelayakan untuk kesemua peserta dan pegawai, selain memastikan perkara ini selari dengan peraturan dan garis panduan yang diiktiraf kesemua badan kawalan dan urus tadbir antarabangsa sukan dalam semua perkara. Sekiranya terdapat organisasi yang melanggar atau tidak memberi perhatian yang serius, organisasi tersebut boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh, insiden rempuhan tiga peserta Klang City International Marathon yang lepas telah hangat diperkatakan.
      Menurut Majlis Perbandaran Klang (MPK) insiden rempuhan tiga peserta Klang City International Marathon yang lepas berpunca daripada kawalan keselamatan yang lemah oleh pihak penganjur. Dalam isu ini, menurut Yang Dipertua (MPK) Datuk Mohamad Yasid Bidin, penganjur sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap kawalan keselamatan lalu lintas di jalan yang dilalui peserta. Contohnya, penganjur perlu meletakkan papan tanda, kawalan keselamatan di setiap persimpangan dan kain rentang di sepanjang laluan untuk mengingatkan pengguna jalan raya bahawa acara larian sedang dijalankan. Kesimpulannya, setiap organisasi atau badan yang terlibat dalam sesuatu penganjuran perlulah menilai terlebih dahulu aspek pengurusan sebelum, semasa dan selepas penganjuran sesuatu program. Pihak yang terlibat juga perlu berpandukan prosedur atau berlandaskan Akta Pembangunan Sukan 1997.

      Delete
  3. Seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan 1997 menjelaskan bahawa “badan sukan” beerti sesuatu persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada diperingkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat itu hanyalah anggota gabungan bagipersatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat yang lain.
    Menurut Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mahamad Zabri Min ( 1999) antara kesalahan yang dilakukan ialah salah amalan dalam pentadbiran, mempertikaikan kesahihan jawatankuasa, penyalahgunaan kuasa serta pembatalan mesyuarat agung dwitahunan. Apabila sesuatu badan sukan itu telah dibatalkan atau digantung di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 maka peruntukan yang berikut adalah terpakai.
    Seksyen 25
    (1) Apabila pendaftaran mana-mana badan sukan dibatalkan atau digantung di bawah Akta ini, maka peruntukan yang berikut adalah terpakai:
    (a) badan sukan itu tidak boleh menganjurkan,menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
    (b) badan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan, Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun;
    (c) badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia;
    (d) badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan ”Malaysia” bagi mana-mana aktivitinya, atau apa-apa bentuk huruf atau tanda yang menunjukkan bahawa aktivitinya adalah dijalankan untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; dan
    (e) badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, di dalam atau di luar Malaysia.
    (2) Mana-mana pemegang jawatan yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit sehari bagi setiap hari yang kesalahan itu diteruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Nuddy.kenyataan yang amat jelas.
      " “Kami mempunyai mekanisme yang bersifat dwifungsi, satu daripadanya bersifat pencegahan dan satu lagi ialah pembetulan, Dengan adanya akta ini, kami menyaksikan acara dan aktiviti sukan berkembang di seluruh negara, terdapat beribu acara yang berlangsung di seluruh negara setiap tahun, dan pencapaian sukan berprestasi tinggi kebanyakannya sudah meningkat".: Dato' Zaiton Osman Pesuruhjaya Sukan (Sinar 13 Desimber 2017)

      Delete
  4. Menurut akta pembangunan sukan 1997, pesuruhjaya boleh membatalkan atau menggantungkan pendaftaran sesuatu badan sukan itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh pesuruhjaya di bawah seksyen 20 (1).
    Sebagai contoh dalam berita Sinar Online (14 Oktober 2014) pesuruhjaya Sukan telah membuat keputusan menggantung pendaftaran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). penggantungan pendaftaran ini dibuat di bawah subseksyen 20(1 )(e) Akta Pembangunan Sukan 1997 atas alasan bahawa badan sukan itu telah menghindarkan pembangunan sukan tertentu itu dan demi kepentingan awam. Oleh itu pendaftarannya patut dibatalkan atau digantung.
    Kesimpulannya, sesuatu badan atau agensi sukan itu haruslah mengambil berat terhadap akta tersebut bagi memastikan pendaftaran tidak digantung atau dibatalkan.

    ReplyDelete